Isnin, 26 September 2011

USAHAWAN NASI ARAB


NASI ARAB PILIHAN USAHAWAN MASAKINI
Alhamdulillah. Minggu ini dalam kesibukan saya mengendalikan Kelas Fardu Ain, Kelas Tajwid dan mengendalikan bisnes rempah ready-made saya sempat menerima jemputan untuk menjadi jurulatih masakan untuk Kelas Memasak.  Kali ini saya ke Kajang.  Pada hari Khamis lepas 23 September 2011 saya ke rumah Puan Noramliza dan Encik Muhamad Yusof di Saujana Impian, Kajang.  Kelas Khas ini khusus dibooking oleh pasangan ini bagi mempelajari Teknik Memasak Nasi Arab dan pelbagai hidangan.  Mereka memilih untuk belajar Nasi Maqlubah dan memasak Nasi Mandhy kerana mereka sekarang mengusahakan AL-Laziz Katering .  Semasa mengajar mereka, saya memerhatikan bahawa mereka menunjukkan minat yang sangat tinggi.  Mereka ni rupanya penggemar Nasi Arab dan mengetahui bahawa permintaan kepada Nasi Arab sangat tinggi sekarang. Oleh itu, mereka bercadang untuk mengambil tempahan Nasi Arab di masa akan datang.
Selang sehari saya ke Akademi Nur Insan atas jemputan Puan Hazrita kerana ada 3 orang peserta Khas yang datang dari luar Kuala Lumpur. Seorang daripadanya memandu dari Johor Bahru semata-mata datang untuk belajar Nasi Arab Maqlubah.  Beliau ini bernama Encik Mohd. Suhaili.  Manakala 2 orang peserta lagi ialah Mohd. Hisham (pengusaha Restoren, kepakaran memasak makanan Western) dan Ustaz Rizal(pensyarah di Kedah) Bila diajukan soalan kepada ketiga-tiga pernah atau tidak makan Nasi Arab dan kenapa memilih untuk belajar Nasi Arab. Kata Li : Saya dulu pernah tinggal di Dubai dan makan Nasi Arab di sana.  Selain itu saya pernah belajar dengan Chef Li Nasi Arab Hadharalmaut dan ingin menambah menu untuk restoren yang baru diusahakan di Sg.Petani Kedah yang diuruskan oleh adik dan kawannya.  Manakala Sham pula memberitahu bahawa permintaan untuk Nasi Arab sangat tinggi di pasaran namun di Kedah khususnya di Sg.Petani belum ada orang yang membuka Kedai Nasi Arab.  Bagi Ustaz Rizal pula katanya dia biasa makan Nasi Maqlubah yang dimasak oleh arwah isterinya tetapi sangat malang beliau dulu tidak sempat belajar daripadanya.  Oleh itu, dikesempatan ini beliau menghantar khas anak muridnya Hisham untuk belajar memasak Nasi Arab.
Pada hari Sabtu 24 September 2011 pula, saya ke Pameran Pengantin di Ampang Point atas jemputan bekas peserta Kelas Nasi Arab saya iaitu Haji Harun yang mengusahakan Nurul Izzah Katering.  Beliau menyertai pameran di situ dan membawa sample/ food taster Nasi Mandhy untuk diberikan kepada pengunjung.  Saya merasa begitu bangga dan terharu kerana beliau telah berani membawa menu ini untuk diketengahkan dalam pilihan menu untuk Katering Majlis Perkahwinan.  Beliau juga menceritakan kepada saya bahawa sudah menerima tempahan Nasi Arab untuk 400 orang makan di Masjid Besi Putrajaya.  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.
Bagaimana pula impian anda? Adakah anda juga seperti peserta-peserta saya di atas.  Jangan lepaskan peluang keemasan dan minat anda berlalu begitu sahaja samada sekadar minat makan Nasi Arab atau minat untuk berniaga Nasi Arab.  Sertailah kami seperti peserta-peserta ini dan peserta-peserta lain yang telah Berjaya.
TAWARAN KHAS SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2011

SEKIRANYA MENGAMBIL KEDUA-KEDUA MODUL POTONGAN YURAN AKAN DIBERIKAN
YURAN INDIVIDU     :  HARGA ASAL        RM 2000 MENJADI ……….RM 1000.00
PAKEJ HEBAT DAN PAKEJ BIJAK :   RM 1000.00 untuk seorang
1 HARI 2 MODUL. WOW !!!! SANGAT LAH MURAH
YURAN KUMPULAN KECIL   (3-5 ORANG)   :  HARGA ASAL        RM 1600 MENJADI ……….RM 400.00
PAKEJ HEBAT DAN PAKEJ BIJAK :   RM 800.00 untuk seorang Kumpulan kecil
1 HARI 2 MODUL. WOW !!!! SANGAT LAH MURAH
YURAN INDIVIDU     :  HARGA ASAL        RM 1000 MENJADI ……….RM 600.00
YURAN KUMPULAN SEDERHANA(6-10 ORANG)
PAKEJ HEBAT DAN PAKEJ BIJAK :   RM 600.00
untuk seorang kumpulan sederhana
1 HARI 2 MODUL. WOW !!!! SANGAT LAH MURAH


YURAN INDIVIDU     :  HARGA ASAL        RM 800 MENJADI ……….RM 400.00
YURAN KUMPULAN BESAR (11-20 ORANG)
PAKEJ HEBAT DAN PAKEJ BIJAK :   RM 400.00
untuk seorang kumpulan besar
1 HARI 2 MODUL. WOW !!!! SANGAT LAH MURAH
ISTIMEWANYA KELAS MEMASAK INI :

1.    Kami datang ke tempat anda
2.    Tunjuk ajar dan anda sendiri yang merasai peluang untuk membuatnya.
3.    Pendedahan eksklusif bagaimana anda boleh menjadi pakar masakan arab. Malah boleh setanding dengan pengusaha-pengusaha makanan arab di Kuala Lumpur seperti Tarbush,
Rawsha , Saba dan sebagainya


DARI DAPUR CHEF USTAZAH KE DAPUR ANDA
KENAPA ANDA PERLU SERTAI SEKARANG.
                                                                                                                                                                    
*   Modul yang diajar boleh digunakan untuk tujuan persendirian atau Perniagaan.
*   Kos yang sangat MURAH berbanding Pengendali Kursus Nasi Arab yang lain.
*   Boleh terus memulakan perniagaan
*   Khidmat Nasihat/ Motivasi Oleh Ustazah dan Team.
KINI SEMUA ORANG BOLEH MASAK


CEPAT LAZAT BERKHASIAT LAGI BERKAT


MISI KAMI

Ø  Membantu Ibu Tunggal/ Surirumah/ Sesiapa Sahaja Yang Berminat Memulakan Perniagaan Di Rumah Berasaskan Bidang Masakan Dengan Memasak Secara Kecil-Kecilan atau Memenuhi Permintaan/ Pasaran Secara Sederhana dan Besar.
Ø Membantu menubuhkan gerai, gerai bergerak, Pasar malam, pasar pagi, pasar minggu, kiosk, kafe, restoren kepada peniaga kecil dan sederhana yang berminat dalam industri makanan.
Ø Ingin menjadi pengeluar utama makanan dan memastikan bahawa pengguna Islam mempunyai alternatif membeli produk-produk makanan yang halal.

SASARAN
1.    IBU TUNGGAL
2.    SURIRUMAH
3.    GRADUAN YANG MENGANGGUR
4.    SESIAPA SAHAJA YG BERMINAT UTK MENJUAL MAKANAN, MEMBUAT KATERING SECARA KECIL/ SEDERHANA DAN BESAR-BESARAN
5.    HOBI MEMASAK
YURAN

Modul ½ hari :
RM 600 (Individu)
RM 400 seorang (Persatuan/ Kumpulan)
Modul Sehari :  RM600(Individu)
RM 400 seorang (Persatuan /Kumpulan melebihi 20 orang keatas) 

HUBUNGI UNTUK BOOKING HARI DAN TARIKH DENGAN CHEF USTAZAH MELALUI P.A SAYA
CIK NINI : HP 012-9404066 

                           
MODUL KELAS MASAKAN DAPUR USTAZAH
             
            Nasi Arab/ Maqlubah

            Nasi Arab/ Mandy

            Nasi Arab/ Kabsa

PERALATAN YANG PERLU ANDA SEDIAKAN SEKIRANYA KAMI HADIR KE TEMPAT ANDA
1.    KERUSI DAN MEJA UNTUK PESERTA, SERTA MEJA UNTUK MELETAK PERALATAN MEMASAK, BAHAN MENTAH DAN HIDANGAN YANG SIAP DIMASAK
2.  GAS SAHAJA

PERALATAN YANG KAMI BAWA

1.    Periuk Rice cooker
2.    Periuk
3.    Kuali
4.    Senduk dan Sudip
5.    Pinggan, Mangkuk, Gelas
6.    Yang Penting ! Of course BAHAN MENTAH seperti
-         BERAS
-         LAUK 
-         SAYUR-SAYURAN
-         REMPAH RATUS
-         Dll
STYLE KURSUS:-
 AMALI : 90 %  TEORI : 10%

Tunjuk Ajar Real , Face To Face, Merasai Peluang Membuat, Merasa Masakan Yang Anda Masak bersama kami. Pertanyaan Atau Tunjuk Ajar Sepenuhnya Semasa Kursus Berlangsung. Rahsia untuk menjadi chef yang hebat di rumah, kenduri kahwin atau di mana sahaja.

APA YANG AKAN DAPAT SEMASA KURSUS
1-   ILMU TENTANG MASAKAN
2-   TIPS-TIPS
3-   NOTA/ BUKU RESEPI
4-   MENCUBA MEMBUAT SENDIRI DI BENGKEL
5-  SAMPLE MAKANAN PERCUMA
6-   SIJIL PERNYERTAAN
7-   BIMBINGAN SETELAH HABIS BELAJAR
8-   YANG PENTING DAPAT TAMBAH INCOME $$ ANDA LA...
9.- MAKAN DAN MINUM TENGAHARI DAN PETANG PERCUMA

Salam Ukhuwwah,
Chef Ustazah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan