Isnin, 10 Januari 2011

HARGA BARANG NAIK LAGI

Di sana sini orang mengeluh, harga barang naik lagi.  Minyak naik, gula naik, barang makanan dan keperluan pun meningkat naik mendadak.  Yang tinggal sorang pun mengomel apatah lagi yang anak berderet.. Nak makan apa? Belanja sekolah lagi, api, air, sewa rumah, tolak bayar kereta dll..alamak memang tak cukup.  Itu antara keluhan.
           Saya sendiri, selaku pengusaha rempah ready-made pun tak terlepas.  Macamana YHM Yes Halal Rempah Ustazah nak jalan ni?.  Almaklumlah semua barang dah naik.  Paling mengejutkan ialah harga bawang, selepas raya Haji 2010 harga bawang naik sehingga RM13.50 yang sebelum raya hanya RM7.50 (sekadar memberi contoh harga bawang merah Bombay untuk seguni).  Seminggu selepas itu saya terkejut hampir pengsan bila nak beli bawang untuk buat rempah SUP Yes Halal.  Berapa harga nya?  RM24!!  Dulu orang tak bising sangat bila pegi kedai setakat beli 4, 5 labu bawang, sekarang bila ambil 3-4 ketul bawang dah RM5.  Mahu tak terkedu..  Tapi apa pun Hidup Mesti DiTeruskan.  Makan mesti Tetap Makan.  Yang penting Hidup Mesti Pandai Jimat Cermat.   Salah satu jalan jimat ialah masak sendiri, jangan beli dikedai selagi termampu atau ada masa.  So, Chef Ustazah nak ajak ibu-ibu, para surirumah supaya masak sendiri kat rumah.  Tak de masa, tak pandai mask bukan alasan lagi.. Chef Ustazah akan bantu anda yang buntu tak tahu nak masak apa.. ambil je Rempah YES HALAL REMPAH USTAZAH.  Cuma BUKA, CUBA, RASA.  Nak yang panaskan sahaja pun ada, nak yang masukkan air pun ada atau nak yang masukkan santan atau susu cair pun ada.  Tambah LAUK sahaja. 13 produk menanti anda dengan kepelbagaian hidangan masakan yang sangat senang disediakan.

MASAK BUKAN MASALAH LAGI.

KINI SEMUA ORANG BOLEH MASAK (NOW EVERYONE CAN COOK). 
CEPAT, LAZAT, JIMAT, BERKHASIAT LAGI BERKAT.

BELI SEKARANG!
HUBUNGI
USTAZAH WAN HABSAH
013-9802465/013-9062465
wanhabsah01@yahoo.com

     

1 ulasan:

  1. Saya ada buat kajian perbandingan harga sebenar lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, 99 Speedmart dan Giant. Carrefour masih dalam pertimbangan. List tu masih belum complete tapi boleh download kat www.konfius.com

    Perbandingan terperinci 20 barang2 di supermarket pun boleh di download kat www.konfius.com

    Sebenarnya list ni utk mak saya. Saya plan utk update harga barang2 tu setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di university Malaya.

    Video kempen kesedaran pengguna pun boleh dilihat kat
    http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0&noredirect=1

    BalasPadam