Jumaat, 27 Mei 2011

SENARAI HARGA REMPAH UNTUK RAMADHAN DAN HARI RAYA

 REMPAH SUP
(TAK PERLU DITUMIS)
Tambah air dan lauk pilihan.
Berat : 250 gram
RM 6.00

DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465
REMPAH GULAI DARAT
(TAK PERLU DITUMIS)
TAMBAH SANTAN DAN LAUK PILIHAN
250 gram
RM 6.00

DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465
REMPAH KARI IKAN
(TAK PERLU DITUMIS)
TAMBAH SANTAN DAN ikan
120 gram
RM 4.00

DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465


SAMBAL TUMIS
TAK PERLU DITUMIS)
PANASKAN DAN MASUK  LAUK
Berat : 250 gram

DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465
REMPAH KURMA
(TAK PERLU DITUMIS)
TAMBAH SANTAN DAN LAUK PILIHAN
250 gram
RM 6.00

DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465
REMPAH KUZI
(TAK PERLU DITUMIS)
TAMBAH SUSU DAN LAUK PILIHAN
300 gram
RM 10.00

DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465
REMPAH KERUTUK
(TAK PERLU DITUMIS)
TAMBAH SANTAN DAN LAUK
Berat : 250 gram
RM 6.OO

DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465
REMPAH TANDOORI
PERAP DAN GORENG/ BAKAR
Berat : 250 gram
RM 6.OO

DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465
REMPAH PERAP AYAM GORENG/ BAKAR BEREMPAH
PERAP DAN GORENG/ BAKAR
Berat : 250 gram
RM 6.OO
DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465







REMPAH KERUTUK HITAM
(TAK PERLU DITUMIS)
TAMBAH SANTAN DAN LAUK
Berat : 250 gram
RM 7.OO
DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465

REMPAH SWEET SOUR
TAK PERLU DITUMIS)
PANASKAN DAN MASUK  LAUK
Berat : 250 gram

RM 5.00
DIKELUARKAN OLEH:-
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465
REMPAH ASAM PEDAS
(TAK PERLU DITUMIS)
MASUK  AIR DAN LAUK
Berat : 300 gram

RM 5.00
DIKELUARKAN OLEH
FATHA MARKETING
013- 9802465 / 013-9062465

YHM REMPAH YES HALAL, REMPAH USTAZAH 13 PRODUK HEBAT
SEMPENA RAMADHAN DAN HARI RAYA USTAZAH MENGAJAK ANDA SUPAYA MEMBUAT TEMPAHAN AWAL SEKARANG.  TAK KIRA UNTUK KEGUNAAN SENDIRI, ATAU UNTUK JUALAN ATAU UNTUK DIKIRIMKAN KEPADA KELUARGA SEPERTI ANAK-ANAK, PEKERJA DI LUAR NEGARA.  REMPAH KAMI SANGAT TERHAD!  DAPATKAN/ TEMPAH SEKARANG JUGA UNTUK MENGELAK ANDA MENGIGIT HARI.   SEKARANG YHM YES HALAL, REMPAH USTAZAH MEMPUNYAI 13 PRODUK HEBAT YANG SESUAI UNTUK APA-APA PERAYAAN ATAU APA-APA MAJLIS SEKALIPUN.  
ORDER NOW! 


           

KELAS MASAK UNTUK USAHAWAN KATERING


MISI KHAS
SEMPENA KETIBAAN BULAN RAMADHAN DAN 
HARI RAYA.
INDUSTRI MAKANAN DAN DUNIA PERNIAGAAN

TAHUKAH ANDA BAHAWA RAMAI ORANG TELAH KAYA RAYA DAN MENJADI JUTAWAN KERANA TERLIBAT DALAM INDUSTRI MAKANAN.  BERMULA DENGAN BERNIAGA DI PASAR MALAM, GERAI-GERAI KECIL DI TEPI JALAN DSBGNYA, MEREKA TELAH BANGKIT SEDAR AKAN PELUANG DAN SEGERA MEREBUTNYA.  MEREKA DAHULUNYA  JUGA SEPERTI ANDA  TETAPI MEREKA INI MEMPUNYAI KEINGINAN YANG TINGGI, DAYA USAHA YANG TIDAK KENAL PENAT LELAH, PERANCANGAN YANG BAIK, SERTA TAWAKAL KEPADA ALLAH. 
BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENUJU KE ARAH ITU DENGAN MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT DAN CITA-CITA ANDA.
MULAKAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG DENGAN MEMASAK RESEPI-RESEPI HEBAT YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN YANG TINGGI DI DALAM PASARAN TERUTAMA DI BULAN RAMADHAN INI. DAN BOLEH TERUSKAN MINAT ANDA INI DIBULAN LAIN PULA.
JADIKAN BULAN RAMADHAN INI BUKAN SAHAJA UNTUK MENAMBAHKAN IBADAT DENGAN PAHALA BERLIPAT KALIGANDA TETAPI REZEKI YANG BERKAT YANG JUGA BERLIPAT KALI GANDA. 
RAMAI TELAH MENDAPAT PENDAPATAN BERSIH RM3,000.00 HINGGA RM30,000 RIBU MALAH LEBIH LAGI HANYA DENGAN BERNIAGA PADA BULAN RAMADHAN SAHAJA.. RAMAI YANG TELAH MEMBUKTIKANNYA.  ANDA BILA LAGI?
TETAPI SEMUANYA MESTI DIUSAHAKAN SEKARANG. BUAT PERANCANGAN DAN MULA BERTINDAK. 
NAK JUAL APA? MAKANAN APA YANG MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI DI BAZAR-BAZAR RAMADHAN ATAU PASAR-PASAR MALAM? KAMI AKAN DEDAHKAN SEGALA IDEA DAN RESEPI TERHANGAT INI. LEBIH 60 JENIS MASAKAN AKAN DIAJAR SECARA ’LIVE’ KHUSUS KEPADA ANDA..   
MARI SERTAI KAMI SEKARANG.  KURSUS KAMI ADALAH UNTUK TUJUAN  KOMERSIAL, IAITU HASIL PEMBELAJARAN BOLEH TERUS DINIAGAKAN, TIDAK PERLU MODIFY ATAU UBAHSUAI. PESERTA-PESERTA KAMI TELAH BUKTIKAN SEMUA INI.  INSYALLAH,  CARA PEMBELAJARAN KAMI CUKUP MUDAH,  MENARIK DAN MUDAH DIFAHAMI.  Itu JANJI kami..  INSYALLAH PASTI JADI.

KURSUS UNTUK MELENGKAPKAN PESERTA MENJADI  Usahawan KHAS DI BAZAR RAMADHAN
JUGA PERSEDIAAN UNTUK :
Peniaga di Gerai, Kiosk, Penjaja Kecil dan Sederhana, Peniaga Menggunakan Van, Pengusaha Restoran, Katering, dan sesiapa sahaja terlibat dalam Industri Makanan JUGA  Untuk Suri Rumah @ Sekadar Hobi


KHAS UNTUK EDISI JUALAN BAZAR RAMADHAN DAN TEMPAHAN 
HIDANGAN RAYA

HARGA KURSUS UNTUK SEORANG
½ HARI : 1 MODUL RM 250 SEORANG
SEHARI : 2 MODUL RM 500.
PAKEJ BIJAK BAGI YANG MENGAMBIL 2 MODUL HARGA SEKARANG POTONGAN RM100. 
RM 500-RM100 : RM 400.00 SAHAJA 

PAKEJ BIJAK : 10 MODUL
LEBIH DARI 60 JENIS RESEPI
RM 400 (SEHARI)  X 5 HARI KURSUS
= RM 2000.00
POTONGAN RM 500 JIKA DARIPADA KUMPULAN PERSATUAN/ JABATAN.  JADI HARGA SEKARANG :
CUMA RM 1500.00 SAHAJA.



PAKEJ HEBAT DAN PAKEJ BIJAK
UTK 20 PESERTA
1 MODUL : RM 150
SEHARI  2 MODUL : RM150 X 2 MODUL     :
RM300.00 SEORANG
5 HARI 1O MODUL: 
RM300x 5 HARI :RM1500.
20 PESERTA X RM 1500 :
RM 30,000.00



MODUL HARI PERTAMA
Modul  1 : Masakan Jualan
MASA : 9.00-1.00 TGHARI
  1. Resepi Nasi Tomato
  2. Resepi Ayam Masak Merah
  3. Resepi Rendang Daging 
  4. Resepi Dalca
  5. Resepi Sambal Kasturi
  6. Resepi Kuih Tako - Pencuci mulut [RESEPI BONUS]

Modul 2 : Masakan Jualan
MASA : 2.30-5.30 PTG
1.    Resepi Nasi Ayam Special
2.    Sup Ayam
3.    Cara memasak nasi ayam
4.    Kicap dan sos nasi ayam
5.    Ayam Goreng Special dan Ayam Goreng Tepung

MODUL HARI KEDUA
 MODUL 3 :  Masakan Katering 
Hidangan Makanan Pengantin
1.  Resepi Nasi Minyak Hujan Panas,
2.  Resepi Kerutuk Ayam Golek,
3.  Resepi Udang Goreng Tepung,
4.  Resepi Ikan Siakap Masak Sweet and Sour
5.  Resepi Triffle - Pencuci mulut [RESEPI BONUS]





MODUL 4 :  Masakan Jualan
  1. Bistik Daging
  2. Bistik Ayam
  3. Fried Chicken
  4. Nugget Special
  5. Popia Special
  6. Sos Popia


MODUL HARI KETIGA/
MODUL 5 :  Masakan Jualan
Nasi Kerabu
  1. Cara Penyediaan Nasi Kerabu  Kuning
  2. Ayam Percik
  3. Ikan Celup Tepung
  4. Sambal Kelapa
  5. Air Lada / Budu Masak
  6. Solak Lada


MODUL 6 :  Masakan Jualan
Aneka Mee
  1. Mee Sup
  2. Mee Bandung
  3. Kuetiau Ladna
  4. Mee Hailam
  5.  
  6. Mee Kari

MODUL HARI KEEMPAT

MODUL 7 :  Masakan Jualan HARI KEEMPAT
Nasi Kukus Ayam Berempah
MASA  : 9.00-1.00 TGHARI
1.  Cara Masak Nasi Kukus
2.  Gulai Kerutuk Daging
3.  Kuah Kicap
4.  Kari Ikan
5.  Ayam Goreng Berempah/ Daging Bakar Berempah
6.  Sambal dan Ulam
7.  Paru Goreng Masak Sambal

MODUL 8 :  Masakan Jualan
MASAKAN THAI
  1. Daging Masak Merak
  2. Ayam Paprik
  3. Ikan Siakap Masak 3 Rasa/ Masam Manis
  4. Mee Bandung Siam
  5. Kailan Ikan Masin
  6. Nasi Goreng Cina
  7. Nasi  Goreng Kampung
  8. Udang Goreng Tepung










MODUL HARI KELIMA


MODUL 9 :Masakan Untuk Jualan HARI KELIMA
MASAKAN ARAB                                                                                                                          
MASA  : 9.00-1.00 TGHARI

1.Nasi Arab Jordan (MAQLUBAH)
2.Salatoh @ Jelatah Arab
3.  Ayam Bakar Berempah dengan Rempah Arab
4.  Sambal
5.  Free Recipe : Gulai Daging Masak Hitam

MODUL 10 :  Masakan Jualan
  1. Nasi Mandy
  2. Salatoh
  3. Kambing Bakar
  4. Ayam Bakar Tandori
  5. Kuah Tomato Daging Cincang
  6. Humus
  7. Falafil







PENDAHULUAN

Modul 5 hari ini sangat bertepatan untuk sesiapa sahaja  yang ingin memulakan perniagaan, baru memulakan perniagaan atau kepada sesiapa yang ingin menambah ilmu dan kemahiran sedia asa.   Siri Workshop Katering merupakan siri pengajian disediakan kepada orang ramai untuk mendapatkan pengetahuan dan skill dalam penyediaan serta menghasilkan  produk untuk  perniagaan berasaskan katering.



Ustazah’s Cooking Classes

Agak sukar pada masa sekarang untuk mendapatkan kursus-kursus masak yang khusus untuk perniagaan.  Kebiasaannya kursus masakan hanya untuk keperluan rumah tangga atau erti kata lain untuk keperluan keluarga semata-mata.



Kebanyakan kursus yang ada di pasaran mengenakan harga yang amat tinggi dan membebankan kepada peserta, oleh itu agak sukar bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk menyertainya.  Oleh itu, menjadi tanggungjawab kami  untuk menawarkan sesuatu yang TERBAIK untuk nilai wang yang anda bayar dengan kos seminima mugkin.



Besar harapan anda, besar lagi harapan kami semoga kursus yang disertai dapat



OBJEKTIF

Dengan menghadiri kursus yang disediakan di atas, isu-isu seperti yang dinyatakan insya-Allah akan dapat di atasi. Dengan kos yang rendah dan jaminan produk yang tinggi, pelaburan anda tidak akan sia-sia.



MODUL

Modul yang disediakan oleh kami adalah seperti pada jadual dinyatakan.




SASARAN

Yang berhasrat untuk membuat home-base perniagaan

Mereka yang telah berhenti kerja dan ingin berjinak dengan lapangan usahawan

Peniaga dan pengusaha restoran / gerai / kantin

Suri rumah untuk sediakan makanan keluarga

Sesiapa jua yang ingin menjadi sebagai perniagaan untuk pendapatan tambahan



Resipi betul-betul Menjadi?

Insyallah,  resipi yang diberikan adalah resipi yang telah digunakan untuk menghasilkan produk untuk jualan. Bukan setahun tetapi telah bertahun-tahun.



Siapa yang mengajar?

Kelas ini akan dikendalikan oleh Ustazah Hajjah Wan Habsah,  Beliau mengusahaan 13 produk rempah ready made dengan jenama YHM Yes Halal Rempah Ustazah.  Jika anda hadir kelas anda berpeluang melihat bagaimana beliau menghasilkan produk dari Rumah untuk jualan. Bukan hanya setakat mengajar sebagaimana guru-guru lain tetapi beliau sendiri terlibat sepenuhnya dengan industri masakan dan anda akan dapat TIPS secara langsung apabila menghadiri kelas ini.






Pertanyaan

Ustazah Hajjah Wan Habsah : 
 013-9802465/ 013-9062465










DARI DAPUR CHEF USTAZAH
KENAPA ANDA PERLU SERTAI
                                                                                                                                                                    
*                   Modul yang diajar boleh digunakan untuk tujuan persendirian atau Perniagaan.
*   Kos yang sangat MURAH berbanding Pengendali Kursus yang lain.
*   Boleh terus memulakan perniagaan
*   Khidmat Nasihat/ Motivasi Oleh Ustazah dan Team.
.
MUDAH CEPAT MURAH

MISI KAMI

Ø     Membantu Ibu Tunggal/ Surirumah/ Sesiapa Sahaja Yang Berminat Memulakan Perniagaan Di Rumah Berasaskan Bidang Masakan Dengan Memasak Secara Kecil-Kecilan atau Memenuhi Permintaan/ Pasaran Secara Sederhana.
Ø    Membantu menubuhkan gerai, gerai bergerak, kiosk, kafe, restoren kepada peniaga kecil dan sederhana yang berminat dalam industri makanan.
Ø    Ingin menjadi pengeluar utama makanan dan memastikan bahawa pengguna Islam mempunyai alternatif membeli produk-produk makanan yang halal.


SASARAN
1.       IBU TUNGGAL
2.       SURIRUMAH
3.       SESIAPA SAHAJA YG BERMINAT UTK MENJUAL MAKANAN, MEMBUAT KATERING SECARA KECIL/ SEDERHANA
4.       HOBI MEMASAK



APA YANG ANDA AKAN DAPAT SEMASA KURSUS INI ???

1-   ILMU TENTANG MASAKAN
2-   TIPS-TIPS
3-   NOTA
4-   MENCUBA MEMBUAT SENDIRI DI BENGKEL
5-   MAKANAN TENGAHARI DAN PETANG PERCUMA
6-   SIJIL PENYERTAAN
7-   BIMBINGAN SETELAH HABIS BELAJAR
8-   KAWAN BARU
9-   YANG PENTING DAPAT TAMBAH INCOME $$ ANDA LA...
SO....Apa tunggu lagi...sekarang lah masanya anda menjadi chef hebat bukan sahaja di mata keluarga anda malah semua orang. Saya yakain anda boleh jadi hebat !!!

HUBUNGI KAMI SEKARANG 
013-9802465/013-9062465

Khamis, 19 Mei 2011

SIRI 3 : MESTI RAJIN, SANGGUP TAHAN UJIAN DAN KIKIS RASA MALU

SIRI 3 :  BERNIAGA MESTI RAJIN, MENEMPUH UJIAN DAN MESTI BUANG MALU..

Lupa saya bercerita selepas 2 hari membuat operasi rempah YHM Rempah YES HALAL  di rumah kakak angkat saya iaitu Kak Zam di Kg. Pandan Dalam berhampiran Masjid Nurul Hidayah, timbul rasa bersalah pula kerana bimbang membebankan Kak Zam.  Walaupun tahu dia ikhlas membantu kami tetapi saya tahu dia sibuk mengulangkaji pelajarannya untuk Phd.  Jadi saya membuat keputusan memindahkan operasi membuat rempah di rumah sewa kami di Taman Ampang Hilir.  Kalau bersepah ke, bising ke, maka tiada masalah rasanya sebab di rumah saya sendiri pada ketika itu.
Selepas dua bulan beroperasi, pelbagai kisah dan pengalaman yang kami timba, dengan Ema dan Sani yang terpaksa meninggalkan anak kecilnya di rumah dengan orang gajinya, kami juga dengan 4 orang anak yang begitu tidak selesa.  Keadaan rumah kami jadi macam pengukus wap panas, anak-anak pulak nak main tak ada tempat, tapi kerana Terpaksa kami teruskan juga.  Tiba-tiba, kami dikejutkan pula pada satu hari Ema dan Sani sudah tidak datang bekerja, kelam kabut juga kami dibuatnya. Ema masa tu kami sangat faham situasinya dalam keadaan dia mengandung dan menyambung Mastersnya, memanglah tidak sesuai dia membantu kami.  Ini UJIAN awal kami.  Maka, tinggallah saya dan suami menguruskan segala-gala.  Bermula kerja mengupas bawang dan bahan-bahan mentah lain, mengisar, menumis dan lain-lain  terpaksa kami lakukan berdua.  Suami saya apalagi bagai lipas kudung jadinya, terpaksa ke hulu ke hilir menghantar anak, membeli barang di pasaraya, pasar borong dan membasuh kualiperiuk.  Selesai tugas memasak proses terakhir ialah memasukkan rempah siap dimasak ke dalam plastik, ditimbangkan dan di’sealed’, memotong kertas label, memasukkan label dan mengisikan di dalam plastik besar untuk diisi ke dalam peti.  Kerap kali suami saya tertidur di tepi rempah yang dibungkus kerana jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 3. 4 pagi.  Lama juga rutin sebegini berjalan. 

Selepas itu saya mendapat line/ jalan untuk menjual produk di Pasar Muhibah berhampiran rumah kami.  Masa tu belum pandai berniaga dan belum mempunyai peralatan untuk buka meja.  Seorang kenalan saya pernah berniaga di Pasar Malam memimjamkan kepada saya meja lipat dan payung seperti peniaga Pasar.  Maka bermula episod saya menjual produk di pasar.  Saya buat persiapan yang agak rapi, menyediakan 3 jenis masakan sebagai ’food tester’ kepada pelanggan.   Saya masih ingat malam itu saya masak Sup Ayam, Ayam Goreng Berempah dan Kerutuk Daging.  Keesokannya pagi-pagi lagi kami ke Pasar dan mula mem’promote’ rempah kami.  ” Bang! Kak singgah! Rasa dulu.. rempah ready-made. Tiada pengawet, tiada MSG, tak perlu ditumis..” begitulah meriahnya kami berniaga pada hari pertama.  Mula-mula malu jugak, merah, biru, tebal, nipis semuanya saya rasa..lama kelamaan timbul rasa seronok bila orang ramai mula berkerumun untuk mendapatkan food tester dari kami.  Kami hulurkan sample-sample produk kami sambil berkempen. Berpeluh-peluh saya dan suami dibuatnya, nak masukkan sup dan bihun dalam mangkuk polystren, nak hulur ayam berempah lagi, nak letak daging kerutuk lagi, nak jawab pertanyaan tentang rempah lagi, menjual dan memberi baki wang. Seolah-olah kami HERO pasar tersebut, bila orang ramai mula bersesak-sesak.  Alhamdulillah tester pun habis, kami pun dah kepenatan.  Dalam kereta sempat saya kira duit hasil jualan kami.  Kami bersyukur dapatlah RM650 untuk hari ini.   .Pada permulaan kami banyak melaburkan wang dalam perusahaan kami ini dengan membuat promosi dan memberi sample-sample produk kepada sesiapa sahaja yang berminat atau bertanya kepada kami.  5 bulan beroperasi kami dah habiskan lebih RM10 ribu untuk promosi produk kami.  
 Kami juga mula memasuki pasaran ke jabatan-jabatan kerajaan di Putrajaya.  Bermula dengan Parcel C kami meniaga rempah YHM Yes Halal Rempah Ustazah kepada pegawai-pegawai di SPA, JPA, Jabatan Perangkaan, kemudian dapat tempat di Parcel B Jabatan Perdana Menteri, seterusnya di Wisma Tani MOA, Sumber Asli, Kementerian Perumahan dan Kementerian Kesihatan Putrajaya. 

MOTIVASI :
*      Kalau nak BERJAYA, USAHA kena lebih.  Tak boleh bayak berangan, tapi kena banyak bertindak.  Kena sanggup KERJA LEBIH MASA.
*      Kalau kita minat kita akan sanggup buat lebih dari keupayaan kita yang asal.  Maka kita akan dapat TENAGA/energy yang BERGANDA.. walaupun kita pada asalnya tak terfikir untuk sampai ke tahap itu
*      Jangan harap PELABURAN PERTAMA kita terus dapat hasil atau PULANGAN.. kena ambil banyak masa untuk
*      Kena sentiasa cari RUANG dan PELUANG.
*      Malu biar bertempat.  Buang rasa MALU untuk PROMOSI dan terus PROMOSI produk kita.  Cari REZEKI HALAL mana boleh MALU..

Bersambung..


Rabu, 18 Mei 2011

SIRI 2 : KISAH REMPAH YHM YES HALAL REMPAH USTAZAH. TAJUK : BERANI MENCUBA TANGGA MENUJU KEJAYAAN

SIRI 2 : BUATLAH PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN KALAU NAK BERJAYA

Bermulalah episod menjadi pengusaha rempah.  Bila dah buat 2 produk, buat lagi 2 produk baru, Kari Ayam dan Sambal Tumis.  Bila freezer dah penuh, kami diskus bagaimana nak pasarkan produk pula.  Mula-mula kena buat promosi la.  Langkah pertama yang saya buat ialah memperkenalkan pada kawan-kawan dan sedara mara.  Saya ingat lagi mula-mula saya lancarkan produk saya tu, saya masak makanan dan bawa ke rumah member saya Amnah di Bangi.  Ajak kawan-kawan datang makan.  Alhamdulillah semua bagi komen positif dan pakat sokong produk saya. Al-maklumlah saya masak nasi minyak hujan panas, ayam masak merah dan gulai kerutuk.  Masing-masing makan bersungguh-sungguh (berselera).  Lepas itu saya lancarkan lagi produk saya di sekolah-sekolah teman-teman.  Alhamdulillah respon diterima bagus jugak, hasil jualan sangat memberangsangkan.  Pergi sana- sini promote rempah YHM, sambil bagi percuma sesiapa sahaja yang kami jumpa.  Sebulan juga saya dan rakan kongsi promote rempah ni merata-rata.
          Tiba saatnya bila emak saya datang dari kampung.  QC (mak la) datang dan test saya punya rempah kerutuk. Katanya ini bukan kerutuk tapi rasa gulai kawah la.  Ye ke?  Alamak! Dan sebulan pun kami jual.  Orang yang beli cakap sedap la mak!.  Kata saya. Jadi, mulai hari tu dapatkan betul-betul resepi dari mak. Nak gelak pun ada, jadi secara tak langsung dapat tambah produk 1 kerutuk dan 1 gulai kawah.  Lepas tu belajar dari mak macamana nak buat Rempah Kari Ikan, Kurma, Kuzi,  Tumis Nasi Kerabu dan lain-lain.  Dari sehari ke sehari kami tambah semakin banyak produk.  Bila orang tanya ; Ni semua produk Kelantan je, tak de ke Rendang, atau Asam Pedas,?  Saya mula buat penyelidikan.  Cari resepi-resepi di internet dan cuba buat.  Bila buat sikit, ok la, tapi bila nak buat satu kawah,masalah jugak, berubah rasa pulak.  Pernah suami saya kata asam pedas ni tak sedap dan tak boleh jual.  Maka sekawah saya buang asam pedas tu, demi nak jaga kualiti.  Saya buat percubaan demi percubaan.  Sekadar BERANI dan TAWAKAL sahaja.  Akhirnya saya bagi kawan-kawan makan dan saudara mara cuba. 9/10 kata orait!. Maka, saya BERANI kan diri juga jual.  Respon semakin banyak yang POSITIF. Saya tak putus asa, maka saya nak cuba buat yang lagi baik dari apa yang ada di pasaran.  Saya menyelidik dan membuat kajian dan beli semua produk rempah di pasaran.  Saya cuba masak dan makan, lihat KEKUATAN dan KELEMAHAN. 
          Nak ceritanya sebenarnya saya tak de sejarah hidup pun buat asam pedas dan rendang seumur hidup sebelum ini.  Tapi naluri dan GERAK HATI saya selalu berkata-kata : Kamu buat la, lagi sedap , mesti boleh punya!.  Saya jumpa resepi dari hotel-hotel terkemuka atau dari chef-chef kampung hingga bertaraf dunia, maka saya cuba satukan bahan yang digunakan di antara mereka.  Saya cuba lebih kreatif dan inovatif.   Kadangkala menjadi rasanya, kadangkala Pahit atau Payau.. tak reti nak terjemah rasanya,  Tapi yang PENTING saya BERANI mencuba.  Memang PELIK bin AJAIB.  ALLAH S.W.T akan menolong kita sebab saya selalu berpegang dengan satu ayat dalam Surah Yusuf yang bermaksud : ”Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.” Saya tak pernah putus asa terutama dapat KOMEN yg paling PAHIT nak didengar iaitu SUAMI saya la.  Komen dia biasanya PEDASS! Tapi inilah SEMANGAT bagi saya nak buat YANG TERBAIK.  Selagi dia kata NO!  Saya tak boleh JUAL, kalau dia kata OK baru berani nak bukak pasaran.  Alhamdulillah saya ada Peminat TERSENDIRI.  Yg tu minat makan gulai kawah, yang ni minat sambal tumis, ada pulak minat sup ada yang minat Rendang, Asam Pedas dan lain-lain.  Paling PENTING.. Kena Banyak SYUKUR pada ALLAH. Allah berfirman yang bermaksud :  ”Jika kamu bersyukur, nescaya aku tambah (nikmat).”
 BERSAMBUNG LAGI..BYE

Catatan Diari Chef Ustazah.

Selasa, 17 Mei 2011

SIRI 1 : KISAH REMPAH YHM YES HALAL REMPAH USTAZAH. DARI SEBUAH IDEA JADIKAN IA SEBUAH KENYATAAN

 SIRI 1 :  KISAH REMPAH YHM YES HALAL REMPAH USTAZAH. 
DARI SEBUAH IDEA JADIKAN IA SEBUAH  KENYATAAN
Ramai bertanya saya bagaimana mula tmbul idea nak buat rempah ready-made.  Kawan-kawan saya ramai jugak yang hairan kenapa dari bekerja ofis, kerja pendakwah bebas, penceramah di radio juga pensyarah UiTM jadi tukang masak pulak.  Jadi hari ini saya akan mulakan cerita KHAS utk anda SIRI-SIRI JEJAK JUTAWAN.. Tak tau la bila selesainya cerita ini.  Semoga anda setia mengikuti..siri demi siri jika saya berkesempatan untuk menulis. Insya-Allah.
 Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi projek yang saya jalankan ini berjalan dengan jayanya walaupun ada sedikit cubaan dan dugaan.  Untuk pengetahuan semua, pada asalnya ia adalah sebuah idea yang ada dalam kotak fikiran sahaja.  Namun kerana BERANI saya cuba memberitahu Sleeping Partner saya dulu, kerana isteri Solehah mesti bagitau Suami dulu, baru boleh mula projek.  Saya bagitau bahawa saya nak buat Rempah Ready-Made.  Bila dia dengar, mula-mula dia gelak sakan, dan mula mengejek dengan katanya : "Alah,' lembik stepek wek' (tak de kemampuan la) ada hati nak buat rempah."  Mula-mula dengar jawapan nangis la saya sebab kecik hati dengar jawapan begitu daripada orang yang saya sayang.  Tapi apa jawab saya pada dia : “Tak pe hari ini abang gelakkan ayang, satu hari nanti Ayang akan buktikan bahawa ayang akan berjaya.” 
Pertama digelak bukan bererti kita akan diketawakan selamanya, apabila saya kemukakan idea ini kepada kakak angkat saya Kak Zam, maka inilah jawapannya :  Bagus tu, saya sokong 100%, sekarang juga saya bagi modal untuk start projek  Saya bagi awak RM 5 ribu, pegilah beli apa yang patut.   Di sinilah bermula momentum saya untuk mencipta satu tangga usaha untuk BERJAYA.  Saya tak fikir panjang, terus buat rancangan awal apa yang dibuat pada mula-mula.  Nak masak apa, apa peralatan asas yang diperlukan, apa bahan mentah yang patut digunakan, saya mula mencongak-congak dan membuat draft.  Maka bermulalah perhitungan saya yang pertama untuk memulakan projek membuat rempah ready-made.  Apa yang saya beli mula-mula ialah kuali, periuk, senduk, sudip, dapur, besen, gas, penimbang dan lain-lain bahan mentah untuk masak rempah iaitu bawang, cili, halia, serai, lengkuas, rempah ratus seperti ketumbar, jintan dan lain-lain.   Saya telefon ibu di kampung bagitau idea saya,.  Nampaknya ibu merestui saya dan sangat menyokong hasrat saya.  Mulalah saya mendapatkan resepi daripada ibu untuk membuat sup dan kerutuk bagi produk pertama saya.  Masalah juga bila ibu Cuma bagi resepi utk buat sikit-sikit sekadar 4-5 ekor ayam sahaja, Saya mulalah mendarabkan bahan-bahan yang patut digunakan. 
Akhir mulalah projek masak rempah  ready-made ini dikongsi dengan 2 lagi rakan baik kami suami isteri Sani dan Ema.  Mula dengan mengupas bawang berguni-guni, halia, bawang putih, menggoreng ketumbar, lada hitam.  Seterusnya proses mayang bawang, halia dan bawang putih dan kami mula menumis.  Dari pagi kami mula sehingga lewat malam baru siap masak.  Masing-masing berpeluh dan keletihan. Esoknya kami mula memasak kerutuk pula, sama prosesnya yang asas seperti mengopek bawang besar, bawang putih, halia tapi ditambah lengkuas, serai dan bahan-bahan rempah ratus lain.  Proses ini sangat rumit, bila kami terpaksa mesin halus ke semua bahan, menggoreng garing dan mengisar semula bahan tersebut.  Sampai hangit bau blander kami, terpaksa guna blander lain.  Seterusnya membuat kerisik dan mula operasi menumis semua bahan sehinggalah masak.  Lepas Isyak barulah masak Kerutuk kami.  Namun, rempah sup yang telah disejukkan semalaman terpaksa kami packing segera.  Selepas solat, kami mula menimbang pes Sup kami dan memasukkan ke dalam tupperware plastik dan bila siap kami masukkan semua ke dalam freezer yang baru kami beli. Pukul 12 lebih baru habis operasi kami.  Itupun dibantu oleh Kak Zam sekeluarga, saya dan suami serta Sani dan Ema.  Gembira sungguh kami produk kami sudah nampak di depan mata.  SAMBUNGAN SIRI AKAN DATANG!   


Catatan Diari Ustazah.