Delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan
serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].
Allah
menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk
menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai
buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah
delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di
sebalik sebiji buah delima?
Buah delima
merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah
sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-
tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al
An'am ayat 99 dan ayat 141. Di dalam ayat 99 Surah al-An’am Allah
berfirman yang bermaksud :
““Dan Dialah yang
menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami
keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari
pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan
buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur
dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan
yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99
Nabi
Muhammad SAW bersabda,
“Tidak ada delima yang tidak
mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda,“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.
Nama perkebunan
delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal
yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan
utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir
Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh
seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9
meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar
segar.
Buahnya mula
berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama
sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna.
Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di
Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya
yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah
susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah
sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas
ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya
tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium
dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi
bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan
untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan
membuat kek.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi
perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah
delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam
agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau
dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang
melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.

Menurut Ibn
Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia
amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan
melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan
Abu Nu'aim yang bermaksud:
"Buah delima dan kulitnya dapat
menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh
badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya
yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.
Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam.
Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan
darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung
dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu
menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima
disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas
penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.

Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan
Parsi termasuk :
- Membaikpulih
fungsi hati dan limpa
- Mencuci
buah pinggang dan salur kencing
- Membantu
penghadaman
- Membuang
lemak-lemak berlebihan
- Menambah
tenaga
- Mengelakkan
alahan bagi wanita mengandung
- Mengubahsuai
hormon bagi wanita menopause
- Membaiki
sistem pembersihan dan pengaliran darah
- Merawat
@ membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan
tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikan
kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai
khasiat-khasiat lain seperti:-
- Mengurangkan
pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah
tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
- Mengurangkan
tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika
mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
Justeru, kemanfaatan
buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji
buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan
penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia
menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan
perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya
dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini
menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan
keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan
tersebut.
OLEH ITU, MARILAH KITA MENGAMALKAN MAKAN BUAH YANG DISEBUT DI DALAM AL-QURAN YANG TERDAPAT DI SYURGA IAITU BUAH DELIMA ATAU MEMINUM JUSNYA.
UNTUK MEMBELI DAN MEMBUAT ORDER BOLEH TEMPAH MELALUI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE.
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE MENJUAL PATI DELIMA DAN JUS DELIMA

KOD13 : JUS DELIMA GULSAN
KOD 38 : PATI DELIMA DAN KHAL CUKA KURMA : RM 50
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 38 : PATI DELIMA DAN KHAL CUKA KURMA : RM 50
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 54: MINYAK HABBATUS SAUDA', MADU AL-SHIFA', PATI DELIMA, KHAL (CUKA KURMA) DAN BUAH TIN : RM120.00
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 53 : MINYAK HABBATUS SAUDA', KHAL (CUKA EPAL), MADU AL-SHIFA, PATI DELIMA DAN BUAH ZAITUN : RM 120
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 56 : MINYAK HABBATUS SAUDA', PATI DELIMA, MADU AL-SHIFA, CUKA EPAL DAN CUKA TAMAR (KHAL) : RM129
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
SESUAI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI ATAU DIJADIKAN HADIAH BUAT YANG TERSAYANG
SESUAI UNTUK SEBARANG ACARA ATAU MAJLIS
SESUAI DIJADIKAN HADIAH UNTUK :
HARIJADI
PENGANTIN
DOOR GIFT
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
ZIARAH ORANG SAKIT
ZIARAH JIRAN
ZIARAH KENALAN
KENAIKAN PANGKAT
PERSARAAN
MERAIKAN KEJAYAAN
DAN LAIN-LAIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan