Ahad, 19 Disember 2010

MEMASAK REMPAH

REMPAH READY-MADE YES HALAL REMPAH USTAZAH kebanyakannya adalah resepi-resepi Warisan Keluarga yang mengusahakan Restoren lebih dari 20 tahun yang ditelah dibuat penyelidikan dan diubahsuai demi untuk kemudahan semua. Selain itu ada juga resepi-resepi yang diformulasikan oleh ustazah sendiri Ini kerana formula yang dihasilkan ini sangat memudahkan dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat antarabangsa secara umumnya. Meskipun sudah terdapat banyak produk rempah di pasaran tetapi Fatha membawa kelainan dan kelebihan kepada semua iaitu :
MUDAH DISEDIAKAN KERANA TIDAK PERLU DITUMIS. REMPAH YES HALAL REMPAH USTAZAH sangat mudah disediakan kerana pelanggan tidak perlu menumis lagi sebagaimana produk-produk rempah serbuk yang ada dipasaran. Ianya sangat fleksibel dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja.
MENJIMATKAN MASA DAN KOS.Khususnya bagi wanita yang berkerjaya terutamanya ibu-ibu dan surirumah yang ingin menyediakan masakan istimewa untuk keluarga, teman, tetamu atau sesiapa sahaja. REMPAH YES HALAL REMPAH USTAZAH sangat membantu kerja-kerja memasak didapur kerana sangat menjimatkan masa memasak dan menjimatkan kos membeli barang dapur khususnya bahan masakan kerana bahan ramuan seperti serai, halia atau lengkuas dan lain-lain rempah ratus semuanya sudah lengkap tersedia. Mereka cuma buka pek pes Rempah Ready made Yes Halal dan panaskan serta masukkan lauk seperti ayam, daging, ikan dan tambahkan air atau santan sahaja. Selain tidak memenatkan kerja dengan menggunakan pes rempah ready made YHM pelanggan tidak perlu lagi mengupas bawang yang biasanya memedihkan mata dan dapur juga tidak akan bersepah lagi dengan penyediaan bahan seringkas mungkin.
BOLEH DISEDIAKAN BILA-BILA MASA. Pengguna juga tidak perlu gusar lagi jika ada tetamu datang secara tiba-tiba ke rumah kerana penyediaan REMPAH YES HALAL REMPAH USTAZAH tidak mengambil masa yang panjang dan tidak akan mengganggu jiran tetangga walaupun disediakan di malam hari kerana tidak ada lagi bunyi bising seperti biasa akibat menggunakan batu lesung atau pengisar untuk menyediakan masakan.
KINI, SEMUA ORANG BOLEH MASAK. Sasaran pengguna bukan sahaja kepada wanita, malah lelaki juga boleh memasak sekarang kerana hasil masakan sangat menakjubkan. Tidak kira siapa anda, tua atau muda, kecil besar, mahir atau kurang mahir atau langsung tidak tahu masak, surirumah, berkerja atau pelajar. Produk YHM REMPAH USTAZAH REMPAH YES HALAL akan menyelesaikan masalah anda. Mereka yang tahu atau yang tidak tahu memasak akan tersenyum bangga bila melihat hasil masakan yang dimasak benar-benar menjadi dan dinikmati dengan penuh berselera oleh semua. Keluarga, sanak saudara atau tetamu yang berkunjung ke rumah akan memuji-muji masakan anda.
SESUAI DI MANA SAHAJA. REMPAH YES HALAL REMPAH USTAZAH Sesuai digunakan di mana-mana sahaja samada di rumah atau di pejabat, untuk berkelah atau berkhemah, juga untuk berziarah. Bagi yang berada di luarnegara boleh mengubat kerinduan kepada masakan tanahair kerana kini tidak ada masalah lagi untuk menikmati hidangan masakan seperti masakan air tangan bonda.
Berketepatan dengan slogan kami yang memberi jaminan 100% produk halal, lagi berkualiti dengan slogan “CEPAT, LAZAT, BERKHASIAT, LAGI BERKAT.” Semoga produk yang dikeluarkan ini akan meningkat dan memeriahkan lagi industri Hub Halal di dalam negara kita.
SELAMAT MENJAMU SELERA DARIPADA USTAZAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan