Isnin, 8 Oktober 2012

PENGENALAN USTAZAH COOKING CLASSES


USTAZAH COOKING CLASSES JURULATIH MASAKAN BERGERAK ANDA. KURSUS MASAKAN PROFESIONAL

Kami dari USTAZAH COOKING CLASSES (UCC) merupakan Jurulatih Masakan Profesional Bergerak untuk Siri-Siri Kursus Masakan atau Kelas Masakan sekitar Lembah Kelang (Kuala Lumpur dan Selangor), Johor, Penang, Kedah, Pahang, Kelantan dan lain-lain lagi negeri di Semenanjung Malaysia.  Keistimewaan USTAZAH COOKING CLASSES (UCC)  selaku pengendali Kursus Masakan dan Kelas Memasak sangat banyak. 

1.   USTAZAH COOKING CLASSES (UCC) melatih dan memberi skill kepada anda menjadi Usahawan Katering.  Sesuai kepada Para Pengusaha Katering, Restoren, kedai makan kecil, gerai, kantin dan kepada yang ingin memulakan perniagaan dari rumah.  Kami akan membimbing anda dalam siri-siri Kursus Masakan dan Kelas Memasak melalui modul-modul menarik yang ditawarkan.
2.   USTAZAH COOKING CLASSES (UCC). Sesuai untuk semua peringkat sama ada tua atau muda, lelaki atau wanita. Juga kursus yang disediakan sesuai untuk aktiviti atau program PUSPANITA, Persatuan Penduduk, Persatuan Masjid, Persatuan Pejabat dan Guru juga PIBG, Persatuan Ibu Tunggal.  Ia sangat sesuai untuk suri rumah dan sesiapa sahaja yang mempunyai hobi memasak.  Atau kepada sesiapa yang langsung tidak tahu memasak, para pelajar atau remaja yang baru ingin belajar memasak.  Juga kepada bakal pengantin baru, atau ingin menambahkan ilmu dunia masakan.
3.   Semasa mengikuti Kursus Masakan bersama USTAZAH COOKING CLASSES (UCC) anda akan memasak dalam suasana sebenar dengan memasak pelbagai nasi dan lauk pauk dan aneka hidangan untuk kenduri dalam jumlah yang banyak dan besaratau sedikit. Juga cara menghias hidangan mengikut keperluan majlis atau acara yang ingin dijalankan.
4.   YANG PALING PENTING. Harga yang ditawarkan oleh USTAZAH COOKING CLASSES (UCC) untuk Kelas Memasak atau Kursus Masakan antara yang TERMURAH dan TERENDAH di pasaran. (Sila layari laman web atau pengusaha Kelas Masakan atau Kursus Masakan lain utuk perbandingan)
Service atau Perkhidmatan kami sangat istimewa dari yang lain kerana :

(a)  Anda tidak perlu membawa apa-apa Bahan Mentah.  Semuanya kami sediakan.  Lauk pauk untuk di masak seperti daging ayam, kambing, lembu, ikan dll.  Juga sayur-sayuran dan rempah-ratus termasuklah beras, mee, bihun atau roti sebagai makanan asas.  Semua ini disediakan mengikut resepi atau modul yang dipilih.
(b)  Kursus untuk semua.  Tidak kira anda siapa : individu, berpasangan juga berkumpulan atau berpesatuan.

(c) Tempat kursus di mana sahaja boleh dijalankan. Sama ada di rumah anda, di tempat kerja, sekolah, perkarangan masjid dan  surau, kolej, universiti, Dewan Serbaguna dll.  
(d) Kepakaran kami telah terbukti melalui siri-siri masakan yang telah dijalankan sama ada jemputan dari pihak kerajaan, swasta atau persatuan dan individu. (Lihat aktiviti/ gambar kami yang lepas)

Ahad, 10 Jun 2012

PENGENALAN


PENGENALAN


NASI ARAB OH NASI ARAB!

 

Fenomena makan Nasi Arab sudah melanda negara dengan begitu dahsyatnya. Semua orang sudah merasa tempiasnya..Suami-suami sudah tidak senang duduk, isteri-isteri pula sudah tidak keruan, anak-anak pula tidak dapat disekat lagi..Mereka semua nak pergi kedai atau Restoren Arab. Alamak! Botak kepala ana..kalau asyik mau makan Nasi Arab! SATU MALAM DAH HABIS RATUS-RATUS. Alamak! Macamana nak buat ni, suami dan anak-anak I semuanya gemar makan Nasi Arab. Aduh! Pening kepala I macamana nak masak ni, I tak tau masak Nasi Arab, nasi Lemak I tau le. MANA TEMPAT I NAK BELAJAR Saya ni nak bisnes..Ingat masa orang tengah suka Nasi Arab ni saya nak la bisnes Nasi Arab. Seronok saya tengok restoren-restoren ARAB sentiasa penuh malam-malam, tapi tak tau macamana nak masak, nak cari Chef Arab kat mana pulak?  Inilah sebahagian keluhan yang saya terima..Roger and Out!

Ini semua NASI ARAB punya pasallah!

X payah pening-pening kepala.. Ustazah kan ada! Teman dan MENTOR Nasi Arab Anda. Saya Ustazah Wan Habsah dari Ustazah Cooking Classes menjemput anda untuk menyertai BENGKEL MERIAHNYA NASI ARAB yang sedang hangat diperkatakan di seluruh Negara. Kepakaran saya menyediakan pelbagai aneka juadah Hidangan Timur Tengah dengan pelbagai VARIASI NASI ARAB. 10 modul saya tawarkan dengan lebih 50 RESEPI HEBAT kan dapat anda kuasai bila menyertai BENGKEL BERSAMA-SAYA. Sertailah sekarang dan jadilah PELOPOR di tempat anda. BUKAN SEKADAR HOBI TETAPI BOLEH DINIAGAKAN. Jom Sertai Kami!





KELAS NASI ARAB PALING MERIAH DAN       MENDAPAT SAMBUTAN MASAKINI 


Program Masakan 1 Malaysia Bersama Kolej Komuniti dan JPW


Bengkel E-mak di Subang Perdana

Sek. Keb. Jalan Reko, Kajang
    BERSAMA PAKAR NASI ARAB
Pejabat Pembangunan Wanita Kelantan
Masjid al-Khairiyah Gombak


USTAZAH'S COOKING CLASSES 
Di Haslyda Delight Bertam, Penang
Di Surau Al-Husna Shah Alam
MENTOR NASI ARAB MASAKINI
Di Akademi Chef Amer Klang
Di Akademi Nur Insan Kajang

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

MODUL-MODUL TERBAIK 
KELAS NASI ARAB
a) NASI MANDHY
Nasi mandhy Kambing


b) RUZ BUKHARI/ NASI BUKHARI KAMBING ARAB
Set Lengkap Nasi Bukhari Kambing
Klik di sini untuk melihat lain-lain gambar Nasi Bukhari

c) RUZ HADRAMAUT/NASI HADRAMAUT 
klik di sini untuk melihat gambar-gambar nasi hadramaut 
d) RUZ HUDHAR/ NASI HUDHAR

e)RUZ KABSAH/ NASI KABSAH
klik di sini untuk melihat aneka hidangan nasi kabsah

f) RUZ MAQLUBAH/ NASI MAQLUBAH

g)RUZ MAA SYAIRIYYAH DAJAJ BIL FURUM/ NASI SYRIA

JOM SERTAI KAMI SEKARANG

SMS KE UCC : 0139802465/0139062465


NASI ARAB OH NASI ARAB!

 

Fenomena makan Nasi Arab sudah melanda negara dengan begitu dahsyatnya. Semua orang sudah merasa tempiasnya..Suami-suami sudah tidak senang duduk, isteri-isteri pula sudah tidak keruan, anak-anak pula tidak dapat disekat lagi..Mereka semua nak pergi kedai atau Restoren Arab. Alamak! Botak kepala ana..kalau asyik mau makan Nasi Arab! SATU MALAM DAH HABIS RATUS-RATUS. Alamak! Macamana nak buat ni, suami dan anak-anak I semuanya gemar makan Nasi Arab. Aduh! Pening kepala I macamana nak masak ni, I tak tau masak Nasi Arab, nasi Lemak I tau le. MANA TEMPAT I NAK BELAJAR Saya ni nak bisnes..Ingat masa orang tengah suka Nasi Arab ni saya nak la bisnes Nasi Arab. Seronok saya tengok restoren-restoren ARAB sentiasa penuh malam-malam, tapi tak tau macamana nak masak, nak cari Chef Arab kat mana pulak?  Inilah sebahagian keluhan yang saya terima..Roger and Out!

Ini semua NASI ARAB punya pasallah!

X payah pening-pening kepala.. Ustazah kan ada! Teman dan MENTOR Nasi Arab Anda. Saya Ustazah Wan Habsah dari Ustazah Cooking Classes menjemput anda untuk menyertai BENGKEL MERIAHNYA NASI ARAB yang sedang hangat diperkatakan di seluruh Negara. Kepakaran saya menyediakan pelbagai aneka juadah Hidangan Timur Tengah dengan pelbagai VARIASI NASI ARAB. 10 modul saya tawarkan dengan lebih 50 RESEPI HEBAT kan dapat anda kuasai bila menyertai BENGKEL BERSAMA-SAYA. Sertailah sekarang dan jadilah PELOPOR di tempat anda. BUKAN SEKADAR HOBI TETAPI BOLEH DINIAGAKAN. Jom Sertai Kami!




KELAS NASI ARAB PALING MERIAH DAN       MENDAPAT SAMBUTAN MASAKINI 


Program Masakan 1 Malaysia Bersama Kolej Komuniti dan JPW


Bengkel E-mak di Subang Perdana


Sek. Keb. Jalan Reko, Kajang
    BERSAMA PAKAR NASI ARAB
Pejabat Pembangunan Wanita Kelantan
Masjid al-Khairiyah Gombak


USTAZAH'S COOKING CLASSES 
Di Haslyda Delight Bertam, Penang
Di Surau Al-Husna Shah Alam
MENTOR NASI ARAB MASAKINI
Di Akademi Chef Amer Klang
Di Akademi Nur Insan Kajang

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

MODUL-MODUL TERBAIK 
KELAS NASI ARAB
a) NASI MANDHY
Nasi mandhy Kambing


b) RUZ BUKHARI/ NASI BUKHARI KAMBING ARAB
Set Lengkap Nasi Bukhari Kambing
Klik di sini untuk melihat lain-lain gambar Nasi Bukhari

c) RUZ HADRAMAUT/NASI HADRAMAUT 
klik di sini untuk melihat gambar-gambar nasi hadramaut 
d) RUZ HUDHAR/ NASI HUDHAR

e)RUZ KABSAH/ NASI KABSAH
klik di sini untuk melihat aneka hidangan nasi kabsah

f) RUZ MAQLUBAH/ NASI MAQLUBAH

g)RUZ MAA SYAIRIYYAH DAJAJ BIL FURUM/ NASI SYRIA

JOM SERTAI KAMI SEKARANG

SMS KE UCC : 0139802465/0139062465

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

JADUAL TERKINI DAN SIRI-SIRI KELAS NASI ARAB

KUASAI RESEPI HEBAT DIBENGKEL SEHARI NASI NASI ARAB BERSAMA MENTOR NASI ARAB 8 SEPTEMBER 2012 SABTU AMPANG

SUKA MAKAN NASI ARAB?
Apakata belajar sendiri cara membuat Nasi Arab yang sedang mendapat sambutan hangat dan menjadi buruan rakyat Malaysia masakini. Tahukah anda bahawa kos belajar Nasi ARAB di MSIA sgt mahal. Cth; dlm sebuah akhbar terkemuka sebuah pengusaha menawarkan belajar memasak Nasi ARAB melalui CD SAHAJA. Kosnya adalah RM480. Itupun hanya ada 1 modul NASI MANDHY SAHAJA.
REBUTLAH PELUANG berbengkel Nasi Arab Sehari Bersama Mentor Nasi Arab anda Ustazah Cooking Classes dengan kos yang paling MURAH DAN MENGUNTUNGKAN. TERBUKTI TELAH BERJAYA MELAHIRKAN USAHAWAN NASI ARAB. Bukan sekadar hobi tetapi boleh diniagakan.

FREE MAKAN DAN BELAJAR NASI KABSAH JORDAN KAMBING apabila anda mendaftar untuk belajar Masak Nasi Arab di dalam BENGKEL SEHARI BERSAMA MENTOR NASI ARAB.
2 modul Nasi Arab akan diajar dapat belajar Free 1 lagi Modul Nasi Arab. 

Ada LAGI..Free Gift. Rempah Nasi Kabsah untuk 50 orang makan. Buku Resepi PERCUMA.
3 Teknik Masak Nasi Arab Akan Diajar : Masak Menggunakan Periuk Biasa, Rice Cooker dan Periuk Pengukus.
Tarikh BENGKEL sehari : 8 September 2012
Masa                                 : 10-5 ptg
Tempat                             : Taman Kosas Ampang
Yuran                               : RM500
Hubungi atau SMS         : 0139802465/0139062465
MAKAN SEPUASHATI..SIJIL DIBERIKAN..SAMPLE HIDANGAN AKAN DIBEKALKAN.

MODUL PENUH SIRI 1
1.    Nasi Mandhy Ayam
2.    Original Mandhy Chicken
3.    Salatoh ’Adi /Jelatah Arab
4.    Salatoh Ma’a Laban
5.    Sambal/ Sambal Harrah
6.    Idam (Arabian Curry)
7.    Nasi Kabsah
8.    Ayam Kabsah
9.    Red Roasted Mandhy Chicken
10. Fruit Salad
11. Syurbah
Demo :
 Free Demo
1.Kambing Panggang
2.Ayam Mashwi
3. Kerutuk Kambing
Sebarang Pertanyaan Boleh call : 0139802465/ 0139062465.
Lawati kami di Facebook Ustazah Wan Habsah.






KURSUS NASI ARAB USTAZAH’S COOKING CLASSES BAGI 2012
SIRI PERTAMA
Modul Pertama (Nasi Mandhy) 8 JULAI 2012 AHAD (10 PG-1 PTG)
1.     Nasi Mandhy
2.    Sambal Harrah
3.    Salatoh
4.    Kambing Bakar Tandoori
5.    Ayam Bakar Tandori
6.    Syurbah
Modul Kedua(Nasi Kabsah) 8 JULAI 2012 AHAD (3-6 PTG)
1.    Nasi Kabsah Kambing
2.    Ayam Kabsah Bakar
3.     Laban Dressing
4.    Sos Baked Beans
SIRI KEDUA
Modul Ketiga( Nasi Maqlubah) 14 JULAI 2012 SABTU(10-1 PTG)
1.  Penyediaan Nasi Arab Jordan (MAQLUBAH)
2.  Sayur Goreng Nasi Maqlubah
3.  Salatoh @ Jelatah Arab
4.  Mashwi (Ayam Bakar Berempah Arab) 
5.  FREE Demo Masakan Kerutuk  Kambing
Modul keempat (Nasi Hudhar) 14 JULAI 2012 SABTU(3-6 PTG)
1.    Penyediaan Air Stok
2.    Penyediaan Nasi Hudhar
3.    DAJAJ BIL FURUM ( AYAM BAKAR MENGGUNAKAN OVEN)
4.    SYURBAH BILKRIMAH (Cream Mushroom and Chicken Soup)
5.    SALATOH BARID
6.    SALATOH HAR
SIRI KETIGA
Modul Kelima (Nasi Hadramaut) 15 JULAI 2012 AHAD(10-1 PTG)
1.    Penyediaaan Bahan Tumisan dan Lauk Kambing
2.    Penyediaan Nasi Hadramaut
3.    Hanith Kambing
4.    Red Roasted Mandhy Chicken
5.    Idam (Fasolia dan Bendi)
6.    Idam (Arabian Curry)
Modul Keenam (Nasi Syria) (3-6 PTG) 15 JULAI 2012 AHAD(3-6 ptg)
1.     Penyediaan Nasi Syria
2.    DAJAJ BIL FARUM/ AYAM BAKAR
3.    SYURBAH BIL QUAKER
4.    SALATOH
SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI. MODUL DI BAWAH AKAN BERMULA 2 MINGGU SELEPAS HARI RAYA
SIRI KEEMPAT
Modul ketujuh (Nasi Bukhara Arab) 1 SEPT 2012 SABTU (10-1 PTG)
1.    Penyediaan Nasi
2.    Idam Mukhtalifah
3.    Salatoh Harra
4.    Kuratul Laham Ma’a Solsolah Thomatim

Modul Kelapan ( SET ROTI) 1 SEPT 2012 SABTU (3-6PTG)
1.    Malfouf (Stuffed Cabbage)
2.    Falafil
3.    Humus
4.    KEBAB LAHAM
5.    SHIS TAWOOK
6.    SYAWARMA LAHAM
SIRI KELIMA
Modul Kesembilan (Buryani Arabi) 2 SEPT 2012 AHAD (10-1 PTG)
1.    Nasi Beryani Arab
2.    Salatoh
3.    Kuah Nasi Beryani
4.    Free DEMO: Kuzi Kambing
5.    SYAWARMA DAJAJ
Modul Kesepuluh ( modul NASI ANTARABANGSA) 2 SEPT 2012 AHAD
1.    NASI BARYANI HYDERABADI
2.    Ayam Baryani
3.    Raita
4.    NASI PILAF PAKISTAN
5.    Acar


JOM SERTAI KAMI SEKARANG!

SMS KE UCC : 0139802465/0139062465

HARGA YURAN
1     SIRI RM500 SAHAJA
1      SIRI MENGANDUNGI 2 MODUL
USTAZAH COOKING CLASSES MENAWARKAN 5 PAKEJ
A)PAKEJ FIRDAUS
YURAN : RM2500.00 SAHAJA
·         Mengambil semua SIRI iaitu 5 SIRI dengan 10 modul dan 50 RESEPI
·         Setelah bersetuju memlilih pakej ini peserta hendaklah menjelaskan RM1500.00 seminggu sebelum Kursus diikuti dan baki RM1000.00 pada hari pendaftaran.
·         Semua SIRI bukanlah pada hari berturutan. Oleh itu, peserta boleh memilih pada mana-mana hari dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking Classes.

TAWARAN KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi sesiapa yang memilih pakej ini di dalam Bulan Sya’ban POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM500 iaitu HANYA RM2000.00 SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM2000.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5 JULAI 2012)..

B) PAKEJ NAIM
YURAN RM : RM2000.00 SAHAJA
·         Mengambil semua SIRI iaitu 4 SIRI dengan 8 modul dan 40 RESEPI
·         Setelah bersetuju memlilih pakej ini peserta hendaklah menjelaskan RM1500.00 seminggu sebelum Kursus diikuti dan baki RM500.00 pada hari pendaftaran.
Semua SIRI bukanlah pada hari berturutan. Oleh itu, peserta boleh memilih pada mana-mana hari dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking Classes
TAWARAN KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi sesiapa yang memilih pakej ini di dalam Bulan Sya’ban POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM300 iaitu HANYA RM1700.00 SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM1700.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5 JULAI 2012)..

C)PAKEJ MA’WA
YURAN RM : RM1500.00 SAHAJA
·         Mengambil 3 SIRI dengan 6 modul dan 30 RESEPI
·         Setelah bersetuju memlilih pakej ini peserta hendaklah menjelaskan RM1000.00 seminggu sebelum Kursus diikuti dan baki RM500.00 pada hari pendaftaran.
Semua SIRI bukanlah pada hari berturutan. Oleh itu, peserta boleh memilih pada mana-mana hari dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking Classes
TAWARAN KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi sesiapa yang memilih pakej ini di dalam Bulan Sya’ban POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM200 iaitu HANYA RM1300.00 SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM1300.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5 JULAI 2012)..
D) PAKEJ NAIM
YURAN RM : RM1000.00 SAHAJA
·         Mengambil 2 SIRI  dengan 4 modul dan 20 RESEPI
·         Setelah bersetuju memlilih pakej ini peserta hendaklah menjelaskan RM500.00 seminggu sebelum Kursus diikuti dan baki RM500.00 pada hari pendaftaran.
Semua SIRI bukanlah pada hari berturutan. Oleh itu, peserta boleh memilih pada mana-mana hari dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking Classes


TAWARAN KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi sesiapa yang memilih pakej ini POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM100 iaitu HANYA RM900.00 SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM900.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5 JULAI 2012).
E) PAKEJ DARUSSALAM
YURAN RM : RM500.00 SAHAJA
·         Mengambil SATUSIRI iaitu 2 modul dan 10 RESEPI
·         Peserta boleh memilih pada mana-mana SIRI dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking Classes
TAWARAN KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi sesiapa yang memilih pakej ini di dalam Bulan Sya’ban POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM50 iaitu HANYA RM450.00 SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM450.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5 JULAI 2012).
HARGA BIASA
1 SIRI 2 MODUL : RM500
JIKA 2 HARI RM1000
JIKA 3 HARI RM1500
JIKA 4 HARI RM2000
JIKA 5 HARI RM2500
........................................
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
Kelas yang ditawarkan ini adalah TERBUKA kepada semua
Anda boleh memilih mana-mana modul yang anda minati di atas tetapi pihak UCC menetapkan 2 modul WAJIB yang mesti diikuti setiap kali mendaftar.
Jika anda mengambil modul 4 hari (8 modul) pihak UCC menawarkan pembelajaran PERCUMA untuk 2 Modul Terakhir bernilai RM500 dengan SYARAT anda mesti membuat pembayaran penuh berjumlah RM2000.00 sekaligus. TAWARAN INI SAH HINGGA 5 JULAI 2012 SAHAJA
Pihak UCC berhak menukar tarikh dan lokasi kursus yang akan dijalankan.
Peserta yang tidak dapat hadir, tidak akan mendapat kembali wang yang telah dibayar tetapi boleh menukar kursus pada hari yang telah dijadualkan oleh pihak UCC.
Peserta yang ingin membayar pada hari kursus hendaklah menambah RM100 dari harga asal.

JOM SERTAI KAMI SEKARANG

SAYA BERMINAT !!!

SMS KE UCC : 0139802465/0139062465
SILA SMS NAMA DAN IC KEPADA :
 : 013-9802465/0139062465



 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

LATAR BELAKANG  CHEF USTAZAH

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM DAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

SALAM UKHUWWAH. Nama saya ialah Hajjah Wan Habsah binti Wan Ahmad atau digelar CHEF USTAZAH merupakan seorang graduan dari Mu’tah University Jordan mendapat ijazah dalam bidang Syariah Dan Pengajian Islam.  Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Universiti Malaya untuk mendapat ijazah Sarjana  (M.A).  Pernah dihantar oleh kerajaan Malaysia untuk mengikuti Kursus Dakwah di Syria, kemudian bekerja dengan NGO Muslim selama 4 tahun sebagai Penganalisis.  

Di waktu yang sama CHEF USTAZAH merupakan Pendakwah Bebas dan Penceramah Motivasi Pelajar, Motivasi Pekerja dan Motivasi Kekeluargaan.  CHEF USTAZAH juga merupakan penceramah kepada Kursus-Kursus Kekeluargaan Islam.  Selain itu, CHEF USTAZAH mengendalikan Kelas-Kelas Agama dan Fardu Ain, Kelas Bahasa Arab dan Kelas Hafazan Al-Quran.  CHEF USTAZAH banyak dijemput berceramah dan menjadi ahli panel Forum di bawah anjuran Jabatan-jabatan Kerajaan dan Swasta, Sekolah-sekolah, Universiti-universiti, Masjid, Persatuan-persatuan dan lain-lain di seluruh Malaysia.  Ustazah juga pernah mengendalikan Rancangan Ceramah Pilihan di Radio Kelantan f.m. selama 4 tahun. CHEF  USTAZAH juga sebelum ini berkhidmat sebagai Pensyarah di UiTM Shah Alam. 


Latarbelakang keluarga CHEF USTAZAH pula terlibat dalam bidang perniagaan, di mana ibu CHEF USTAZAH merupakan seorang pengusaha Restoren lebih dari 20 tahun yang sangat terkenal di Kota Bharu, Kelantan.  Mewarisi kepakaran memasak daripada ibu sendiri, serta menimba pengalaman beberapa tukang masak tersohor di Kota Bharu, Kelantan dan beberapa pengusaha makanan  yang  berjaya, maka CHEF USTAZAH menubuhkan Fatha Marketing bersama suami tersayang HAJI WAN ABDUL FATAH dan memulakan perniagaan sendiri di rumah secara sambilan pada tahun 2008.  Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan dan perniagaan, CHEF USTAZAH mendapati pendapatan dari perniagaan rempah ready-made yang diusahakan di rumah adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan di rumah yang dimiliknya selepas 1 tahun beroperasi.

Semenjak itu, CHEF USTAZAH bekerja sepenuh masa dari rumah di samping tidak meninggalkan  kerja-kerja dakwah dan sosial. Sehingga kini CHEF USTAZAH MASIH MENGENDALIKAN Kelas Fardu Ain di Masjid Bkt Antarabangsa, Kelas Al-Quran dan Kuliah Bulanan di Menara TM KL di samping jemputan ceramah di Lembah Klang. 

CHEF USTAZAH yakin dengan menggunakan kepakaran, pengalaman dan ilmu yang diperolehi tentang masakan bidang ini akan dapat berkembang jauh sekiranya kita dapat membuat banyak revolusi baru. Dalam masa 2 tahun beroperasi, perniagaan Rempah Ready-Made dengan jenama YHM Yes Halal Rempah Ustazah  menjadi semakin giat berkembang.  Kini, CHEF USTAZAH boleh berbangga kerana kilang Rempahnya akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.   CHEF USTAZAH juga dijemput beberapa kali sebagai penceramah Motivasi Usahawan dan Penceramah dalam Bidang Makanan oleh pelbagai pihak termasuklah oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.  CHEF USTAZAH juga pernah muncul dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia mengendalikan Segmen Masakan di  RTM 1.

CHEF USTAZAH juga dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan Kolej Komuniti sebagai JURULATIH MASAKAN untuk mengendalikan Workshop Usahawan Katering kepada semua golongan terutamanya ibu tunggal dan surirumah berpendapatan rendah. Dari tahun 2008 hingga kini CHEF USTAZAH dijemput ke seluruh tanahair untuk mengendalikan KURSUS MASAKAN kepada seluruh lapisan masyarakat. 

Banyak modul-modul telah CHEF USTAZAH ajar kepada peserta yang terdiri pengusaha restoren, katering, gerai juga kepada orang yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang masakan. Akhir-akhir ini, antara modul yang paling banyak mendapat tempat di hati peminat dunia masakan ialah hidangan Nasi Arab. Kepakaran utama CHEF USTAZAH ialah mengendalikan KELAS ATAU KURSUS NASI ARAB kepada PESERTA dengan pelbagai modul yang sangat mudah dan efektif untuk dikuti oleh semua.

-->
CHEF USTAZAH juga menjalankan perniagaan Kedai Arab Ustazah Online di FB dan di blog bagi mengangkat martabat Makanan Sunnah dan makanan-makanan yang TERBAIK di dunia.

CHEF USTAZAH mengalu-alukan pendapat atau sebarang cadangan dan komen untuk memperbaiki diri ini/ sebarang perkara yang boleh menambahbaikkan urusan dakwah atau kelas masakan atau berkaiatan rempah ratus ready-made yang diusahakan samaada melalui blog ini atau FB Ustazah Wan Habsah.

Akhir sekali, sambutlah SALAM PERKENALAN buat ANDA SEMUA.
WASSALAMULAIKUM W.B.T



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


CATATAN DIARI KISAH NASI ARAB DAN SAYA
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM UKHUWWAH KEPADA SEMUA PEMINAT DUNIA MASAKAN.
ALHAMDULILLAH adalah ungkapan terbaik saya panjatkan kehadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman dengan semua pembaca blog ini, peserta dan bakal peserta atau sesiapa sahaja yang sedang mencari maklumat berkaitan Kelas Masakan atau resepi-resepi masakan hebat dari TIMUR TENGAH.  Hari ini, saya dengan rasa tawaduk dan rasa rendah diri ingin membongkar rahsia kesedapan dan bagaimana hidangan makanan Arab terutama Nasi-nasi Arab menjadi ‘kegilaan’ masyarakat dunia umumnya dan jutaan rakyat Malaysia khasnya supaya anda semua mendapat manfaat daripada apa yang akan saya kongsikan nanti. 

Terimakasih kepada peserta-peserta saya yang lepas yang sudi melantik saya sebagai Mentor dan Konsultan untuk terus bertanya dan mendapat nasihat berkaitan hidangan Nasi Arab yang mereka sediakan khususnya yang  telah bergelar Usahawan Nasi Arab. Saya menyedari saya bukanlah yang TERBAIK tetapi saya SENTIASA BERUSAHA memberikan PENGAJARAN, PENGALAMAN YANG TERBAIK untuk ANDA. Saya juga masih lagi mencari formula-formula, skill-skill, resepi TERBAIK, MUDAH, MURAH DAN EFEKTIF untuk dikongsikan BERSAMA melalui cara belajar dan terus belajar tidak kira daripada sesiapa yang sudi memberikan ILMU dengan tujuan menambah ILMU dan membuat PENAMBAHBAIKAN setiap kali saya mengajar peserta-peserta saya. Saya bukanlah Chef yang terkenal atau Chef yang mendapat pendidikan bidang Kulinari tetapi itu bukanlah bermakna saya tidak boleh mengajar atau berkongsi resepi-resepi HEBAT DAN LAZAT dengan ANDA.  Setakat ini saya sudah mengumpul lebih 60 resepi hebat hidangan TIMUR TENGAH untuk dibongkarkan demi kebaikan kita semua.

ALHAMDULILLAH, syukur saya panjatkan kepada ALLAH S.W.T kerana ramai yang memuji-muji masakan dan hidangan yang telah saya sediakan juga peserta-peserta saya yang lepas kerana  ramai yang mengatakan hidangan yang mereka hasilkan berbeza dari segi kualiti dan rasanya dari yang sedia ada di pasaran atau apa yang mereka pernah makan sebelum ini. Alhamdulillah, keluarga, tetamu, pelanggan mereka sangat menyanjung hasil masakan mereka sehingga ada yang menyuruh mereka membuka perniagaan Nasi Arab.
Hidangan dan masakan yang saya ajar kepada peserta-peserta di kelas ialah hasil R & D saya selama ini. Ini semua  adalah hasil penyelidikan dan kajian terhadap hidangan Timur Tengah yang memang menjadi kegemaran saya dan keluarga sejak dulu lagi yang saya buat selama merantau dan belajar di Timur Tengah serta terus berkesinambungan hingga kini. Saya juga belajar dengan banyak guru semasa di timur tengah terutama semasa saya di Jordan, Mesir, Syria melalui wanita-wanita Arab hidangan mereka sama ada dimasak secara tradisional atau moden.

Saya sentiasa membuat percubaan demi percubaan ke atas hidangan tersebut dan membuat penambahbaikan dari masa ke semasa. Alhamdulillah, setiap kali saya masak keluarga dan teman-teman saya menyukainya. Ini menambahkan minat dan rasa seronok saya untuk terus belajar dan belajar hidangan-hidangan baru. Saya telah mencuba pelbagai cara dan peralatan memasak hidangan Arab. Bila saya balik ke Malaysia ada beberapa masalah yang saya temui ketika menyediakan hidangan-hidangan Arab. Saya dapati bahan-bahan terutama rempah-rempah Arab pada mulanya sangat sukar untuk saya dapati di sini. Oleh itu, saya tidak berpuashati dan meneruskan penerokaan saya untuk mempelajari bagaiamana untuk menyediakan sendiri rempah-rempah Arab. Hasilnya kini saya sudah berjaya menghasilkan rempah-rempah Arab sendiri terutamanya rempah Nasi Mandhy, Nasi Kabsah, Nasi Maqlubah dan Hadramaut yang lebih bersih dan halal kerana setiap biji rempah yang saya sediakan adalah dibasuh, disiram, dijemur dan disangai terlebih dahulu. Saya tahu Arab tidak basuh rempah mereka di mana rempah-rempah biji mereka terus dimesin untuk diadun menjadi rempah serbuk. Jadi, di sini bermula jihad saya untuk menyediakan yang HALALAN THOYIBAN di mana saya dapat sediakan rempah yang serbuk atau segera lebih HALAL dan lebih BAIK serta BERKAT untuk umat Islam.



Setelah pulang dari Syria saya sangat gembira melihat kecenderugan masyarakat Malaysia makan di restoren-restoren Nasi Arab di sekitar Kuala Lumpur. Pada masa tersebut, belum kedapatan orang yang mengajar Nasi Arab. Namun 5 tahun kebelakangan ini saya lihat modul Nasi Arab ditawarkan di dalam Kelas-kelas masakan yang diadakan oleh chef-chef tetapi modul dan resepinya tidak banyak dan harganya sangat mengejutkan saya sehingga ada yang mencapai belasan ribu ringgit. Akhir-akhir ini sahaja saya dapati harganya sudah mulai turun kerana ada persaingan yang sihat di antara penganjur kelas-kelas masakan. Ada 2 hidangan Nasi Arab yang paling popular dan diketahui di kalangan masyarakat kita iaitu Nasi Arab Mandhy dan Nasi Arab Kabsah. Lain-lain hidangan masyarakat umum tidak mengetahuinya kecuali yang pernah tinggal atau melawat di Negara Arab.




Suatu hari ketika saya dijemput untuk menjadi Jurulatih Masakan pihak penganjur meminta saya memasukkan salah satu modul Nasi Arab dalam program tersebut. Alangkah gembiranya saya kerana cubaan saya untuk memperkenalkan nasi Maqlubah mendapat tempat dihati. Rata-rata mereka menyukai rasanya. Oleh itu, saya mendapat idea : Apakata kalau saya perkenalkan lain-lain hidangan Arab yang mungkin juga akan digemari oleh selera tempatan kita. Saya juga mula membuat penyelidikan apa hidangan tempatan yang mungkin boleh disesuaikan dengan makanan Arab yang mungkin sesuai selera tempatan masyarakat kita.


Syukur Ya Allah! Saya mungkin sangat bertuah di dalam usaha saya untuk mengangkat hidangan Arab sebagai hidangan esklusif yang boleh dinikamti oleh semua lapisan masayarakat di Malaysia Allah S.W.T telah menemukan saya dengan pelbagai guru masakan yang hebat-hebat semuanya.  Saya berbelanja besar juga untuk pandai dengan banyak menghadiri kelas masakan yang ada kaitan dengan hidangan Arab, saya benar-benar ingin melihat mereka yang benar-benar pakar memasak dan mendapatkan skill-skill dan ilmu yang baik dari mereka dan saya juga belajar dari guru di alam maya iaitu internet dan Chef-chef Arab.  Saya cuba resepi guru-guru saya dan cuba olah sedikit sebanyak untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan TERBAIK. Saya cukup puashati dan berterimakasih hasil gabungan belajar dengan ramai guru saya mendapat banyak tips atau panduan yang saya gabungjalinkan menjadikan resepi kita lebih istimewa. Satu hari saya diperkenalkan ZAINAB yang bekerja di Arab Saudi lebih 15 tahun sebagai tukang masak di rumah seorang hartawan. Saya sungguh teruja apabila Zainab sudi mengajarkan saya pelbagai hidangan-hidangan yang hebat yang saya sendiri tidak percaya sampai sekarang bagaimana saya boleh hasilkannya. Subhanallah! Inilah durian runtuh saya. Saya berbelanja besar lagi dan tidak kisah berapa harga yang mesti saya korbankan untuk pandai. Saya belajar dan terus belajar dan mungkin akan terus belajar lagi. Insya-Allah, demi merealisasikan impian saya untuk menjadi benar-benar pakar hidangan Arab. Jika anda ada hidangan Arab yang ingin dikongsikan dengan saya, saya sangat mengalu-alukannya.

Selain itu, saya juga melihat dan mengkaji peralatan yang memasak yang boleh memudahkan peserta untuk memasak hidangan Nasi Arab di Malaysia walaupun mereka tidak menggunakan periuk atau cara masak seperti Arab di sana secara tradisional seperti di dalam tanah yang digali tetapi masih mengekalkan rasa asli atau mungkin lebih sedap dari apa yang pernah dirasa. Saya cuba menggunakan periuk biasa, “rice cooker”, periuk “pressure cooker” dan steamer untk mengetahui hasil setiap nasi yang dimasak. Saya mulai mengkaji apakah bahan rempah perlu ditumis atau tidak sebagaimana asal dan apakah bahan yang boleh menambah kelembutan pada nasi dan pada lauk yang dimasak. Saya juga mengkaji dan menguji beberapa rempah ratus yang mungkin sesuai ditambah untuk menyedapkan lagi hidangan. Di dalam kajian saya contohnya, respon yang saya dapati pengunaan minyak zaitun sepenuhnya ketika menumis atau memasak menjadi hidangan yang disediakan tidak akan menjemukan (muak). Juga penggunaan Yoghurt dan bahan-bahan seperti daun ketumbar, pudina dan bawang goreng menjadikan hidangan makanan Arab saya semakin lazat.  Saya sudah mengetahui kepelbagaian hidangan Arab bukan sahaja Nasi Mandhy dan dan Nasi Kabsah malah, lain-lain nasi-nasi Arab juga boleh diterima dan disukai oleh tekak orang Asia kalau kena caranya.

Sepanjang hasil mengajar peserta Kelas Nasi Arab saya juga mendapati banyak mutiara dan ilmu yang dapat saya kutip di situ. Saya juga banyak belajar dari ratusan peserta saya pelbagai pengalaman dan ilmu daripada mereka. Terimakasih semua Kenapa saya berterimaksih kepada mereka. Tidak lain tidak bukan mereka inilah yang telah melengkapkan siri-siri soal jawab atau permasalahan yang timbul dan ia sangat membantu saya menangani masalah-masalah yang timbul sewaktu menyediakan hidangan nasi Arab. Semoga Allah memberkati dan meredhai hidup anda semua. Mudah-mudahan segala ilmu yang dikongsikan akan menjadi saham di  akhirat nanti. Di kalangan peserta saya ada yang hadir kerana minat mereka sendiri makan nasi Arab, ada yang kerana suami, anak-anak, ibu ayah suka sangat makan Nasi Arab. Ada juga yang datang kerana ingin memulakan perniagaan Nasi Arab di rumah, digerai atau restoren. Ada juga peserta yang ingin menambah menu hidangan catering atau restoren mereka, menukar hidangan dan sebagainya.  Melalui mereka saya banyak belajar pelbagai persoalan dan jawapan yang sangat berguna untuk saya dan juga mungkin berguna untuk anda.
Kejayaan saya walaupun tidak besar sebenarnya adalah kejayaan peserta-peserta saya yang telah berjaya membawa pulang hidangan ini untuk dipersembahkan kepada keluarga, saudara dan teman-teman juga pelanggan mereka bagi yang berniaga.  Pujian, kepuasan yang diterima mereka adalah kejayaan besar bagi saya. ALHAMDULILLAH.
Apa yang lebih menggembirakan saya hidangan matlamat saya untuk melihat hidangan ini boleh dinikmati oleh orang yang miskin dan sederhana telah menjadi kenyataan kerana ramai telah mengkhabarkan hasrat anak atau keluarga mereka untuk makan Nasi Arab telah tertunai kerana sebelum ini mereka hanya mendengar kawan-kawan atau saudara mara sahaja bercerita tetapi kali ini mereka sendiri boleh menyediakannya.

Saya juga gembira kerana kursus yang sediakan ini antara yang paling murah di pasaran dan paling banyak resepi ditawarkan. Oleh itu, saya sudah berpuashati apabila semua peserta saya menyatakan sangat berpuashati dan berbaloi-baloi datang ke kelas saya. Saya juga boleh membuktikan kepada anda beberapa peserta yang berjaya dengan cemerlangnya dalam perniagaan yang mereka jalankan walaupun hanya sehari belajar dengan saya. 

Alhamdulillah segala rezeki itu datang dari Allah SWT. Jika anda rasakan harga yang saya tawarkan adalah mahal saya berpendapat anda mesti membuat sedikit SIMPANAN jika tidak mampu kerana itu jugalah yang saya buat ketika ingin belajar. Insya-Allah jika keinginan kita kuat, doa dan tawakal, Allah akan mengabulkan hasrat anda. Saya juga menggalakkan anda belajar dari guru-guru yang lain supaya banyak teknik dan resepi yang dapat anda kumpul dan praktikkan nanti untuk bergelar PAKAR.

Kepada anda yang baru-baru hendak berjinak-jinak dengan hidangan Timur Tengah atau Nasi Arab atau kepada bekas peserta saya yang lepas yang ingin menambah ilmu lagi daripada saya, saya berjanji akan memberikan dan perturunkan untuk masa ini ILMU yang TERBAIK dan TERMAMPU oleh saya, INSYA-ALLAH.  Apa yang saya perolehi hari ini merupakan KURNIAAN ALLAH JUA dan SEGALA ILMU adalah DATANG dariNYA. Saya ingin kongsikan hasil belajar daripada kesilapan dan kegagalan yang telah saya alami. Saya juga berharap ilmu yang saya perturunkan ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh setiap peserta bagi menjana pendapatan atau semata-mata kerana hobi atau minat.

Sebagai mentor anda saya menyarankan kepada anda supaya sentiasa ikhlas di mana sahaja anda berada. Masaklah dari hati anda yang tulus ikhlas supaya yang apa yang anda hasilkan adalah BERMUTU, SEDAP dan  BERKAT.

Akhir kata saya sentiasa mendoakan semoga semua peserta berjaya dunia dan akhirat. Jika ada sebarang cadangan dan komen boelhlah terus ajukan kepada saya.


SALAM SAYANG DARIPADA SAYA.


DARI DAPUR MENTOR NASI ARAB,


Chef  Ustazah,

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


KENALI NASI ARAB


Assalamualaikum w.b.t. kepada semua Peminat Dunia Masakan.
Nasi Arab kini menjadi sebahagian menu atau hidangan yang mulai mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Hidangan ini 10 tahun kebelakangan ini semakin popular dan digemari ramai. Di Malaysia kini tumbuh dengan rancaknya perniagaan restoren Nasi Arab terutamanya di Lembah Kelang. Kedatangan pelancong Arab juga kebanjiran pekerja-pekerja dari Negara Timur Tengah mempercepat dan menambahkan lagi hidangan Nasi Arab ini dikenali ramai.
Sesungguhnya ada pelbagai jenis hidangan Nasi Arab yang popular di Timur Tengah. Kata orang : Tak kenal maka tak cinta. Apakata kita berkenalan dengan jenis-jenis Nasi Arab. Hari ini Chef Ustazah akan berkongsi sedikit maklumat dengan anda selaku Jurulatih atau Mentor Nasi Arab di tanahair berkenaan beberapa jenis Nasi Arab. Selamat Membaca..
JENIS-JENIS NASI ARAB :
1)   Nasi Arab Mandhy
Nasi Arab Mandhy merupakan Nasi Arab yang paling popular atau dikenali oleh masyarakat umum. Hidangan ini sangat terkenal di Yemen, Mesir, Moroco, Oman, Syria dan Turki dan lain-lain Negara Arab. Bahan utamanya terdiri dari rempah ratus seperti buah pelaga, jintan, manis, jintan putih, ketumbar, serbuk kunyit bunga lawang dan lain-lain. Orang Arab Badwi memasaknya di dalam lubang tanah yang dikorek dan dimasukkan kayu api. Bahan-bahan rempah ratus secara asalnya direbus bersama lauk seperti kambing atau ayam dan dimasukkan beras basmathi. Selepas itu, mereka akan akan menutup kembali lubang yang telah dimasukkan periuk mengandungi beras dan ayam atau lauk yang digantung dengan tanah. Nasi akan dimasak secara original di dalam tanah. Sekarang ini kaedah ini jarang lagi digunakan oleh orang Arab sendiri. Mereka lebih selesa menggunakan periuk dan dapur moden biasa. Nasi ini sesuai dimakan dengan salatoh dan salatoh harra.
2)   Nasi Arab Kabsah
Nasi Arab Kabsah hampir menyamai Nasi Mandhy pada kebanyakan Negara tetapi ada sedikit sahaja perbezaan rempah ratus yang digunakan. Nasi Arab Kabsah di Jordan pula dicampur tomato puri dan warnanya agak kemerahan sedikit dan diletakkan sayur campur, berbanding Nasi Kabsah di Arab Saudi, Oman atau Yemen warna kebiasaanya adalah kuning. Sebagai pelengkap Nasi Kabsah dimakan dengan salatoh dan salatoh harra atau jika yang gemarkan kuah disertakan dengan syurbah (sup)/ idam (kuah seakan dalca).

3)   Nasi Maqlubah
Nasi Arab Maqlubah agak istimewa kerana mengandungi sayur-sayuran yang digoreng dan lauk-lauk. Dipanggil Nasi Maqlubah kerana diterbalikkan (upside down). Di lapisan paling bawah dimasukkan lauk sama ada ayam atau kambing, kemudian sayuran yang digoreng seperti bunga kobis, karot, kentang dan terung, kemudian dimasukkan beras. Proses ini dilakukan berselang-seli sehingga ke atas. Apabila nasi masak, periuk akan diterbalikkkan ke dalam dulang. Nasi ini terkenal di Jordan dan Syria. Kebiasaannya dihidangkan dengan salatoh timun dan tomato berbentuk kiub.
4)   Nasi Arab Hudhar
Nasi Arab Hudhar ini terkenal di Lubnan. Jika Nasi Arab Maqlubah menggunakan sayur-sayur segar, Nasi Hudhar pula mengandungi “Mix-Vege” sayur campur. Nasi Arab Hudhar dimasak menggunakan air stok ayam atau kambing dengan rempah ratus istimewa. Kebiasaannya set nasi ini ialah Salatoh Harr dan salatoh barid.
5)   Nasi Arab Hadramaut.
Nasi Arab hadramaut juga hampir menyamai Nasi mandhy tetapi rempa ratus yang digunakan untuk memasak nasi atau lauk adalah 3 kali lebih banyak. Seakan-akan Nasi Beryani Malaysia, tetapi dimakan dengan “Idam”.Salatoh atau acarnya terdiri dari campuran karot, salad, timun dan tomato. Kebiasaannya hidangan Nasi ini lebih sesuai dimasak lauk kambing.
6)   Nasi Arab Syria/ Ruz Ma’a Syairiyah
Ruz Arab Syria ini dinamakan Ruz Ma’a Syairiyah. Ia agak berlainan dari nasi-nasi Arab yang lain kerana di dalamnya dimasukkan Syairiyyah (seperti spaghetti)/ bihun yang digoreng terlebih dahulu. Rasanya seperti nasi minyak Malaysia tetapi lebih sedap sedikit dan agak lemak kerana ada ‘laban atau yoghurt di dalamnya.  Kebiasaannya nasi ini dimakan dengan Ayam Rebusan yang dimasak dengan campuran yoghurt dan lada hitam dan dibakar di dalam oven. Selain itu, ia enak dinikmati dengan Syurbah Bil Quaker/ Kuah Masam Manis Quaker.
7)   Nasi Arab Bukhari
Nasi  Arab Bukahri dimasak seperti Nasi Tomato di Malaysia yang ditumis menggunakan tomato puri bersama rempah ratus serta lauk kambing. Di atas nasi ditaburkan karot yang dihiris memanjang. Nasi Bukhari ini kebiasaanya di makan dengan salatoh, salatoh harr dan “idam” kuah seakan dalca tetapi rasanya masam manis berisi sayur seperti bendi, terung, kentang yang dimasak dengan tomato puri.Ia lebih sesuai berlaukkan kambing.

Ok, sehingga bertemu lagi dalam sambungan jenis-jenis Nasi Arab yang lain di siri akan datang. Jaga diri, jaga perintah Allah. Semoga hidupmu diberkati. Bye-bye.
Salam Sayang Daripada Mentor Nasi Arab,
Chef Ustazah



ISTIMEWANYA NASI ARAB..TANYALAH MENTOR NASI ARAB
Kenapa Nasi Arab digemari? 20 SEBAB
  1. 1.   Rasa NASI ARAB yang sedap
    2.   Aroma NASI ARAB yang wangi.
    3.   Beras NASI ARAB yg istimewa..butir nasinya panjang dan makan NASI ARAB tanpa lauk pun dah best!
    4.   Sebelum masak BERAS direndam lama untuk dapat hasil NASI yang  LEMBUT tapi bukan LEMBIK.
    5.   Sungguh sedap menikmati NASI ARAB yang ditumis dengan minyak zaitun dan sedikit minyak sapi.
    6.   Rempah ratus NASI ARAB sungguh istimewa, bila makan terkenang-kenang sampai bila-bila.
    7.   Lebih lazat makan NASI ARAB jika ada lauk kambing atau ayam yang dimasak dengan rempah khas diadun dengan Laban/yoghurt lagi tambah lemak berkrim.
    8.   Tambah umph makan Nasi Arab jika ada “salatoh”/acar yang ditambah laban dan salatoh Harr / sambal biasa atau sambal pedas atau sambal belacan.
    9.   Kalau Nasi Arab ditambah aroma daun ketumbar dan daun pudina lagi syok baunya..
    10.               Nak tambah bawang goreng atau masukkan aroma daun pandan pun lebih BEST!
    11.               Tambah pula jika ada kuah-kuah istimewa seperti syurbah/ sup atau Idam (kuah ala2 dalca).
    12.               Jikalau diasapkan nasi lagi istimewa dengan bau arang dan minak zaitun.
    13.               Kalau pekena NASI ARAB dengan LAUK KAMBING BAKAR/ AYAM BAKAR fuh!! Syok tak terperi.
    14.               Mengadap NASI ARAB yang diisi dalam dulang bersama keluarga atau teman ‘wow’ tak tergambar keseronokan menikmatinya.
    15.               NASI ARAB ni kalu masak dalam tanah pun sedap, masak dalam periuk atas dapur pun sedap, dalam rice cooker pun sedap kalau masak dalam PENGUKUS lagi SEDAP dan tekstur nasi lagi cantik dan PANJANGGG!!
    16.               Kalau nak tambah NASI ARAB dengan lauk-lauk atau kuah-kuah Melayu, India dan Cina pun boleh..Sedap dan sesuai juga.
    17.               Sedap juga  NASI ARAB ni kalau di makan ketika panas-panas..segar dan fresh dari dapur.
    18.               Dapat sepinggan NASI ARAB boleh makan 2 orang..banyak nasinya!
    19.               Sesuai dinikmati dengan minuman sejuk atau panas. Sebab tu ada yang hirup SYAI/teh, KOHWAH/ kopi, atau minum koktel, minuman buah-buahan atau minuman bergas..Lagi x sedar makan NASI ARAB dah sampai licin
    20.               Ummp..marvelous..laziz jiddan..sedap..dari hari pertama  ku kenali NASI ARAB sehingga KINI ku jatuh CINTA pada rasanya, baunya..semua sekalilah.. kecuali TUKANG MASAK ARAB je x suka..he2


    ANDA GEMARKANNYA SAYA LAGI GEMARKANNYA!! KERANA ITU SAYA KUASAINYA SEHINGGA MAHIR DAN MENJADI PAKAR.. ANDA BAGAIMANA??

    NAK JADI SEPERTI SAYA..JOM TEROKAI RAHSIA NASI ARAB BERSAMA SAYA CHEF USTAZAH..DAPATKAN RESEPI HEBAT DAN BONGKAR RAHSIA HIDANGAN ISTIMEWA INI BERSAMA SAYA TELAH DIGELAR PAKAR NASI ARAB. TIDAK MUSTAHIL  ANDA JUGA BERHAK MENJADI PAKARNYA..

    SALAM SAYANG,

    Chef Ustazah