Isnin, 7 Mac 2011

BEZA KERUTUK ATAU KERUTUK HITAM

Saya selalu ditanya ketika berniaga oleh pelanggan. "Apa beza Kerutuk dengan Kerutuk Hitam?".  Senang je jawapannya.  Kerutuk ni saya masak menggunakan bawang, halia, serai, lengkuas, yang fresh..segar. kesemua bahan digoreng garing seperti bawang goreng, barulah dikisar dan dicampur ramuan rempah ratus untuk menjadikannya sebagai paste/ rempah ready-made yang wangi bila dimasak. 

Manakala kerutuk hitam, rempahnya dibuat dari bahan-bahan yang telah dikeringkan terlebih dahulu dan dijadikan serbuk rempah, kemudian barulah bahan tersebut ditumis.

Nak masak, senang sahaja.. Buka Pes Rempah Kerutuk/ Kerutuk Hitam YHM dan tambah santan sahaja.  Bila mendidih masukkan ayam, ketam, udang, ikan keli (seorang customer  Dato' bgtau dia suka kerutuk ikan keli) atau telur.  Jika nak masuk daging cuma tambah rempah dan sedikit air, bila daging lembut barulah dimasukkan santan.
 Selamat Menjamu Selera.
Daripada Chef Ustazah. 

Kalau nak kaler hitam bila memasak, cuma tambah kicap pekat sahaja.  Tak perlu kicap manis atau masin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan