Ahad, 12 Disember 2010

KENAPA REMPAH YES HALAL REMPAH USTAZAH MENJADI PILIHAN RAMAI



REMPAH YES HALAL rempah Ustazah dengan nama produk YHM menjadi pilihan ramai kepada seluruh masyarakat.  Formula yang dihasilkan ini sangat memudahkan dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat antarabangsa secara umumnya.  Meskipun sudah terdapat banyak produk rempah di pasaran tetapi REMPAH YES HALAL membawa kelainan dan kelebihan kepada semua iaitu :
v    Ianya sangat mudah disediakan kerana pelanggan tidak perlu menumis lagi sebagaimana produk-produk rempah serbuk yang ada dipasaran.  Ianya sangat fleksibel dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja. 
v    Khususnya wanita yang berkerjaya terutamanya ibu-ibu dan surirumah yang ingin menyediakan masakan istimewa untuk keluarga, teman, tetamu atau sesiapa sahaja. Ia sangat membantu kerja-kerja memasak didapur kerana sangat menjimatkan masa memasak  dan menjimatkan kos membeli barang dapur khususnya bahan masakan kerana bahan ramuan seperti serai, halia atau lengkuas dan lain-lain rempah ratus semuanya sudah lengkap tersedia.  Mereka cuma buka pek pes Rempah Ready  made Yes Halal Rempah Ustazah dan panaskan serta masukkan lauk seperti ayam, daging, ikan dan tambahkan  air atau santan sahaja.  Selain tidak memenatkan kerja dengan menggunakan pes rempah ready made YHM pelanggan tidak perlu lagi mengupas bawang yang biasanya  memedihkan mata dan dapur juga tidak akan bersepah lagi dengan penyediaan bahan seringkas mungkin.
v    Pengguna juga tidak perlu gusar lagi jika ada tetamu datang secara tiba-tiba di rumah kerana penyediaan masakan tidak mengambil masa yang panjang dan tidak akan mengganggu jiran tetangga walaupun di malam hari kerana tidak ada lagi bunyi bising menggunakan batu lesung atau pengisar untuk menyediakan masakan.
v    Sasaran pengguna bukan sahaja kepada wanita, malah lelaki juga boleh memasak sekarang kerana hasil masakan sangat menakjubkan.  Tidak kira siapa anda, tua atau muda, kecil besar, mahir atau kurang mahir atau langsung tidak tahu masak, surirumah, berkerja atau pelajar. Produk YHM akan menyelesaikan masalah anda. Mereka yang tahu atau yang tidak tahu memasak akan tersenyum bangga bila melihat hasil masakan yang dimasak benar-benar menjadi dan dinikmati dengan penuh berselera oleh semua. Keluarga, sanak saudara atau tetamu yang berkunjung ke rumah akan memuji-muji masakan anda.
v     Sesuai digunakan di mana-mana sahaja samada di rumah atau di pejabat, untuk berkelah atau berkhemah, juga untuk berziarah. Bagi yang berada di luarnegara boleh mengubat kerinduan kepada masakan tanahair kerana kini tidak ada masalah lagi untuk menikmati hidangan masakan seperti masakan air tangan ibunda.
Berketepatan dengan slogan kami yang memberi jaminan 100%  produk halal, lagi berkualiti dengan slogan  “Cepat, Lazat, Berkhasiat, Lagi Berkat.”   Semoga produk yang dikeluarkan ini akan meningkat dan memeriahkan lagi industri Hub Halal di dalam negara kita.



1 ulasan: