MADU MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN
KESIHATAN
Madu merupkan makanan Sunnah dan makanan
Kesihatan yang sangat terkenal dan diketahui umum. Kesahihan tetang RAHSIA MADU telah
disebut di dalam Al-Quran dan al-Sunnah (Hadis). Di dalam Surat An Nahl ayat 68-69 Allah
berfirman yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah;
“…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan
Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar
minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR
yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat
tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak
membongkar rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings”
daripada experiment yang dilakukan para saintis moden
Dalam ayat yang dinyatakan di atas secara jelas
disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan
pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia.
Sabda Nabi
s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya.
Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta
penyakit keluar darinya."
Rasulullah
sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang
dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong.
Madu dari sudut saintifiknya mengandungi
glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium,
potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi
vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan
kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di
samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah
yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu
dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free
radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser
(BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang
terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey
Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria,
fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih
cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh
merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan
(University of Cardiff, Wales).
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan