Jumaat, 16 September 2011

NASI ARAB MAQLUBAH VS NASI MANDHY



          Saya kerap ditanya apa perbezaan Nasi Arab Maqlubah dengan Nasi Arab Mandhy apabila mengendalikan Kursus Masakan Ustazah Cooking Classes atau menerima tempahan hidangan Katering Nasi Arab dari pelanggan. Bagi peminat Nasi Arab di Malaysia kebanyakan mereka pernah merasa hidangan Nasi Mandhy atau Kabsah tetapi jarang kedapatan mereka yang pernah makan Nasi Arab Maqlubah.
          Hidangan Nasi Arab Maqlubah sangat popular di Jordan dan seakan-akan menyamai Nasi Beryani Sayur India.  Boleh lihat di http://www.youtube.com/watch?v=GridojtCXDE&feature=relmfu  oleh Vah Chef. Penyediaan Nasi Arab Maqlubah hampir menyamai Nasi Mandhy apabila semua bahan rempah ratusnya direbus. Lauk kedua-dua Nasi ini samada kambing atau ayam yang dimasukkan ke dalam nasi. Acar atau ‘salatoh’nya timun dan tomato sahaja. Perbezaannya Nasi Maqlubah tidak ada sambal dihidangkan, manakala Nasi Mandhy ada sambalnya.  Perbezaannya juga ialah rempah yang digunakan dimana Nasi Arab Maqlubah ada rempah tersendiri begitu juga Nasi Mandhy ada rempah tersendiri.  Rempah Nasi Mandhy boleh ditanya di kedai-kedai runcit Arab di sekitar Lembah Kelang.  Salah satu kedai kegemaran saya ialah AL-TAISEER di Ampang.  Bagi rempah Nasi Arab Maqlubah pula boleh dapatkan daripada saya sendiri dengan menghubungi saya di talian 013-9802465.  Rempah yang saya sediakan untuk anda adalah rempah ready-made yang sangat mudah disediakan.  Perbezaan yang paling ketara ialah Nasi Arab Maqlubah mempunyai sayur-sayur yang digoreng  seperti Bunga Kobis, Lobak Merah, Kentang dan Terung. 

          Dari segi rasa pula, Nasi Mandhy lebih popular dan sangat digemari ramai terutama kepada yang pernah pergi/ tinggal di Negara-negara Arab.  Yang kedua, restoren-restoren Nasi Arab di Malaysia kebanyakan menghidangkan Nasi Arab Mandhy atau Kabsah sahaja.  Cuma, akhir-akhir ini apabila saya cuba mempopularkan Nasi Arab Maqlubah sebagai salah satu hidangan untuk Ustazah Cooking Classes dan makanan Katering ramai yang member respon yang sangat positif.  Contohnya, selepas Kelas Nasi Arab saya mendapatkan reaksi peserta yang menyertainya 98% menyatakan bahawa mereka lebih menyukai rasa Nasi Maqlubah berbanding Nasi Arab Mandhy.  Yang kedua, mereka menyatakan bahawa Nasi Arab Maqlubah ini sangat menyihatkan kerana mengandungi banyak sayur-sayuran.
          Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai keenakan Nasi Maqlubah atau Nasi Arab Mandhy dan hidangan makanan yang lain boleh menghubungi kami di Ustazah Katering pada talian 013-9802465.  Jika ingin merasai keseronokan belajar Nasi Arab dan hidangannya serta pelbagai hidangan yang boleh menjadikan anda seperti Chef Profesional atau pengusaha catering dan restoren, boleh menyertai kami sekarang di UCC Ustazah Cooking Classes.  Ramai diluar sana telah berjaya membuktikannya. Anda bila lagi!


HUBUNGI.
013-9802465 : CHEF USTAZAH
012-9404077: CIK NINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan