Rabu, 25 Mac 2015

RESEPI MASAK NASI ARAB.

Cara terpantas menyediakan Nasi Arab.

Seperti Tukang Masak Arab yang Pakar.

Anda mampu meyediakannya sendiri di rumah.

Apakata cuba NASI ARAB MANDHY CHEF USTAZAH.


Jom lihat resepi ini :
CARA-CARA PENYEDIAAN NASI ARAB MANDHY
1. Basuh beras dan rendam selama 2 jam serta toskan.
2. Panaskan sebanyak 700ml air dan masukkan Rempah Nasi Arab Mandhy Ustazah.
3. Apabila mendidih masukkan 1 sudu makan garam, lauk ayam/kambing. Jika daging kambing rebus sampai lembut.
4. Kemudian masukkan 1 cawan yoghurt (jika mahu) dan masukkan beras basmathi.
5. Apabila nasi telah kering, titik pewarna kuning telur atau saffron (jika mahu).
6. Masukkan 5 sudu minyak zaitun, daun pudina, daun ketumbar, bawang goreng dan kimis/badam (pilihan)
7. Apabila masak, gaul rata dan sedia untuk dihidangkan
INI DINAMAKAN NASI MANDHY ORIGINAL/RUZ MANDHY ‘ADI.

NASI ARAB MANDHY CHEF USTAZAH boleh dimakan dengan :
A) Salatoh ‘Adi/ Acar Jelatah:
Potong dadu 2 biji tomato dan 2 batang timun. Selepas itu masukkan garam, gula dan perahan lemon. Masukkan hirisan daun ketumbar dan 2 sudu minyak zaitun. Gaul rata.

B) Sambal Arab
Kisar 3 biji buah tomato, 3 cili merah, 1/2 labu Bawang besar, garam, gula, dan ½ biji lemon serta daun ketumbar.
Hidangan Nasi Arab juga dicadangkan di makan dengan :
Ayam Panggang atau Kambing Panggang.

Gunakan samaada :
1. Pes Rempah Ayam Bakar Berempah Ustazah
2. Pes Rempah Tandoori Ustazah.



Untuk membeli :

sms/ whatsapp ke 019-9378679

Tiada ulasan:

Catat Ulasan