RESEPI KITA




-->



-->
RESEPI NASI MANDHY CHEF USTAZAH

Ramai yang bertanya saya bagaimana menghasilkan Nasi Arab yang sedap, cantik dan digemari ramai. 

Petua Pertama Memilih Beras Nasi Arab; Pilihlah beras Basmathi yang bermutu tinggi tidak kira apa jenama sekalipun. Saya cadangkan beras Faiza Basmathi jenis Moghul atau Beras Basmathi Pusa 1121 Jasmine. 

Petua Kedua Sebelum Memasak Beras Nasi Arab : Rendam Beras Sejam atau Dua Jam selepas dibasuh bersih. Kemudian toskan apabila ingin memasak.

Petua Ketiga Ketika Memasak : Gunakan minyak Zaitun untuk menumis dan dan gunakan yoghurt/ Laban bagi menghasilkan nasi yan lembut dan lemak.

Menggunakan rempah yang dibasuh bersih, dijemur dan disangai adalah lebih baik kerana ia adalah Halalan Thoyibba seperti rempah keluaran Yes Halal Rempah Ustazah.


Bahan-bahan :
3 kg beras basmathi ~rendam sejam atau 2 jam dan dan  toskan
1 bekas yoghurt besar
Ayam secukupnya.
Air 1.2 liter utk 1 kg beras.
4  helai daun bay
½ tin minyak sapi, ½ cawan minyak zaitun utk menumis, ½ cawan untuk dicurah di atas nasi
3 sudu serbuk kunyit.
Sedikit pewarna kuning/ safron

Rempah tumis ~ 6 batang kayu manis, 10 kuntum bunga lawang, 10 biji buah pelaga, 10 kuntum bunga cengkih.
6  sudu besar garam ,
2 sudu besar gula
3 inci halia ~ hiris halus btg mancis 5 biji bawang besar ~ dimayam halus
9 ulas bawang putih – dimayam

Sedikit arang dan minyak zaitun : utk. Mengasap nasi
3 sudu besar Rempah mandhy untuk air rebusan Nasi
3 sudu untuk ditambah pada ayam yg direbus.
Hiasan :  untuk tabur di atas nasi ½  cwn kismis, 1 cawan bawang goreng, ¼ cawan lada hitam,  daun ketumbar dan daun pudina



Cara penyediaan nasi:
1.  Panaskan minyak sapi dan minyak zaitun. Tumis rempah 4 sekawan bersama halia dan  bawang besar dan bawang putih mayam sehingga harum dan layu.  
2.  Masukkan pula rempah Mandhy,  tomato dadu, ayam dan garam dan gaul rata.  Seterusnya masukkan daun bay, air dan biar mendidih. Ambil air rebusan dan asingkan. Teruskan masak ayam.
3.  Di dalam periuk lain masukkan beras, air rebusan ayam dan garam.Masak sehingga air hamper kering
4. Alihkan beras ke periuk kukus. Masukkan pewarna,bawang goreng, kismis, daun pudina dan daun ketumbar serta minyak zaitun.dan kukus nasi sehingga masak.  

Selamat Memasak Nasi Arab.



AYAM GORENG BEREMPAH USTAZAH

Assalamualaikumu w.b.t.
Ayam Goreng Berempah. Sebut sahaja, ramai sudah dapat menggambarkan kelazatannya, baunya yang harum, rasanya yang sedap, rasanya garing dan berempah sememangnya disukai ramai. Ayam Goreng Berempah ini sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi ayam, nasi Arab atau apa-apa jenis nasi sahaja. Ayam Goreng ini juga boleh diratah begitu sahaja atau dicicah dengan sos. Ramai yang bertanya Chef Ustazah bagaimana hendak menghasilkan Ayam Goreng Berempah seperti rempah ready-made yang dijual Ustazah jenama YHM YES HALAL Rempah Ustazah.
          Hari ni Ustazah nak kongsikan resepi Ayam Goreng Berempah  Warisan Keluarga Chef Ustazah kepada semua teman-teman.  Resepi Ayam Goreng Berempah yang enak bukan sahaja mesti menggunakan bahan-bahan yang segar dan terpilih yang terdiri dari bawang-bawang, halia, serai, lengkuas, kunyit  serta  rempah ratus seperti rempah serbuk ayam dan rempah kari ikan.
          Selain itu, apabila bahan-bahan untuk Ayam Goreng Berempah  ini sudah dikisar  dan dijadikan “paste” maka peraplah ia melebihi sejam atau lebih pada ayam. Jika mahukan hasil yang lebih elok, perap ayam pada malamnya sejam atau dua, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk, esoknya barulah digoreng.
          Ramai juga merungut, rempah berterabur atau tidak lekat pada ayam. Petua mak Ustazah, jika  tidak mahu rempah ayam goreng itu bertaburan di dalam minyak masak  ialah letakkan tepung kanji atau tepung jagung dalam campuran rempah sewaktu hendak menggoreng ayam. Gaul rata, barulah digoreng. Kalau letak tepung ayam yang digoreng juga tidak hitam atau hangit. Satu lagi petua menggoreng Ayam Goreng Berempah, minyak hendaklah banyak (deep fryer/ tenggelam). Api pada permulaan mestilah sedikit besar dan apabila dimasukkan ayam perlahankan sedikit.
          Macamana sudah puashati? Ustazah harap semua dapat ,mencuba resepi Ayam Goreng Berempah Ustazah ini.  Kalau malas atau susah nak dapatkan bahan-bahan boleh sahaja beli rempah ayam goreng segera yang ustazah hasilkan iatu rempah perap Ayam Goreng Berempah.

Bye-bye.
Salam Ceria,
Chef Ustazah.

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH USTAZAH
Bahan-bahannya :
1 ekor ayam [potong 4/ 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
1 s/b rempah kari ikan
1 s/b serbuk kunyit
Bahan kisar
3 biji bawang merah besar]
5 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
6 inci lengkuas ]
3 batang serai ]
garam
Sedikit gula Melaka

Sebiji telur
¾ cawan tepung kanji atau tepung jagung

*Atau boleh menggunakan rempah Perap Ayam Goreng Yes Halal

Cara-caranya
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur dan tepung dan perapkan selama beberapa jam
2. Bila hendak menggoreng pecahkan telur sebiji masukkan tepung kanji/ jagung. 
3. Gaul rata semua bahan.
4. Gorengkan dalam minyak ygang banyak sehingga garing.



RESEPI NASI KOMOK USTAZAH


BAHAN-BAHAN :
  • 1 kilo beras basmathi
  • 2  sudu minyak sapi
  • 2 inci halia
  • 4-5 ulas bawang merah - dimayam
  • 1 Inci halia - ditumbuk
  •  4 ulas bawang putih ditumbuk
  •  4 batang akar ketumbar
  • 3 sudu besar rempah komok/kurma
  • ½ cawan susu cair

  • 4 keping ayam
  •  Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit/ pewarna kuning
  • 1inci kulit kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan disimpulkan.
  • Sedikit  bawang goreng


CARA MEMASAK:

  1.  Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
  2. Panaskan minyak sapi. Tumiskan rempah 4 sekawan Kemudian masukkan halia bwg besar, bwg putih.
  3.  Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
  4.  Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
RESEPI AYAM GORENG KOMOK
  1.  Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan serbuk cili, garam dan kunyit. Perap sebentar lebih kurang ½ hingga 1 jam biar ia mesra.
  2.  Goreng ayam yang diperap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
  3.  Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
  4.  Masukkan kuah ke dalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
  5.  Masukkan pula beras yg telah di toskan , daun pandan, garam dan sedikit gula.
  6. Pindahkan ke dalam rice cooker 
  7. Apabila nasi hampir kering, masukkan bawang goreng.
  8. Tutup  dan biarkan ia masak.
BAHAN SOS CILI
  • 1 Cawan air kuah nasi komok*
  •  4 biji cili merah*
  • 10 biji cili padi*
  • 4ulas bawang putihh*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • Gula, garam ,cuka (secukup rasa

Cara-caranya:-

1.  Kisar semua bahan bertanda *.
2.  Masak hingga agak pekat.
3.  Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4.Hidang bersama nasi komok.

Resepi Rempah Komok
  • 2 sudu kecil rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  •  ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
##NOTA  : Sekiranya menyediakan rempah komok sendiri tidak perlu memasukkan serbuk kunyit lagi di dalam beras yg dimasak.

 

RESEPI NASI BARYANI HYDERABADI INDIA
 RESEPI Chicken Beryani
Bahan-bahan Untuk Perap Ayam
Seekor Ayam
2 biji Cili hijau
Sedikit Daun pudina
Sedikit Daun ketumbar
4 ulas Bawang putih ditumbuk
Sedikit halia ditumbuk
*1sdk Serbuk jintan putih
*1sdk serbuk jintan manis
*1sdm Serbuk ketumbar
*1sdm serbuk cili
*1sdm Serbuk kunyit
Atau bahan-bahan bertanda * boleh diganti dengan Rempah Mandhy / Garam masala (lagi best)
2sdm Garam
2 helai DaunBay
1 batang Kayu manis
2 bji cengkih
3 biji Buah pelaga
 1 mangkuk kecil Bawang goreng  
1 cawan Minyak zaitun
1 cawan Yoghurt.
NOTA **Campur semua bahan dan Gaul Rata Pada Ayam  dan Perap. ½ jam
Masakkan ayam separuh masak di dalam periuk


RESEPI MASAK NASI BERYANI HYDERABADI
Bahan-bahan ;
1 kg beras. Air secukupnya. 2 ½ sdm Garam (ikut suka pun blh), daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, sedikit saffron/ pewarna. Periuk Pengukus.
Cara-caranya :
1.  Beras beryani di rendam sejam dan toskan
2.Panaskan air didalam periuk, masukkan sedikit minyak zaitun dan garam. Masukkan beras. Masak separuh masak. Matikan api, keluar air/ toskan beras.
3. Di dalam periuk pengukus, letakkan ayam beryani yang diperap pada lapisan bawah. Masukkan beras . Letakkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Letakkan saffron atau pewarna. Tutup periuk rapat dan biarkan sehingga nasi masak.
 Atau boleh juga ambil beras dan gaul dengan air rebusan ayam masak seperti cara no 2,letakkan beras dlm pengukus,  titikkan pewarna, letakka kismis, bwg goreng, daun ketumbar dan daun pudina, dan ayam yg direbus diletak pada lapisan paling atas.
13) ACAR BOMBAY

Bahan-bahan :
100 gram karot, timun, ubi sengkuang potong batonnet (memanjang), ½ cawan cuka, ½ cawan gula, garam, 1sdk serbuk kunyit, 1sdk rempah campuran (halba dan biji sawi),2sdm  tepung kanji yang dibancuh dengan air, boleh ditambah udang kering yg ditumbuk/ kacang tanah.
Cara-cara :
Masak air ½ mangkuk, masukkan kunyit 1sd, halba campur, garam, gula, cuka, tepung kanji  yg dibancuh.  Bila mendidih padamkan api. Masukkan sayur dan bahan lain. Gaul rata.

KERUTUK OH KERUTUK




-->
RESEPI KERUTUK AYAM / KERUTUK DAGING USTAZAH
Ramai yang bertanya saya macamana nak buat Kuah Kerutuk yang sedap seperti yang saya sediakan dalam Kelas Masakan atau hidangan catering atau yang pernah makan di rumah saya.  Sebenarnya buat rempah kerutuk asli ni leceh sedikit . Kalau guna rempah serbuk senang lah cerita, kalau guna rempah YES HALAL REMPAH USTAZAH..lagi senang. Cuma masukkan ke dalam periuk, tambah lauk  dan tambah santan sahaja.
Sebenarnya ini resepi Warisan Keluarga Ustazah. Dulu daging kerutuk mak Ustazah dijual kat Restoren Berjaya, restoren keluarga kami. Memang ada peminatnya tersendiri..BEST SUNGGUH! Mak Ustazah bab Kerutuk ni tak bagi orang lain masak tapi dia mesti masak sendiri.
Jadi hari ini Ustazah nak kongsikan resepi buat kerutuk yang enak, terasa akan rempahnya yang asli, wangi baunya. Jangan lupa copy and paste. Ilmu yang baik sama-samalah dikongsi, semoga dapat bawa bekal di alam sana. Tapi tolonglah doakan moga Ustazah terus sihat, dapat berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. Jom buat kerutuk ayam atau daging.
RESEPI REMPAH /PASTE KERUTUK AYAM ATAU DAGING
Bahan-bahannya :
BAHAN A
½ kilo Bawang merah/ bawang Bombay pun boleh
8 ulas bawang putih
Serai 2 batang
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
CARA :
1.        KESEMUA BAHAN A DIMAYAM HALUS/ ATAU DIHIRIS HALUS.
2.       DIGORENG MENGGUNAKAN MINYAK YG BYK, SAMPAI GARING SEPERTIMEMBUAT BWG GORENG..GARING SAHAJA..BUKAN HANGUS YA! NANTI PAHIT PULAK.
3.       10 tangkai Cili kering di gunting 3 atau 4 dan digoreng dalam minyak selepas goreng BAHAN A.
4.       KESEMUA BAHAN INI  DIGAUL RATA DAN DIBLENDER/ KISAR/ TUMBUK KALAU LARAT! Orang dulu-dulu giling..kata mak saya.
BAHAN B
4 keping asam gelugur/keeping atau boleh guna asam jawa ½ cawan yg sudah dibancuh (ikut
masam yang kita suka)
2 atau 3 sudu makan Gula Melaka (ikut manis yg kita suka)
BAHAN C
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) untuk
 Menumis
BAHAN D (REMPAH )
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
8 sudu ketumbar
NOTA ; Bahan-bahan ini terlebih dahulu dibasuh, dijemur dan disangai (goreng tanpa
Minyak ,jangan tanpa kuali dah le..)api yang perlahan/ kecil, kalau besar bagus jugak..jadi 
kerutuk hangus..he2 gurau ya!  Kemudian dikisar dalam blender kering (kecil). Jumlah
sukatan di atas selepas kisar tau.
Belum siap lagi kerutuk ni ada bahan dia lagi..
1 sudu makan Kunyit serbuk
Kerisik ½ biji kelapa. Lagi banyak lagi sedap, lagi banyak lagi lemak..lagi byk duit habis beli
Kelapa, tapi kalau tanam sendiri tidaklah mengapa kata Jumhur Ulamak tidak kategori
 membazir
Garam secukup rasa.
Fuh..berjela-jela bahannya..Patutlah sedap sangat kan!
CARA-CARA
1.       Tumiskan rempah 4 friend forever tu dlm minyak yg sekadar 1 senduk makan je.
2.       Masukkan BAHAN A (yg telah digoreng dan dikisar tadi), tumis lagi sehingga harum.
3.       Masukkan bahan B, bahan C  serta kunyit serbuk dan akhir sekali kerisik.
4.       Dah siap.. (lama jugaklah atas api, kalau nak sedap)
AMARAN : Jangan makan lagi TAU! Belum siap lagi la! Kalau makan sakit perut siapa yang susah???  Ini baru PASTE REMPAH KERUTUK!
UNTUK RESEPI KERUTUK AYAM ATAU DAGING.
Semestinya daging/ ayam lah.
Kalau pilih ayam 2 ekor boleh untuk paste di atas.  Kalau daging 3 kilo daging lembu/ kambing.
Santan pekat ( 2 atau 3 biji kelapa)
Air
Dah jangan lupa “REMPAH/ PASTE KERUTUK DAGING/ AYAM USTAZAH” kalau Doktor bagi nama PASTE KERUTUK DOKTOR..LAWYER DSBG.
Cara masak;
1.       Jika nak masak kerutuk Daging. Masukkan daging ke dalam periuk atau kuali, masukkan sedikit air dan rempah segera /paste kerutuk tersebut.
2.       Bila daging mulai lembut, barulah dimasukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah pekat.

       Boleh nak letak aksesori seperti kentang/ cili potong/ bawang besar potong dll.
...TETAPI JIKA NAK MAKAN KERUTUK AYAM. Caranya macam ni pulak
1.        Masakkan santan/ jerang santan di dalam peruk bersama rempah/paste Kerutuk yg telah disediakan.
2.       Bila mendidih, barulah dimasukkan ayam yang telah dibersihkan.
3.       Masak sehingga ayam masak (x kan mentah kot) dan sehingga kuah Kerutuk Ayam kita pekat..garam yg kita suka.
4.       Siaplah..
5.       DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM DAN DOA MAKAN..SILA LAH
MAKAN DENGAN PENUH AKSI..(BERSELERA GITU..NYUM..NYUM..NYUM)..BERPELUH..PELUH.
Bye, bye..
SALAM CERIA,
Chef Ustazah.





-->
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Salam sayang semua, kepada semua peminat-peminat Nasi Arab.
Hari ini saya akan kongsikan Resepi Nasi Mandhy. Dah lama dan dah ramai yang minta saya berikan resepi Nasi Arab. Saya mohon berbanyak-banyak maaf kerana dah lama tak berkesempatan nak menulis di blog ni. Kali ini saya akan berikan resepi untuk anda semoga dapat dipraktikkan di dapur anda.


RESEPI NASI MANDHY
Rebus Ayam/ Daging Kambing dengan air secukupnya. 

5 sukat (KG)beras basmathi ~ rendam sejam dan toskan
3 sudu besar Rempah mandhy
5 sukat beras air rebusan ayam/kambing
1 bekas yoghurt/ 1 tin susu cair

½ tin minyak sapi
Sedikit pewarna kuning

Rempah tumis ~ 2 batang kayu manis, 5 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
7 sudu besar garam secukup rasa,
2 sudu besar gula
3 inci halia ~ hiris halus btg mancis 3 biji bawang besar ~ dimayam halus
Sedikit arang dan minyak zaitun : utk. Mengasap nasi
Bahan kisar : 3 biji bawang besar dikisar 9 ulas bawang putih ~ dikisar
Hiasan :  untuk tabur di atas nasi ½  cwn kismis, 1 cawan bawang goreng, daun ketumbar dan daun pudina

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan bersama halia dan  bawang mayam sehingga harum dan bawang layu.  Masukkan bahan kisar dan tumis lagi.
2.  Masukkan pula rempah mandhy,  kambing yang direbus dan yogurt/ susu cair serta garam dan gaul rata.  Seterusnya masukkan sedikit air dan biar mendidih. Masak sehingga daging lembut.
3.  Di dalam rice cooker masukkan kambing di lapisan bawah.  Masukkan beras. Air stok kambing, garam dan gula secukup rasa. Boleh juga jika hendak letak kambing bila Nasi kering tetapi kambing mesti dimasak sehingga benar-benar lembut isinya.
4.  Cara Mengasap Nasi. Bila nasi hampir kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak zaitun dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titik pewarna kuning, masukkan bawang goreng, kismis, daun pudina dan daun ketumbar. Boleh ditutup nasi dgn aluminium foil/ kain yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk  kembali.  Nasi akan masak cantik.



-->
Ha.. sekarang anda sudah mula boleh memasak Nasi Mandy kegemaran anda. Jimat duit kan kalau masak sendiri. Kalau sepinggan Nasi Mandhy Ayam RM18 dan sepinggan Nasi Mandhy Kambing RM25. Berapa yang anda belanjakan untuk makan 1 family, tentu banyakkkan?.
Kalau ingin melihat bagaimana Ustazah Masak Nasi Mandhy dan pelbagai hidangan Arab yang lain, bolehlah joint Kelas Nasi Arab Ustazah Cooking Classes dan belajar masak Nasi Mandy dan Nasi Arab lain secara real dan face to face sehingga anda pandai.
Hubungi Cik Nini 012-9404066 sekarang untuk tempah tempat anda sekarang untuk belajar Nasi Mandhy.
SELAMAT MENJAMU NASI MANDHY.
SALAM SAYANG,
CHEF USTAZAH.
 





-->
ASSALAMUALIKUM. W.B.T
Siapa suka makan Nasi Mandhy tentu juga suka makan Ayam Bakar Nasi Mandhy. Apakata kali ini masak sendiri / buat sendiri ayam bakar  yang lazat tu. Mngkin lebih lazat dari apa yang anda nikmati di Restoren-restoren Nasi Arab. Ustazah Cooking Classes ingin berkongsi resepi dengan anda.


RESEPI AYAM BAKAR NASI MANDHY /ROASTED MANDY CHICKEN 



Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2/4 dan di cuci bersih
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 paket Rempah tandoori YHM rempah ustazah
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
Sedikit garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan  Dadih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Hiasan : 2 biji lemon ~ dihiris bulat
1 sudu kecil serbuk mandhy dan 1 sudu rempah campuran
Untuk tabur di atas ayam/ kambing selepas masak : serbuk lada hitam, paprika.
Lumurkan  pada ayam 2 sudu besar madu



Cara penyediaan ayam:



1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah dan garam. Perapkan dalam satu jam atau lebih. 

2. Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar. 

3. Letak ayam di atas dulang tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Buka sedikit foil bahagian atas. kemudian buka bahagian bawah dan bakar/ grill selama 15-20 minit. 
4.  Selepas masak, tabur serbuk lada hitam dan paprika dan lumur madu.

**Boleh juga dibakar menggunakan dapur arang.




OK KALAU DAH READY APAKATA BELI BARANG-BARANG UTK MASAK AYAM BAKAR DAN BOLEHLAH MASAK AYAM MANDHY BAKAR YG SANGAT LAZAT INI UNTUK DIMAKAN DGN. NASI MANDHY. (Lihat RESEPI SEBELUMNYA)
Akhir kata.. Kalau teringin nak belajar masak resepi-resepi Nasi Arab dan hidangannya secara live boleh le joint Ustazah Cooking Classes ya. 012-9404066.  Ingat Ustazah.. Ingat Nasi Arab.. Bye.2. Jangan lupa Cuba Resepi Ayam Bakar Mandhy (Roasted Mandy Chicken).

Salam Sayang,
Chef Ustazah.


NASI BUKHARA KAMBING
Kambing direbus
1KG BERAS (3 pot susu), 30 gram/ 1 sdb Rempah Masala, 500 ml air stok,500 ml air biasa, 40 gram minyak sapi

Bahan A
Air  stok kambing, tomato cincang/ potong dadu, daun pandan, daun bay, daun pudina, garam, gulabatu 2 ketul (untuk berkilat) .Masukkan semua bahan dalam periuk bersama air stok dan masak sehingga mendidih.

Bahan B
Tumis rempah 4 sekawan di dalam minyak sapi yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan halia yang dipotong spt batang mancis, bawang putih mayang, masukkan sedikit air stok, dan rempahmasala .  Bila mendidih tambahkan gula.
 Masukkan Bahan B dalam Bahan A (di dalam periuk) . Bila mendidih masukkan beras. Masak nasi separuh masak. dan pindahkan ke rice cooker.

Bila nasi masak, masukkan daging kambing, badam / kismis dan gaul. Tabur bwang goreng/ daun ketumbar/ daun pudina
 SEKARANG BOLEH LE MAKAN NASI BUKHARI KAMBING..
SALAM SAYANG,
CHEF USTAZAH

 

RESEPI BISTIK USTAZAH

 Bistik adalah makanan atau hidangan yang boleh dimakan dengan nasi atau roti.  Isi atau lauknya adalah daging lembu atau daging ayam yang dicincang seperti begedil.  Kuahnya rasa masam manis seperti sweet and sour dan diisi sayur campur.  Sesuai dimakan tengahari, petang atau malam bersama keluarga.  Anak-anak biasa akan menggemarinya kerana ia tidak pedas.Ustazah Cooking Classes ingin berkongsi resepi Bistik yang senang untuk disediakan.

Bahan-bahannya
Bahan A
1 kg isi ayam / daging dicincang kasar.
2 labu bawang besar dipotong dadu.
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada sulah
1 cawan tepung kanji atau tepung jagung

Step 1
Kesemua bahan ini dicampur dan diuli.  Bentukkan bulat-bulat ikut suka anda..

Bahan B
2 biji telur dipukul biasa
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung/tepung kanji
1sudu teh garam
1 sudu besar lada sulah/lada hitam

Step 2
Kesemua bahan di gaul rata kecuali telur.  (Bahan A) Bebola daging/ ayam yang siap dicelup ke dalam telur sebiji demi sebiji.  Kemudian digolek dalam campuran Bahan B (tepung gandum, kanji, garam, lada sulah).  Goreng bebola daging/ ayam sehingga masak.

Bahan C
2 labu bawang besar dipotong dadu
6 ulas bawang putih diketuk-ketuk
1 mangkuk kecil sos cili
2 mangkuk kecil sos tomato
1 jug air
5 sudu Sos Tiram
2 sudu besar lada sulah
1/2 cawan tepung kanji yang dibancuh dengan air biasa
2 atau 3 sudu gula (ikut suka)
1 atau 2 sudu besar garam (ikut suka)
 1 atau 2 mangkuk sayur campur
1/2 cawan minyak untuk menumis
sedikit daun sup atau bawang

Step 3
Panaskan minyak.  Tumiskan bawang putih, bawang besar sehingga wangi dan kekuningan.  Masukkan sos cili, sos tomato dan tumis lagi.  Masukkan air, sos tiram, lada sulah.  Bila mendidih masukkan garam, gula, bancuhan tepung kanji.  Masak lagi hingga kuah betul-betul pekat dan masukkan sayur campur.  Akhir sekali boleh dimasukkan bebola daging/ ayam.  Juga boleh dicurahkan kuah sos ke atas bebola tersebut.  Tabur daun sup dan daun bawang ke dalam hidangan.

Catatan :  Sekiranya malas nak buat kuah sos boleh beli daripada Ustazah Pes Rempah Sweet Sour.  Ia sangat senang disediakan cuma buka, masukkan air dan bancuhan tepung, sos tiram serta garam sahaja.  Hubungi 013-9802465/ 013-9062465sekarang.

Selamat Menjamu Selera.

Dari Dapur Chef Ustazah.

 

=====================

 

RESEPI KERABU PERUT ISTIMEWA 

 

Kerabu sangat istimewa dalam masakan masyarakat Melayu. Ia disediakan sebagai penambah selera yang kebiasaannya dimakan dengan nasi bersama lauk pauk lain. Terdapat berbagai-bagai jenis kerabu antaranya Kerabu Mangga, Kerabu Pisang, Kerabu Nangka, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Perut dan lain-lain.  Mari kita berkongsi cara membuat Kerabu Perut yang sangat menyelerakan ini ;

Bahan A
1/2 kg perut lembu
santan  dari 1 biji kelapa. di masak 3 minit shj.

Bahan B
kacang panjang 4 btg
daun kesum seikat
bunga kantan 2 batang
bawang besar 1 labu dimayang
cili merah 1 biji
serai 2 batang dihiris halus

Bahan C

bawang merah 6 ulas

bawang putih 4 ulas
serai 2 batang
3 inci halia
kerisik secawan
ketumbar 1/4 cawan dikisar halus

Cara-caranya :

Perut direbus sehingga lembut atau tidak liat kemudian dihiris memanjang. Kisar Bahan C spt :bawang merah, bawang putih, 2 batang serai dikisar bersama sedikit santan.  masukkan ke dalam mangkuk yang Bahan A, Bahan B dan semua Bahan C.  Perah sedikit asam limau. Gaul semua semua bahan.  Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA

 

=======================

RESEPI BUBUR ASYURA KELANTAN

 Salam Maal Hjrah daripada Chef Ustazah (CU).  Semoga Tahun Baru kali ini lebih bermakna buat seluruh muslimin dan muslimat.  Pada kebiasaannya umat Islam di Malaysia akan menyediakan bubur asyura secara bergotong royong.  Bagi yang masih tercari-cari resepi yang tepat untuk membuat bubur asyura stail Kelantan/ Pantai Timur, maka CU nak berkongsi resepi warisan yang sangat lazat ini..
Bahan-bahannya :
7 kg beras Malaysia  beras bersamaan 2 gantang beras
1 kg ubi keledek
1 kg kacang hijau
7/8 kg santan pekat
8-10 kg isi ayam atau daging lembu yang direbus dan dicarik-carik isinya.
3 tin jagung dalam tin.
9 kg gula
250 gram garam
1 keping halia. (kisar)
20 batang serai (kisar)
2 kg rempah asyura

Cara-caranya

1.  Masak air di dalam kawah.  Bila mendidih masukkan beras yang telah dibersihkan, kacang hijau dan ubi keledek.
2.  Kacau sehingga betul-betul pekat, barulah dimasukkan santan.  Kacau lagi barulah di masukkan gula.  Kacau lagi sehingga bubur menjadi semakin likat.
3.  Masukkan serai dan halia yang dikisar dan tumis dengan sedikit minyak di dalam kuali lain.  Bila telah wangi dan masukkan rempah asyura.  Masukkan bahan yang ditumis ini di dalam kawah. Kacau sehingga bertambah likat.
4.  Masukkan isi daging/ayam dan kacau lagi.  Masukkan jagung dan akhir sekali garam.
Salam Hijrah dan Selamat Mencuba.

Sekarang Bistik Daging Ustazah dah masak. Anda macamana? Cuba ya.
Daripada ;
Chef Ustazah
Ustazah Cooking Classes.

 

 ========================

 

Resepi Mudah Buat Ikan Bakar Sumbat Sambal Tumis

Bahan-bahannya :
Cili padi (5-10 ikut selera sendiri)
4 ekor ikan cencaru
1 paket Rempah Sambal Tumis (YHM)Yes Halal Rempah Ustazah
1 labu bawang besar dimayang kasar
1 biji tomato di hiris halus.
2/3 sudu belacan
Sedikit garam
Limau Nipis

Cara-caranya :
  1.   Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakang (buat poket ya!). 
  2. Blender atau tumbuk cili padi bersama satu sudu kecil garam dan belacan serta jangan lupa masukkan Pes Rempah Sambal Tumis YHM dan dikisar atau ditumbuk lagi.  
  3. Perah Asam Limau. 
  4. Masukkan bawang besar dan tomato dan gaul semua bahan. 
  5. Sumbat sambal kedalam belakang/ poket ikan. 
  6. Bakar dalam ketuhar/avon atau di atas bara api (arang/ kayu api) sehingga masak. 
  7. Kalau susah sangat..buat cara ini.  Leserkan kuali dengan 3 sudu minyak. Letak ikan dan tutup dengan tudung periuk, bakar sehingga ikan masak selama 15 minit sahaja. 
  8. Sedap  dan senang sekali.  Selamat Mencuba!  Untuk dapatkan rempah Sambal Tumis Yes Halal hubungi Chef Ustazah 013-9802465 sekarang!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

RESEPI RUMAHTANGGA BAHAGIA 1

PESAN RASULULLAH S.A.W BUAT SUAMI-SUAMI..

Satu ketika Rasulullah s.a.w masuk kerumah Saidina Ali Karramallahu.Wajhah.  Baginda s.a.w  mendapati Ali sedang sibuk membersihkan kacang.  Maka bginda s.a.w bersabda : Jika seorang suami membantu isterinya di dlm mengerja urusan r/tangga, maka Allah redha kepadaNya.”
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Seorang Lelaki yg bekerja keras utk memenuhi keperluan keluarganya adalah tidak ubah seperti seorangg mujahid yg berperang di jalan Allah.”
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Membantu isteri merupakan kaffarah dosa besar, dan memadam kemarahan Allah”

NOTA : Maka rajin-rajin la tolong isteri ya! TAHNIAH BUAT SEMUA SUAMI YG ADA CIRI-CIRI DI ATAS

DEDIKASI KHAS : TERIMAKASIH BUAT SUAMI MITHALIKU..WAN ABD.FATAH HASSAN

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

RESEPI RUMAH TANGGA BAHAGIA 2


CONTOHI RASULULLAH S.A.W 

Satu ketika Rasulullah s.a.w. bersama isterinya Sofiyyah, bagaiman ketika Sofiyyah ingin naik ke atas unta Rasullah s.a.w meletak kedua-dua lututnya di atas tanah, dinaikkan satu lututnya dan disuruh Sofiyyah memijakkan kaki untuk naik ke atas unta, lalu Rasulullah s.a.w perlahan-lahan menolak naik Soffiyah naik, yang sebelumnya telah dialas dengan kain.

Kisah di atas menggambarkan bagaiman romantiknya Rasulullah s.a.w. dan berlemah lembutnya baginda s.a.w terhadap isteri baginda. Juga bagimana kasihnya baginda s.a.w kepada isteri-isterinya.

Ada hadis Rasulullah s.aw. yang bermaksud :
“Tidaklah menghormati orang perempuan itu kecuali orang-orang yg mulia dan tidaklah menghina orang-orang perempuan kecuali orang-orang yang hina."

NOTA : WAHAI SUAMI-SUAMI MITHALI.. LAYANILAH ISTERIMU SEBAIK-BAIKNYA.. Cayalah!! Siapa-siapa yang layan isteri sebaik-baiknya adalah antara orang mengikut jejak sunnah Rasulullah. Beruntunglah orang yang beramal.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

RESEPI RUMAHTANGGA BAHAGIA 3

Wahai isteri-isteri..Nak jadi solehah kena ada ciri-ciri berikut :

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH
1. SUAMI MEMANDANG MERASA SENANG
2. MENURUT PERINRTAH SUAMI
3. MENJAGA DIRI DAN HARTA

ABDULLAH MASUD r.a , biasanya membaca Al-Q, kata Al-Qasim bin Abd Rahman, Jika dia selesai membaca Al-Quran dia bertanya : “Mana orang yang masih bujang ?. Kemudian di berkata : “Mari ke sini” , kemudian katakan . ‘Ya Allah, anugerahilah aku seorg wanita yg apb aku memandangnya membuatku senang, jika suruh dia menuruti dan jika kau meninggalkannya dia menjaga dirinya dan hartaku.
Ini lah kebahagiaan apabila dia memandang isteri , dia merasa semakin sayang, kepenatan bekerja di luar akan terhapus bila pulang ke rumah, mereka tidak bosan di rumah. Sebab syurga di rumahnya. Sebagaimana kata Saidina Ali K..W : “ Ketika aku memandangnya hilanglah kesusahan dan kesedihanku.” Fatimah r.a merupakan gambaran sempurna pelengkap contoh isteri yg mengembirakan suaminya.

NOTA : PERINGATAN BUAT DIRI SAYA DAN SEMUA ISTERI


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

RESEPI KELUARGA BAHAGIA 4





KALIMAH-KALIMAH YANG MEMBERI TENAGA DIAJAR RASULULLA S.A.W. UNTUK SEMUA WANITA.

Di dalam menguruskan rumahtangga kebiasaan banyak tugasan terpaksa wanita lakukan. Antaranya memasak, mengemas, menguruskan anak-anak, melayan suami dan pelbagai bebanan kerja yang lain. Sudah tentu sebagai manusia biasa ada ketikanya kita akan merasa penat. Mari kita ikuti nasihat Rasulullah s.a.w kepada anaknya Saidatina Fatimah bagiamana untuk menambahkan tenaga dengan cara yang lebih senang. Ustazah bawakan kisah ini semoga menjadi panduan untuk diri sendiri dan teman-teman semua. Ikuti kisah ini..

Suatu ketika Rasululah S.A.W menziarahi anaknya Fatimah dan didapatinya anaknya sedang menangis.  Rasulullah s.a.w  bertanya kepada puteri kesayangannya itu : “Apakah yg menyebabkan engkau menangis Ya Fatimah? Jawab Fatimah : “Aku sangat letih mengisar tepung dan menjalankan kerja-kerja rumah.  Sekira dapat, suruhlah Ali belikan seorang hamba untuk. menolong kerja-kerja ini dan ianya menjadi satu kurniaan yang besar kepada aku”. 
Rasulullah boleh memberi bila2 masa shj tawanan perang tetapi mendengar jawapan anaknya itu Rasulullah s.a.w. berkata : “Wahai Fatimah! Bukankah engkau putri terkemuka , bukankah engkau ratu didalam syurga. Jika engkau merasa letih melakukan kerja rumah, maka aku ada petua yg hendak ku beri padamu. Bacalah Subhanallah,Alhamdulillah, Allah Akbar 33 (X), nescaya engkau dapati kalimah-kalimah ini penolongmu lebih hebat lagi dari seorang khadam yang sememang boleh aku berikan.

 Rasulullah s.a.w merasa sedih dengan aduan anaknnya itu.  Baginda s.a.w menghampiri batu pengisar bertujuan untuk membantu anaknya. Lalu Rasulullah s.a.w mengambil segenggam gandum lalu Nabi s.a.w membaca : Bismillahirahmanir Rahim. Tiba-tiba, batu pengisar bergerak-gerak dengan sendiri tanpa perlu dikisar sambil batu mengucapkan tasbih dlm bahasa yang amat indah. Apabila selesai gandum dikisar Rasulullah s.a.w berkata kepada batu pengisar : “Diamlah wahai batu pengisar, cukuplah tidak perlu lagi engkau kisar. Cukuplah bekalan untuk. anakku Fatimah.  Ketika itu Allah mengizinkan batu pengisar itu berkata : “Demi Allah yg mengutus mu sebagai seorangg Rasul dan sebagai seorang yang amanah, bahawa aku tidak akan diam selagi engkau tidak memberi jaminan kepada aku bahawa aku akan ditempat ke dalam syurga dan dijauhkan dari api neraka.”  Rasulullah sangat kehairanan : “Wahai batu, engkau ini batu tetapi engkau takutkan api. Bals batu : “Ya Rasulullah aku tlh mendengar satu ayat yang berbunyi :
Wahai org beriman, jagalah dirimu dan keluarga kamu drp api neraka yg  bahan bakarnya manusia dan batu-batu. (al-Tahrim 66)
Apabila dengar ayat ini aku takut dimasukkan dalam  neraka,.” Maka dengan  belas kasihan Nabi s.aw mendoakan kepada batu.  Allah mengutus Malaikat Jibrail kepada Nabi.s.aw  sambil berkata : “ Wahai Muhammad!, Tuhan Yang bagiNya segala pujian dan Yang Maha Tinggi penghormatan kepadamu. Berilah/ sampaikan khabar gembira kepada batu bahawa Allah telah melepaskannya dari api neraka dan meletatkkan bersama batu-batu syurga di dalam istana Fatimah di akhirat di mana batu ini akan mengeluarkan cahaya yang terang menyinari mahligai bagai matahari yg menyinari bumi ini.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
RESEPI KELUARGA BAHAGIA 5


BUATLAH SESUATU UNTUK DIRI ANDA AKAN TERSENYUM PUAS WALAU KEPENATAN




Kita mungkin sering merungut dan berlari-lari kepenatan bila diarah berbuat sesuatu atau melakukan tugasan atau beban yang kita terpaksa buat. Tak habis-habis kerja yang nak dibuat, belum habis satu kerja, datang pula arahan atau tugasan lain. Namun ada 2 perbezaan jika kita lakukan kerana orang atau kerana diri sendiri. Jom ikuti kisah ini..

KISAH KUDA DAN SEMUT

PADA suatu hari, seekor kuda sedang beristirehat kerana merasa kepenatan setelah memikul barangan yang membebankan. Beban yang cuma sebesar setengah daripada punggungnya itu telah diletakkan dipunggungnya oleh majikan kuda itu.

Perjalanan yang begitu berat ditambah pula hari yang begitu panas terik, maka kuda itu pun beristirehat di pohon rendang, dengan nafas yang termengah-mengah dan mulutnya berbuih-buih.

Ketika kuda itu sedang beristirehat tidak sengaja lalulah segerombolan semut yang kelihatan sedang bernyanyi-nyanyi dengan riang gembira sambil membawa makanannya juga.

Sambil membawa beban masing-masing, ada yang membawa bangkai, tulang-tulang binatang termasuk cebisan-cebisan ayam dan sebagainya lagi. Kuda itu itu terasa kehairanan apabila melihat segerombolan semut itu senang hati dengan riang gembira bernyanyi-nyanyi.

Semut juga melihat kuda terduduk dalam keadaan kepenatan. Sebaik sahaja menghapiri kuda tersebut, pimpinan semut itu bertanya kepada kuda, “hai kuda, apa yang sedang kau lakukan di sini.”

“Saya sedang berehat wahai semut,” jawab kuda.

“Kenapa kau kelihatan begitu penat sekali,” tanya semut lagi.
“Itulah dia saya begitu penat sekali sebab membawa beban ini, beban yang tidak sebesar badanku ini tapi tersangatlah penat bagiku,” jawab kuda itu lagi.

Maka semut itu pun bertanya, “punya siapakah beban yang kau bawa itu, wahai sang kuda?”

Maka kuda pun menjawab, “punya bosku yang ada di sana yang sedang minum dan makan-makan di bawah pohon itu.”

“Oh begitulah ceritanya,” kata sang semut tersebut sambil tersenyum..

Sang kuda berkata, “eh! Kamu semua kenapa begitu gembira?” kata sang kuda kepada sang semut tadi.



“Kami memang begini setiap hari. Kami juga membawa beban yang berat bahkan lebih berat dari badan kami tetapi kami rasa gembira sekali.”

“Kenapa boleh jadi begitu ya?” tanya sang kuda dengan rasa hairan.

Ketua semut itu diam sejenak lalu berkata: “Barangkali kerana kita mempunyai jurang perbezaan wahai kuda.”

“Apa itu perbezaannya?” tanya kuda.

“Kamu membawa beban yang berat tetapi beban yang berat itu bukan kepunyaanmu, punya majikanmu yang sedang makan minum di bawah pohon sana sedangkan kami semua membawa beban memang lebih besar daripada badan kami tetapi beban-beban ini adalah punya kami sendiri, bukan punya bos kami,” demikian penjelasan semut itu.

Kuda itu termanggu-manggu tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tetap seekor kuda.

Sesuai cerita ini untuk :
1. Kisah ini khas ditujukan Kepada Orang Masih Dalam Dilema Antara Nak Teruskan Makan Gaji atau Kerja Sendiri atau Jadi Ushawan

Apa moral dari cerita ini, barangkali kita pernah mendengar: “Saya tidak pernah berhenti, saya tidak akan menyerah.” Mengapa orang-orang yang sudah punya penghasilan yang begitu besar tidak pernah penat, tidak pernah menyerah.

Jawapannya cuma satu kerana mereka membawa beban yang dimiliki oleh mereka sendiri, bukan milik orang lain. Ini juga adalah ciri yang paling jelas mengenai perbezaan antara orang yang menjadi usahawan dengan orang yang bekerja makan gaji.

2) Dalam konteks amalan sebagai HAMBA ALLAH. Rasakan bahawa segala amalan, ibadat yang kita lakukan itu bukan untuk orang lain. Sebenarnya ia untuk diri kita sendiri di akhirat kelak kerana ganjaran orang yang berbuat sesuatu KERANA ALLAH S.W.T ialah PAHALA itu untuk SIMPANAN/ASETnya yang KEKAL di syurga untuk kegunaan DIRINYA.


RESEPI KEBAHAGIAN 6


CARI REDHA ALLAH S.W.T @ REDHA MAKHLUK?
Seringkali kita melakukan sesuatu untuk memuaskan atau mencari dan mengharapkan supaya manusia suka dengan apa yang kita lakukan. Meskipun apa yang kita lakukan itu menyimpang dari kehendak hati kita sendiri, malah yang lebih teruk jauh terpesong dari kehendak Allah S.W.T. Mulut manusia sampai bilanya tidak akan dapat ditutup. Mereka berhak memperkatakan apa saja kerana mulut itu tidak berjahit atau tidak berzip.  Kuti kisah ini semoga menjadi teladan..
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN ANAKNYA DAN HIMAR
Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya enak-enakan menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu."
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksa himar itu."Oleh kerana tidak suka mendengar perkataan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai, ini perbuatan yang nyata bodohnya."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."