Ahad, 15 Januari 2012

CUKA KURMA/ KHAL RAHSIA DAN PENAWAR



CUKA KURMA /KHAL MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN


CUKA KURMA /KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar, epal, anggur dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar daripada jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

CUKA KURMA /KHAL bukanlah bermaksud cuka sepertimana yang difahami oleh kebanyakan orang atau pun cuka buatan yang dibuat masakan dalam makanan. KHAL adalah suatu bentuk minuman kesihatan badan yang mempunyai banyak khasiat. KHAL dapat memenuhi kehendak tubuh badan dan mempunyai keberkesanan yang maksimum. Ianya adalah bersifat alkali (lawan kepada asid).
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
KEPERLUAN CUKA KURMA /KHAL OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,  vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
Kenyataan KHAL oleh Ulama Perubatan Islam silam: "Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati."

KHASIAT
CUKA KURMA /KHAL MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “ CUKA KURMA /KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan CUKA KURMA /KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
Saiyidina Ali (karamallah) berkata: "Minumlah oleh kamu KHAL, kerana KHAL dapat membunuh ulat-ulat (bakteria atau kuman) di dalam perut."
Kenapa CUKA KURMA /KHAL Daripada Buah Tamar (Kurma)?
Pemilihan buah tamar untuk dibuat
CUKA KURMA /KHAL adalah kerana khasiat kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim (terjemahannya): Terdapat di dalam hadis sahih daripada Rasulullah SAW : “Sesiapa yang makan tujuh biji buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz, tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat daripada bisa, racun dan sihir pada hari itu.” Dan juga dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya 2046, hadis Nabi SAW (terjemahannya): Bahawa Baginda SAW bersabda: "Apabila sesuatu rumah tidak ada tamar maka penghuninya akan kelaparan (kurang sihat)."

Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

CaraPenggunaan CUKA KURMA /KHAL :
 1) Campur dengan segelas air suam  dan diminum sejam sebelum makan apa2.

2) Campur dengan segelas air suam madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…
Walau apa cara yang dipilih,
CUKA KURMA /KHAL hendaklah diminum dua kali sehariselepas sarapan pagi dan malam sebelum tidur.
Sebelum diminum hendaklah terlebih dahulu dibaca al-Fatihah (1x), selawat keatas
Nabi SAW (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar
disembuhkan penyakit yang dialami.

Untuk menyedapkan dan menghilangkan rasa masam KHAL,
campurkan ½ sudu teh madu sebelum minum.

CUKA KURMA /KHAL Sebagai Pemangkin Kesihatan?

Secara saintifik,
CUKA KURMA /KHAL adalah minuman yang kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda). Peranan potassium menjadikan kulit tegang, tidak berkedut, dan mencegah garis-garis halus di muka. Potassium juga berguna untuk kecerdasan, tidak letih dan malas bergerak serta kelihatan riang. KHAL rasanya seperti cuka, tetapi tidak berbahaya kepada tubuh. KHAL adalah minuman beralkali yang dapat mengimbangkan asid dalam badan serta mengembalikan keseimbangan pH dalam tubuh. KHAL juga kaya dengan vitamin C, E, B1, B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). Diperlukan sebagai agen pembersih badan, menyingkirkan bakteria negatif, kuman, bau badan serta bersifat memulihkan semua organ penting tubuh. KHAL juga dapat memotong lemak, kolesterol, asid-asid yang tidak diperlukan badan (menstabilkan), mengurangkan kandungan gula yang membawa kepada kencing manis (diabetes), mengurangkan garam yang berlebihan yang menjadi punca masalah tekanan darah tinggi yang membawa kepada strok atau lumpuh, badan terketar-ketar, lupa, nyanyuk dan lain-lain.

KESIMPULANNYA :

CUKA KURMA /KHAL sangat diperlukan tubuh kerana penggunaan KHAL secara rutin (jangka masa panjang) dapat mengurangkan keperluan kita berjumpa doktor, tidak membazir wang, masa dan tenaga serta pentingnya kelihatan sihat dan dapat beribadat kepada Allah dengan baik, segar, dan awet muda. KHAL adalah pemangkin kesihatan yang utama sejak berkurun lamanya sepertimana disebutkan dalam kitab perubatan Islam klasik, moden dan buku-buku perubatan barat.
SELAMAT BERAMAL DENGAN MAKANAN SUNNAH. SEMOGA SIHAT, SELAMAT DAN BERKAT.


Rujukan saya  dan ucapan terimakasih di atas info :
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI ORANG YG MENULIS DAN BERJUANG PADA JALAN ALLAH.

 UNTUK MENDAPATKAN CUKA KURMA BOLEH BELI ONLINE DI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE : RM25 SEBOTOL TERMASUK KOS PENGHANTARAN.
SALAM UKUWWAH,
Chef Ustazah

1 ulasan:

  1. Minum cuka juga boleh membantu menurunkan berat badan. Oleh check disini
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=407114612690987&set=a.400373576698424.81578.399893503413098&type=1&theater

    BalasPadam