BELAJAR BUAT AYAM GORENG ALA RESTOREN MAKANAN SEGERA TERKENAL
PENDAHULUAN
Sudah diketahui umum bahawa Ayam
KFC (KENTUCKY FRIED CHICKEN) menjadi makanan segera kegemaran rakyat
Malaysia. Sebut sahaja Ayam KFC, semua
mengetahuinya dari yang dewasa sampai kepada yang kecil. Jika di tanya rakyat
di seluruh Malaysia adakah mereka menggemari makan ayam KFC atau ayam goreng
‘ala-ala KFC’ serta makanan segera di Mc Donalds, Marry Brown dan A&W dan
lain-lain. Maka, sebahagian besar jawapan sudah tentu Ya, iaitu mereka atau
keluarga menggemarinya. Ianya sangat popular terutamanya di kalangan anak-anak dan
remaja.
Kenapa sebahagian besar rakyat
Malaysia sukakan makan ayam di restoren KFC atau di restoren makanan segera
yang lain? Jawapannya, kerana rasanya sedap, bau yang memikat selera, susun
atur dalam restoren yang menarik merupakan antara faktor utama yang menjadikan
makanan ini digilai ramai. Resipi ayam
goreng KFC yang dicetuskan Colonel Harland Sanders dengan 11 aneka herba dan
ramuan telah berjaya
berada di lebih 80 buah negara dan menjadi restoren makanan franchais makanan
segera yang paling berjaya di dunia pada ketika ini.
|
OBJEKTIF
Oleh itu, menjadi tanggungjawab
kami di Ustazah Cooking Classes (UCC) untuk mengadakan satu siri Kelas Masakan
dengan Modul SET LENGKAP AYAM ‘ALA KFC’ bagi memberi pendedahan kepada
masyarakat untuk memasak sendiri di rumah hidangan simple yang digemari ramai
ini untuk diri sendiri, keluarga atau saudara mara.
Tujuan kami di UCC mengadakan MODUL
SET LENGKAP AYAM GORENG ALA KFC ini dapat membantu Rakyat Malaysia:
a) BERJIMAT DI ZAMAN BARANG SERBA
NAIK DENGAN MASAK SENDIRI MAKANAN KEGEMARAN SEISI KELUARGA. Bayangkan jika
sesebuah keluarga itu mempunyai anak seramai 5 orang, mereka terpaksa
berbelanja sebanyak RM 64.35 untuk makan KFC Family Set. Jika mereka dapat buat
sendiri SET LENGKAP AYAM GORENG ALA KFC di rumah, belanjanya hanya separuh
sahaja. Maka dengan ini dapat jimat berbelanja dan menguntungkan.
b) MENYEDIAKAN MAKANAN HALAL, BERSIH
BERMUTU. Memasak SET LENGKAP AYAM GORENG ALA KFC semdiri di rumah dapat
menentukan bahawa makanan yang disediakan dapat memenuhi tuntutan syarak.
Selain Halal, kebersihan juga dapat dijaga di samping makanan yang disedikan
jauh lebih baik kerana kita boleh memilih bahan-bahan segar dan terpilih tanpa
pewarna atau pengawet yang merbahaya.
c) MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA
YANG MEMPUNYAI HOBI MEMASAK untuk
menambahkan Menu masakan mereka. Juga kepada sesiapa yang berminat dalam bidang
Keusahawanan untuk menjadi Usahawan Ayam Goreng Segera. MODUL SET LENGKAP AYAM GORENG
ALA KFC sangat sesuai untuk sesiapa sahaja.
Butiran Menu :
1. Belajar membuat tepung goreng
serbaguna.
2. cara nak buat ayam goreng ala
KFC,
3. coleslaw,
4. mashed potato dan sosnya.
5. Free Resipi :potato wadges,
nuggets dan membuat Mayonis.
KESIMPULANNYA
:
Kami dari USTAZAH COOKING CLASSES
sangat berharap semoga MODUL SET LENGKAP AYAM GORENG ALA KFC ini dapat disertai
lebih ramai lagi masyarakat dan memberi faedah dari aktiviti memasak ini. Kami dari
USTAZAH COOKING CLASSES menyediakan kursus MODUL SET LENGKAP AYAM GORENG ALA
KFC yang amat murah dan berpatutan kepada seluruh rakyat Malaysia
Akhir sekali, saya Ustazah Wan
Habsah binti Wan Ahmad mendahulukan ucapan terimakasih yang tidak terhingga di
atas perhatian dan keprihatinan dari semua pihak yang ingin memajukan
diri,keluarga dan UMMAH.
KEPADA YANG BERMINAT UTK
MENYERTAI MODUL SET LENGKAP AYAM GORENG ALA KFC SILA HUBUNGI
012-9404077/0139802465 SEKARANG.
MAKAN YANG HALAL TANPA SYUBHAH
JOM BELAJAR MODUL SET LENGKAP
AYAM GORENG ALA KFC
Chef Ustazah
(JURULATIH USTAZAH COOKING
CLASSES)
BUAH ZAITUN MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN
BUAH ZAITUN
sangat istimewa kerana telah dinukilkan di dalam Al-Quran. Allah berfirman dalam
Surah al-Tin ayat 1 dan 2 yang bermaksud:
"Demi
buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina".
Di dalam Al Quran, BUAH ZAITUN disebut
sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali
lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti
tamar, delima, anggur dan buah tiin. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki
banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Gambaran
ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan
lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
BUAH ZAITUN atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui
kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun
mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun
diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan,
mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu
pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika
minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan
pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat
meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda,
" Makanlah minyak zaitun, dan
sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
Minyak Zaitun Boleh
Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??
Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan
minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi
(kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa
diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah
berat badan...
MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN
JANTUNG, PERUT BUNCIT?
Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang
apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat
kelebihan minyak zaitun.
Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter,
berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah
taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun
kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk
dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap,
berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan
dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau
digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred
mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.
Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses
secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak
zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah
ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi
mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai
serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah
perisa dalam masakan.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman
(kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya
hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana
ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang
terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah
memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak
zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung
koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.
Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai
masalah akibat proses penuaan.
Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun
menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah
penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi
masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan
mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah
sembelit.
Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak
zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak
zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses
penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2
dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi
boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut statistik, minyak zaitun merupakan
ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat
kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun
mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan
merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan
jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran
dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun
mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung
berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian
terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan
arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan
serangan jantung.
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh
"Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public
Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari
boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E
yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi
punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital
Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata
membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang
dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun
berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan
pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser,
makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika
Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara
yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai
risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca
kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada
badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
CARA PENGAMBILAN:
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke
dalam setiap masakan.
2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka
(ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus
sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan
(ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus
sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).
Sumber : IKIM dan www.tayibah.com
JIKA
ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELI BUAH ZAITUN HIJAU ATAU YANG TELAH
DIBOTOLKAN. BELI SECARA ONLINE DI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE. KAMI JUGA
MENJUAL MINYAK ZAITUN.
BUAH ZAITUN HIJAU BOTOL |
DELIMA MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN
Delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan
serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].
Allah
menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk
menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai
buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah
delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di
sebalik sebiji buah delima?
Buah delima
merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah
sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-
tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al
An'am ayat 99 dan ayat 141. Di dalam ayat 99 Surah al-An’am Allah
berfirman yang bermaksud :
““Dan Dialah yang
menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami
keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari
pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan
buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur
dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan
yang tidak bersamaan” AL-ANAAM :99
Nabi
Muhammad SAW bersabda,
“Tidak ada delima yang tidak
mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda,“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon.
Nama perkebunan
delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal
yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan
utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir
Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh
seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9
meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar
segar.
Buahnya mula
berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama
sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna.
Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di
Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya
yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah
susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah
sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas
ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya
tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium
dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi
bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan
untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan
membuat kek.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi
perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah
delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam
agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau
dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang
melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.
Menurut Ibn
Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia
amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan
melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan
Abu Nu'aim yang bermaksud:
"Buah delima dan kulitnya dapat
menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh
badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya
yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.
Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam.
Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan
darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung
dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu
menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima
disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas
penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan
Parsi termasuk :
- Membaikpulih
fungsi hati dan limpa
- Mencuci
buah pinggang dan salur kencing
- Membantu
penghadaman
- Membuang
lemak-lemak berlebihan
- Menambah
tenaga
- Mengelakkan
alahan bagi wanita mengandung
- Mengubahsuai
hormon bagi wanita menopause
- Membaiki
sistem pembersihan dan pengaliran darah
- Merawat
@ membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan
tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikan
kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai
khasiat-khasiat lain seperti:-
- Mengurangkan
pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah
tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
- Mengurangkan
tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika
mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
Justeru, kemanfaatan
buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji
buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan
penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia
menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan
perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya
dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini
menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan
keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan
tersebut.
OLEH ITU, MARILAH KITA MENGAMALKAN MAKAN BUAH YANG DISEBUT DI DALAM AL-QURAN YANG TERDAPAT DI SYURGA IAITU BUAH DELIMA ATAU MEMINUM JUSNYA.
UNTUK MEMBELI DAN MEMBUAT ORDER BOLEH TEMPAH MELALUI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE.
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE MENJUAL PATI DELIMA DAN JUS DELIMA
OLEH ITU, MARILAH KITA MENGAMALKAN MAKAN BUAH YANG DISEBUT DI DALAM AL-QURAN YANG TERDAPAT DI SYURGA IAITU BUAH DELIMA ATAU MEMINUM JUSNYA.
UNTUK MEMBELI DAN MEMBUAT ORDER BOLEH TEMPAH MELALUI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE.
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE MENJUAL PATI DELIMA DAN JUS DELIMA
KOD13 : JUS DELIMA GULSAN
KOD 38 : PATI DELIMA DAN KHAL CUKA KURMA : RM 50
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 38 : PATI DELIMA DAN KHAL CUKA KURMA : RM 50
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 54: MINYAK HABBATUS SAUDA', MADU AL-SHIFA', PATI DELIMA, KHAL (CUKA KURMA) DAN BUAH TIN : RM120.00
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 53 : MINYAK HABBATUS SAUDA', KHAL (CUKA EPAL), MADU AL-SHIFA, PATI DELIMA DAN BUAH ZAITUN : RM 120
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 56 : MINYAK HABBATUS SAUDA', PATI DELIMA, MADU AL-SHIFA, CUKA EPAL DAN CUKA TAMAR (KHAL) : RM129
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
SESUAI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI ATAU DIJADIKAN HADIAH BUAT YANG TERSAYANG
SESUAI UNTUK SEBARANG ACARA ATAU MAJLIS
SESUAI DIJADIKAN HADIAH UNTUK :
HARIJADI
PENGANTIN
DOOR GIFT
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
ZIARAH ORANG SAKIT
ZIARAH JIRAN
ZIARAH KENALAN
KENAIKAN PANGKAT
PERSARAAN
MERAIKAN KEJAYAAN
DAN LAIN-LAIN
MADU MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN.
Madu lebah
mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila
dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.
|
BEBERAPA PERKARA PANTANG LARANG BERKAITAN MADU
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
SEMOGA KITA DAPAT MENGAMALKAN MADU SEBAGAI MAKANAN
SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN.
HABBBATUS SAUDA’ adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji HABBBATUS SAUDA’ Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk HABBBATUS SAUDA’ ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah HABBBATUS SAUDA’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
HABBBATUS SAUDA’ Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. HABBBATUS SAUDA’ ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Umat Islam khususnya lebih bergantung kepada penggunaan HABBBATUS SAUDA’ kerana yakin dengan sunnah rasulullah (saw). Ini digambarkan dalam hadith sahih bukhari yang bermaksud, “TETAPLAH DENGAN KEPENTINGAN PENGGUNAAN HABBATUS SAUDA KERANA PASTI DI DALAMNYA TERDAPAT SEMBUHAN UNTUK SETIAP KESAKITAN KECUALI MAUT”. Sehingga kini umat Islam seluruh dunia masih mengamalkan sunnah rasulullah (saw).
Antara bahan-bahan kandungan HABBBATUS SAUDA’ ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara
Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, HABBBATUS SAUDA’ dikenal juga
sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa HABBBATUS
SAUDA’
dapat mengubati
50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan
bahawa kandungan HABBBATUS SAUDA’ antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati reumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal
penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi,
dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
7 ciri-ciri utama HABBBATUS
SAUDA’
:
1. Nilai pemakanan
HABBBATUS SAUDA’ dengan:
- Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
- Polysaccharide
- Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids,
efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya
ialah dari pemakanan
- Amino acid yang membentuk protein
- Karotene iaitu sumber vitamin a
- Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, HABBBATUS
SAUDA’
berupaya
meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin
penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang
lain.
3.
Anti-histamineHistamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). HABBBATUS SAUDA’ mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, HABBBATUS SAUDA’ mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati HABBBATUS SAUDA’ berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . HABBBATUS SAUDA’ didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
HABBBATUS SAUDA’ didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam HABBBATUS SAUDA’ menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Melayukini.net - Untuk pengetahuan para pembaca, di Timur Tengah, minyak HABBBATUS SAUDA’ ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.
Sumber: Wanita Sihat | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net
Source Article from http://melayukini.net/2012/01/7-khasiat-habbatus-sauda-menarik/
7 Khasiat Habbatus Sauda (Menarik!)
http://melayukini.net/2012/01/7-khasiat-habbatus-sauda-menarik/
http://melayukini.net/feed/
Informasi Malaysia Kini
Portal Hub Berita Menarik Malaysia
Pada abad ke 13, seorang doktor Arab mendakwa HABBBATUS SAUDA’ boleh digunakan untuk lebih 50 penyakit. Antaranya ialah lelah, masalah pernafasan, masalah sistem penghadaman, sembelit, jangkitan penyakit, hati yang bermasalah, pembengkakan, lenguh sendi, masalah tenaga batin dan keseluruhan kesihatan amnya. Secara tradisional, HABBBATUS SAUDA’ digunakan untuk pelbagai keadaan dan rawatan bermula dari pernafasan, gangguan perut, usus, buah pinggang, hati, peredaran darah, sistem ketahanan diri dan keseluruhan kesihatan. HABBBATUS SAUDA’ memainkan peranan penting dalam merawat kanser. Ia dapat mengurangkan glukos pada pesakit kencing manis, memberi kelegaan ketika kedatangan haid, berkesan untuk pesakit kulit dan mengimbangi serta menguatkan sistem ketahanan diri. Ia juga berkemampuan menghalang kerosakan gigi, melegakan pembengkakan prostat, ketidakselesaan akibat menopaus.
Dalam persidangan tahunan pertubuhan persekutuan pengkaji2 biologi Amerika Syarikat ke 71, satu kertas kerja telah dibentangkan bagi menyokong dakwaan perubatan HABBBATUS SAUDA’ . Percubaan biologi yang dijalankan menunjukkan ia bertindakbalas mengimbangi dan menguatkan sistem ketahanan diri. Sejak 1959, lebih 200 kajian dijalankan di universiti2 antarabangsa dan artikel2 diterbitkan dalam majalah saintifik membuktikan hasil yang menakjubkan seperti yang tercatat 1400 tahun dahulu. Pada 1960, pengkaji Mesir telah mengesahkan keberkesanannya dalam membantu mengatasi masalah lelah. Saintis Jerman pula mengesahkan habbatus sauda sebagai pembasmi bakteria. Para saintis di makmal “canser and immuno-biological” mendapati habbatus sauda merangsang tulang sum2 dan sel2 ketahanan diri, menambah pengeluaran interferon, sel normal dan bilangan antibodi.
Pengkaji2 Amerika Syarikat telah membuat laporan pertama ke serata dunia mengenai kesan minyak habbatus sauda ke atas ketumbuhan, “study of the effects of nigella sativa on humans”. Walaupun HABBBATUS SAUDA’ sangat berkesan, kajian2 yang dijalankan ke atas penggabungan dengan herba lain memberikan hasil yang memberangsangkan.
Semua cendekiawan yang unggul di zaman dahulu dan sekarang telah menulis tentang kelebihan perubatan dan kandungan penyembuhan habbatus sauda. Perubatan Islam mendapati HABBBATUS SAUDA’ berkebolehan mengekalkan kesihatan dan memulihkan suhu badan. Tabib di Madinah merujuk kepada sunnah rasulullah (saw) dalam hal berkaitan pesakit. Imaam ibn al Qayim di dalam bukunya, Tibb al Nabawi, banyak menyebut tentang rawatan perubatan rasulullah (saw) dan penekanan beliau terhadap herba ini. Ibnu Sina, seorang ahli falsafah dan doktor Parsi yang terkenal menyifatkan HABBBATUS SAUDA’ sebagai perangsang tenaga dan pemulih semangat dan keletihan. Zahbi, seorang ulama’ berpendapat, HABBBATUS SAUDA’ mengeluarkan segala halangan yang ada dalam sistem tubuh. SUMBER : http://izzrawda.wordpress.com/2008/08/28/khasiat-habbatus-sauda/
NOTA : SUBHANALLAH, MASYA-ALLAH SESUNGGUHNYA SETIAP PENCIPTAAN ALLAH ITU MENJADI TANDA-TANDA BAGI ORANG YANG MAHU BERFIKIR. MARILAH KITA HIDUPKAN SUNNAH DENGAN KEMBALI KEPADA MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KESIHATAN IAITU HABBATUS SAUDA’ .
KOD 6 : MINYAK HABBATUS SAUDA' : RM29 PERCUMA KOS PENGHANTARAN
UNTUK MEMBELI DAN MEMBUAT ORDER BOLEH TEMPAH MELALUI KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE.
KEDAI ARAB USTAZAH ONLINE MENJUAL MINYAK HABBBATUS SAUDA’ .
KOD 42 : SET 2 : MINYAK HABBATUS SAUDA' DAN BUAH TIN
RM44.00 PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 45 : SET 3 : MINYAK HABBATUS SAUDA', MADU AL-SHIFA DAN KHAL (CUKA KURMA)
RM 79 PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 47. MINYAK HABBATUS SAUDA', MADU AL-SHIFA' DAN PATI DELIMA : RM 79.
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 49 : MINYAK HABBATUS SAUDA', PATI DELIMA, KHAL (CUKA KURMA) DAN MADU AL-SHIFA : RM 104.00
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 52 :MINYAK HABBATUS SAUDA'. MADU AL-SHIFA, CUKA EPAL DAN CUKA TAMAR : RM 104.00
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 54: MINYAK HABBATUS SAUDA', MADU AL-SHIFA', PATI DELIMA, KHAL (CUKA KURMA) DAN BUAH TIN : RM120.00
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 53 : MINYAK HABBATUS SAUDA', KHAL (CUKA EPAL), MADU AL-SHIFA, PATI DELIMA DAN BUAH ZAITUN : RM 120
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
KOD 56 : MINYAK HABBATUS SAUDA', PATI DELIMA, MADU AL-SHIFA, CUKA EPAL DAN CUKA TAMAR (KHAL) : RM129
PERCUMA KOTAK HADIAH DAN KOS PENGHANTARAN
SESUAI UNTUK KEGUNAAN SENDIRI ATAU DIJADIKAN HADIAH BUAT YANG TERSAYANG
SESUAI UNTUK SEBARANG ACARA ATAU MAJLIS
SESUAI DIJADIKAN HADIAH UNTUK :
HARIJADI
PENGANTIN
DOOR GIFT
ULANGTAHUN PERKAHWINAN
ZIARAH ORANG SAKIT
ZIARAH JIRAN
ZIARAH KENALAN
KENAIKAN PANGKAT
PERSARAAN
MERAIKAN KEJAYAAN
DAN LAIN-LAIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan