Ahad, 22 Januari 2012

PENGENALAN SYARIKAT FATHA MARKETING


PENGENALAN SYARIKAT
Assalamualaikum W.B.T kepada semua.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 15 Oktober 2009 dengan  nama FATHA MARKETING (FM) untuk menjalankan perniagaan memproses dan membekal makanan, minuman, membekal makanan sejuk beku dan makanan kering, bahan mentah, pakaian, katering dan lain-lain.  Selain itu, Fatha Marketing juga memberi latihan, kursus agama, kursus masakan dan motivasi serta memberi latihan keusahawanan.  Sekarang ini, FATHA MARKETING mengorak langkah lebih jauh kerana telah berjaya menjadi  pengeluar bagi pes rempah ready-made dengan jenama produk YHM , YES HALAL REMPAH USTAZAH.
Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu dan pengalaman berkaitan penyediaan dan pembuatan rempah daripada ibu sendiri dan juga beberapa tukang masak dan pengusaha rempah secara langsung dan tidak langsung. Pengasas memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Bidang Syariah dan Pengajian Islam, juga merupakan Pendakwah Bebas, Penceramah Motivasi, bekas pensyarah di Uitm,  tenaga pengajar Kelas Agama, Kelas Masakan dan Penceramah Kursus Kekeluargaan dan Keusahawanan menggabungkan semua ilmu, pengalaman dan kemahiran pada diri untuk menubuhkan FATHA MARKETING. 
Sebahagian besar produk-produk YHM yang dihasilkan adalah dari rempah ratus yang diadun dan disediakan mengikut resepi tradional warisan keluarga yang  mengusahakan Berjaya Restoren yang sangat terkenal di Kota Bharu, Kelantan lebih dari 20 tahun. Selain itu, terdapat beberapa produk masakan yang telah difomulasikan resepinya bagi menghasilkan satu produk yang boleh dipelbagaikan jenis menu masakan yang CEPAT , LAZAT ,BERKHASIAT LAGI BERKAT mengikut selera pelanggan. Kretiviti penghasilan sesuatu produk adalah hasil ujikaji dan penyelidikan oleh Fatha Marketing sendiri.  Sungguhpun ia suatu produk baru, Fatha Marketing masih mengekalkan masakan tradisonal sebagai elemen untuk memberikan keenakan dan kelazatan sesuatu menu.
Kelebihan produk-produk YHM bermula dari aspek pemilihan rempah ratus dan bahan ramuan yang digunakan adalah yang terpilih dan bermutu tinggi, bahan mentah yang terjamin kesegarannya serta amat menitikberatkan aspek halal dan kebersihannya. Ia diadun mengikut sukatan yang menepati intipati sebenar resepi  dan boleh di sesuaikan dengan pelbagai  menu.
Di FATHA MARKETING kami berusaha memenuhi DASAR PEMAKANAN DALAM ISLAM sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah iaitu : Halal, Baik, Berkualiti dan Tidak membawa kemudharatan kepada fungsi tubuh mental manusia serta Makanan itu selari dengan keperluan fitrah maanusia.
Oleh itu kami di FATHA MARKETING berusaha mengikut garis panduan makanan, minuman dan barang gunaan halal yang mempunyai 4 asas utama iaitu:
1.     Sama ada makanan itu sendiri halal.
2.     Sama ada makanan yang didapati adalah daripada sumber yang halal.
3.     Ramuan/ kandungan yang digunakan tidak merbahaya kepada makanan tersebut, cth : tidak menggunakan pengawet atau MSG.
4.      Proses, penyimpanan, pembungkusannya tidak bercampur dengan yang Haram.
Hari ini, Fatha Marketing boleh berbangga kerana telah berjaya membantu sebahagian kecil rakyat Malaysia untuk memasak dengan menjadi pengeluar pes rempah ready made  yang terkenal di sekitar Lembah klang khususnya di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Rempah keluaran Fatha Marketing juga telah sampai ke Sabah, Sarawak, Indonesia, Jepun, Amerika Syarikat,  German, Peranchis, Australia, Dubai, Mumbai, UK (London), mesir dan Arab Saudi. Di Malaysia, pes rempah Yes Halal telah menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira keturunannya.
Meskipun pada awalnya, hanya sebuah perusahaan kecil di rumah (home made) yang ditubuhkan bagi menjana ekonomi pada permulaannya, namun pengasas yakin bahawa Fatha Marketing akan berjaya mengorak langkah lebih jauh menjadi satu industri yang lebih gah dan berprestij di suatu hari dengan operasi telah berpindah ke kilang pula. Berkat sokongan daripada semua pihak kami sudah bersedia menjadikan produk ini sebagai satu warisan makanan citarasa Malaysia yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa pula.Akhir kata, Fatha Marketing  amat berbesar hati dengan pelanggan sedia ada yang memberi seluruh kepercayaan .Kepada bakal pelanggan pula , syarikat ini berjanji dengan sepenuh hati untuk menjadi pembekal makanan terbaik .
Sekian, wasallam
“Cepat, Lazat, Berkhasiat, Lagi Berkat
VISI KAMI

Ø Membantu semua orang supaya boleh memasak tidak kira siapa mereka, atau di mana sahaja mereka berada.
Ø Setiap rumah di Malaysia menjadi pengguna produk pes rempah  YHM YES HALAL REMPAH USTAZAH .
Ø Setiap pelajar, pekerja dan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan masakan seperti di tanahair sendiri walaupun berada di luar Negara dengan pes rempah ‘ready made’ YHM. 
Ø Membantu golongan ibu tunggal dan surirumah supaya dapat berniaga walaupun operasinya hanya di rumah atau membuka warung/kedai makan dengan menjual produk YHM sendiri atau berniaga aneka nasi, lauk pauk dan katering secara kecil-kecilan dan sederhana. 
MISI KAMI
Ø  Membantu para usahawan baru seperti peniaga kecil dan sederhana serta siswazah khususnya serta sesiapa sahaja yang berminat dalam industri makanan untuk memulakan rangkaian perniagaan francais dengan menubuhkan gerai, gerai bergerak, kiosk, kafe, restoren seterusnya membuka lebih banyak “outlet”.
Ø Memperkenalkan masakan warisan tempatan bercitarasa Malaysia ke persada antarabangsa.
Ø Ingin menjadi pengeluar pes rempah ‘ready made’ halal yang terunggul di Malaysia dan sekaligus dapat menembusi pasaran Luar Negara
Ø Ingin menjadi pengeluar utama makanan dan memastikan bahawa pengguna Islam mempunyai alternatif membeli produk-produk makanan yang halal

Jumaat, 20 Januari 2012

KERUTUK OH KERUTUK


RESEPI KERUTUK AYAM / KERUTUK DAGING USTAZAH
Ramai yang bertanya saya macamana nak buat Kuah Kerutuk yang sedap seperti yang saya sediakan dalam Kelas Masakan atau hidangan catering atau yang pernah makan di rumah saya.  Sebenarnya buat rempah kerutuk asli ni leceh sedikit . Kalau guna rempah serbuk senang lah cerita, kalau guna rempah YES HALAL REMPAH USTAZAH..lagi senang. Cuma masukkan ke dalam periuk, tambah lauk  dan tambah santan sahaja.
Sebenarnya ini resepi Warisan Keluarga Ustazah. Dulu daging kerutuk mak Ustazah dijual kat Restoren Berjaya, restoren keluarga kami. Memang ada peminatnya tersendiri..BEST SUNGGUH! Mak Ustazah bab Kerutuk ni tak bagi orang lain masak tapi dia mesti masak sendiri.
Jadi hari ini Ustazah nak kongsikan resepi buat kerutuk yang enak, terasa akan rempahnya yang asli, wangi baunya. Jangan lupa copy and paste. Ilmu yang baik sama-samalah dikongsi, semoga dapat bawa bekal di alam sana. Tapi tolonglah doakan moga Ustazah terus sihat, dapat berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. Jom buat kerutuk ayam atau daging.
RESEPI REMPAH /PASTE KERUTUK AYAM ATAU DAGING
Bahan-bahannya :
BAHAN A
½ kilo Bawang merah/ bawang Bombay pun boleh
8 ulas bawang putih
Serai 2 batang
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
CARA :
1.        KESEMUA BAHAN A DIMAYAM HALUS/ ATAU DIHIRIS HALUS.
2.       DIGORENG MENGGUNAKAN MINYAK YG BYK, SAMPAI GARING SEPERTIMEMBUAT BWG GORENG..GARING SAHAJA..BUKAN HANGUS YA! NANTI PAHIT PULAK.
3.       10 tangkai Cili kering di gunting 3 atau 4 dan digoreng dalam minyak selepas goreng BAHAN A.
4.       KESEMUA BAHAN INI  DIGAUL RATA DAN DIBLENDER/ KISAR/ TUMBUK KALAU LARAT! Orang dulu-dulu giling..kata mak saya.
BAHAN B
4 keping asam gelugur/keeping atau boleh guna asam jawa ½ cawan yg sudah dibancuh (ikut
masam yang kita suka)
2 atau 3 sudu makan Gula Melaka (ikut manis yg kita suka)
BAHAN C
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) untuk
 Menumis
BAHAN D (REMPAH )
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
8 sudu ketumbar
NOTA ; Bahan-bahan ini terlebih dahulu dibasuh, dijemur dan disangai (goreng tanpa
Minyak ,jangan tanpa kuali dah le..)api yang perlahan/ kecil, kalau besar bagus jugak..jadi
kerutuk hangus..he2 gurau ya!  Kemudian dikisar dalam blender kering (kecil). Jumlah
sukatan di atas selepas kisar tau.
Belum siap lagi kerutuk ni ada bahan dia lagi..
1 sudu makan Kunyit serbuk
Kerisik ½ biji kelapa. Lagi banyak lagi sedap, lagi banyak lagi lemak..lagi byk duit habis beli
Kelapa, tapi kalau tanam sendiri tidaklah mengapa kata Jumhur Ulamak tidak kategori
 membazir
Garam secukup rasa.
Fuh..berjela-jela bahannya..Patutlah sedap sangat kan!
CARA-CARA
1.       Tumiskan rempah 4 friend forever tu dlm minyak yg sekadar 1 senduk makan je.
2.       Masukkan BAHAN A (yg telah digoreng dan dikisar tadi), tumis lagi sehingga harum.
3.       Masukkan bahan B, bahan C  serta kunyit serbuk dan akhir sekali kerisik.
4.       Dah siap.. (lama jugaklah atas api, kalau nak sedap)
AMARAN : Jangan makan lagi TAU! Belum siap lagi la! Kalau makan sakit perut siapa yang susah???  Ini baru PASTE REMPAH KERUTUK!

UNTUK RESEPI KERUTUK AYAM ATAU DAGING.
Semestinya daging/ ayam lah.
Kalau pilih ayam 2 ekor boleh untuk paste di atas.  Kalau daging 3 kilo daging lembu/ kambing.
Santan pekat ( 2 atau 3 biji kelapa)
Air
Dah jangan lupa “REMPAH/ PASTE KERUTUK DAGING/ AYAM USTAZAH” kalau Doktor bagi nama PASTE KERUTUK DOKTOR..LAWYER DSBG.
Cara masak;
1.       Jika nak masak kerutuk Daging. Masukkan daging ke dalam periuk atau kuali, masukkan sedikit air dan rempah segera /paste kerutuk tersebut.
2.       Bila daging mulai lembut, barulah dimasukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah pekat.
3.       Boleh nak letak aksesori seperti kentang/ cili potong/ bawang besar potong dll.
...TETAPI JIKA NAK MAKAN KERUTUK AYAM. Caranya macam ni pulak
1.        Masakkan santan/ jerang santan di dalam peruk bersama rempah/paste Kerutuk yg telah disediakan.
2.       Bila mendidih, barulah dimasukkan ayam yang telah dibersihkan.
3.       Masak sehingga ayam masak (x kan mentah kot) dan sehingga kuah Kerutuk Ayam kita pekat..garam yg kita suka.
4.       Siaplah..
5.       DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM DAN DOA MAKAN..SILA LAH MAKAN DENGAN PENUH AKSI..(BERSELERA GITU..NYUM..NYUM..NYUM)..BERPELUH..PELUH.
Bye, bye..
SALAM CERIA,
Chef Ustazah.




DI MANA NAK BELAJAR NASI ARAB/ DI MANA NAK KURSUS NASI ARAB



KELAS NASI ARAB TERUS CEMERLANG DAN GEMILANG.
ALHAMDULILLAH TAHUN INI REZEKI USTAZAH BERTAMBAH-TAMBAH APABILA KELAS NASI ARAB USTAZAH MENDAPAT SAMBUTAN DI LUAR DUGAAN. Terimaksih kepada semua yang menyokong dan memberi kepercayaan kepada kami terus menerus.
Aktiviti Kelas Nasi Arab dari Januari penuh, Febuari juga sama sehingga Ustazah turun ke Penang bersama-sama orang-orang Utara di Haslyda Delight. Sungguh bersemangat sekali orang di sana ya. Ramai yang mengikuti Kelas Nasi Arab bersama Ustazah Coking Classes telah mempraktikkan ilmu dan masing-masing dah mula mencuba resepi-resepi dan Hidangan Hebat Nasi Arab..Fuh! Hebat sungguh, bila Ustazah lihat gambar-gambar yang diupload di Facebook. Alhamdulillah hasilnya sangat membanggakan. Tahniah! Kepada peserta-peserta baru Kelas Nasi Arab yang sudah mencuba hidangan untuk keluarga tersayang dan kawan-kawan dan saudara mara. Pendekkata semua pihak kata : Sedap!!.
Awal Mac pula, Ustazah Cooking Classes bersama ahli Qariah Surau al-Husna Seksyen 20, Shah Alam pula dan beberapa orang lagi iaitu semuanya 29 orang bersama-sama join Kelas Nasi Arab. Kelas Nasi Arab Maqlubah dan Nasi Arab Mandhy berjalan dengan suasana yang cukup meriah dan menyernokkan. Penuh dengan aksi dan gelak ketawa. Berkat buat di Surau, ahli Jemaah pun dapat merasa sama makan Nasi Arab yang dihidangkan di dalam dulang besar selepas Solat. Selesai acara peserta-peserta terus bertanya bila lagi Ustazah’s Cooking Classes akan berprogram di situ. Insya-Allah bila ada kesempatan waktu kita akan berjumpa lagi di dalam siri Kelas Nasi Arab yg lain pula atau dengan modul-modul lain pula.
13 dan 14 Mac pula Ustazah Cooking Classes telah dijemput oleh Pejabat Pembangunan Wanita Kelantan untuk mengadakan Kelas Nasi Arab kepada penduduk-penduduk Kelantan. Manakala 18 Mac Kelas Nasi Arab akan diadakan di Dewan Orangramai Kg. Dat’ Mufti Shuib, Taman Kosas Ampang. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar sekarang. Selain itu, ustazah tawarkan juga modul Set Ayam Goreng ala “KEY EF SEE”. Selepas itu, Ustazah akan turun ke Johor, Kajang, Gombak  dan Kelang  pula di Akademi Chef Amer pada 14 April. Boleh mendaftar nama segera jika berminat ya!. Selepas itu pada pertengahan Mei nanti Ustazah akan berehat kerana tempoh untuk Ustazah bersalin semakin dekat. Maka, tunggulah 2 bulan lagi selepas ustazah selesai berpantang baru boleh mula Kelas Nasi Arab lagi.
Oleh itu, kepada yang berminat, masih belum terlambat untuk mendaftar sekarang atau mengatur aktiviti Kelas Nasi Arab untuk persatuan, Jabatan, sekolah, tetapi mesti sebelum pertengahan Mei ya! Hubungi 013-9802465 sekarang!
Kepada bekas peserta Kelas Nasi Arab yang telah menyertai Kelas Nasi Arab di serata tanahair yang telah memulakan perniagaan, Ustazah ucapkan Selamat Maju Jaya. Semoga perniagaan Nasi Arab anda terus Berjaya dan diberi rezeki yang berkat terus menerus oleh Allah S.W.T. Kepada bekas peserta Kelas Nasi Arab yang menyertai sekadar hobi pula Ustazah ucapkan Selamat memasak Nasi Arab kepada keluarga, saudara mara dan kenalan dengan senyum,puashati dan penuh keikhlasan. Semga usaha-usaha anda diredahai Allah.
Okey, setakat ini dulu catatan Ustazah yang dah lama tak menulis. Selamat Menyertai Kami untuk Kelas Nasi Arab yang terhangat di Malaysia kini. Kami juga menyediakan pelbagai modul Kelas Masakan lain yang juga tidak kurang hebatnya kepada Peminat Dunia Masakan selain modul Kelas Nasi Arab ini.Jumpa lagi, bye-bye. Wassalam.
 

JOM BELAJAR MASAK NASI ARAB DENGAN USTAZAH’S COOKING CLASSES 

Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes merupakan Kelas Masakan untuk Siri Nasi Arab pilihan masakini dengan harga yang murah, resepi yang mudah, menjadi dan sudah terbukti.
Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes menjadi pilihan Jabatan Kerajaan, pihak Swasta, pengusaha katering-katering, restoren, gerai makanan, juga individu-individu yang baru memulakan perniagaan juga yang masih tercari-cari idea perniagaan masakini.  Ada juga yang menyertai Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes  sekadar hobi makan Nasi Arab atau sekadar menambahkan koleksi menu makanan.
 Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes menawarkan Kursus Pilihan Nasi Arab dengan pelbagai Modul dan Pilihan Hidangan Arab.  Boleh belajar Nasi Arab Mandhy, Nasi Arab Kabsah, Nasi Arab Maqlubah, Nasi Malfouf, Nasi Hadramaut dan lain-lain.
Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes melengkapkan hidangan Nasinya dengan mengajar anda membuat acar atau salad Arab, sambal lada Arab, kuah dan sos yang sesuai untuk di makan dengan Nasi Arab.
Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes juga akan membimbing anda untuk menyediakan makanan selingan/ hidangan tambahan Arab seperti roti Arab, humus dan falafel. Juga, Ustazah akan ajar anda bagaimana menyediakan Kebab dan Syawarma.
SIRI 1 Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes menawarkan Kursus seperti berikut: 20 RESEPI AKAN DIPELAJARI : 19 PLUS FREE 1 MODUL. Sangat BERBALOI-BALOI! Kerana kami tahu nilai setiap sen yang anda keluarkan sangat berharga maka kami menawarkan RESEPI YG BEGITU BYK UTK ANDA PELAJARI.
MODUL 1 :  NASI ARAB MAQLUBAH
1.   Penyediaan Nasi Arab Jordan (MAQLUBAH)
2.   Sayur Goreng Nasi Maqlubah
3.   Penyediaan Dajaj  ’Adi (Ayam Original)Untuk Nasi Maqlubah
4.   Penyediaan Ayam Goreng Nasi Maqlubah
5.   Salatoh @ Jelatah Arab (Acar)
6.   Salatoh Ma’a Laban
7.   Demo Mashwi (Ayam Bakar Berempah Arab) 
8.   Demo Masakan Kerutuk  Kambing : (RESEPI BONUS)
9.   Teknik Mengasap Nasi Arab
MASA : 2.30-5.30 PTG

MODUL 2 : NASI ARAB MANDHY
  1. Nasi Mandy
  2. Mandhy Chicken
  3. Chicken Mandhy Roasted
  4. Kambing Bakar Tandoori
  5. Ayam Bakar Tandori
  6. Penyediaan Humus
  7. Falafil
  8. Demo membuat Sandwich Falafil
  9. Baked Beans Sause
  10.  Kuratul Laham Bil Solsoh Tomatim (RESEPI BONUS)
KEISTIMEWAAN KELAS MASAKAN USTAZAH.  FREE  8 PERKARA APABILA ANDA MENYERAI Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes:
1.   BELAJAR MEMASAK NASI ARAB KABSAH.
2.  REMPAH MAQLUBAH UNTUK 50 ORANG MAKAN
3.  2 KOTAK FALAFEL DAN ACUAN
4.  1 BOTOL TAHINI UTK. MEMBUAT HUMUS
5.  1 TIN KACANG KUDA
6.  1 BOTOL MINYAK ZAITUN DURRA
7. APRON
8. NOTA
SUDAHLAH DAPAT BELAJAR RESEPI YG BEGITU BYK DAPAT BANYAK HADIAH Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes : NAK BAGI ANDA

++ 3 FREE  DI MANA ANDA JUGA AKAN MENDAPAT :
1.  Sarapan Pagi Ringan PERCUMA
2.  Makan Tengahari PERCUMA
3.  Sample Hidangan Yg DiMasak Utk Dibawa Pulang PERCUMA
YANG PALING PENTING. DAPAT BAWA BALIK
1.   SIJIL
2.  ILMU DAN TIPS MASAKAN.

JADUAL KURSUS TERKINI :

28HB JANUARI : DEWAN ORANGRAMAI KG DATO MUFTI SHUIB AMPANG. SELANGOR (CALL CIK NINI 012-9404077)

4HB FEBUARI : DEWAN ORANGRAMAI KG DATO MUFTI SHUIB, AMPANG SELANGOR (CALL; 012-9404077/0139062465)

11HB FEBUARI : SURAU DI SHAH ALAM (HUBUNGI USTAZ TAKIYUDIN 0192860205)

 18 HB FEBUARI DEWAN ORANGRAMAI KG DATO MUFTI SHUIB,  TAMAN KOSAS  AMPANG SELANGOR (CALL; 012-9404077/0139062465)
25 HB FEBUARI : PENANG (HUBUNGI HASLYNDA DELIGHT : 0194085500)
10 MAC : SG BULUH (HUBUNGI HJH SALMAH : 0162026502

*JIKA ADA SEBARANG PERUBAHAN KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA YG TELAH MENDAFTAR*



KAMI Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes MENJANJI KAN ANDA AKAN MENDAPAT APA YANG ANDA BAYAR DAN AKAN DAPAT SEPERTI YANG KAMI TAWARKAN .

YANG PASTI ANDA AKAN TERSENYUM BANGGA APABILA MEMPEROLEHI RAHSIA KAMI.MENJADI SEORANG CHEF DAN MAHIR  MEMASAK MENGIKUT MODUL YANG DIAJAR WALAUPUN HANYA SEHARI BELAJAR DENGAN KAMI.
INI LAH AKU JANJI KAMI

HUBUNGI KAMI SEKARANG! SEBELUM HARGA DINAIKKAN SEPERTI PESAING-PESAING KAMI YANG MENGENAKAN CAJ SEHINGGA BERIBU RINGGIT UNTUK 1 MODUL SAHAJA!


TEL SEKARANG :
 012-9404077/0129062465


Ya ! Saya Mahu Daftar Sekarang Juga!

RM 500 Untuk 2MODUL
Plus 1 MODUL PERCUMA
++ 7 HADIAH PERCUMA
 Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes
Langkah 1 : Butiran Pembayaran
Lakukan pembayaran berjumlah RM 500 ke akaun dibawah menggunakan kaedah Fund Transfer atau ATM Transfer atau Cash Deposit:
Bank
No. Akaun
Pemilik Akaun
Maybank
153010197400
WAN HABSAH BINTI WAN AHMAD
CIMB
12410002295209
WAN HABSAH BINTI WAN AHMAD

PENTING: Pastikan anda sentiasa menyimpan rekod transaksi (resit jika cash deposit) atau print screen / pdf print butiran transaksi untuk rujukan dikemudian hari.
ARAHAN: Jika anda menggunakan Perbankan Online (Fund Transfer), COPY butiran transaksi anda untuk dikirimkan kepada kami. Emailkan ke  alamat email mizzninizz@yahoo. com untuk rujukan bagi perbankan online

Langkah 2: Arahan Pengesahan Bukti Bayaran (PENTING)
Pastikan anda melakukan pengesahan terhadap pembayaran anda. Anda perlu mengirimkan butiran tempahan anda serta bukti pembayaran anda kepada pihak kami untuk membolehkan kami mengesan pembelian anda dan juga menghantar produk yang ditempah.


Sebarang pertanyaan Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes boleh diajukan kepada Cik Puteri Nini di talian : 012-9404066/ 012-9404077 @ mizzninizz@yahoo.com

  Cik Puteri Nini
 (Setiausaha Ustazah )
    Fatha Marketing