ASSALAMUALIKUM. W.B.T
Siapa suka makan Nasi Mandhy tentu juga suka makan Ayam Bakar Nasi Mandhy. Apakata kali ini masak sendiri / buat sendiri ayam bakar yang lazat tu. Mngkin lebih lazat dari apa yang anda nikmati di Restoren-restoren Nasi Arab. Ustazah Cooking Classes ingin berkongsi resepi dengan anda.
RESEPI AYAM BAKAR NASI MANDHY /ROASTED MANDY CHICKEN
Bahan-bahan ayam:
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2/4 dan di cuci bersih | 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat |
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar | 1 paket Rempah tandoori YHM rempah ustazah |
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis | Sedikit garam |
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam | 1 cawan Dadih |
1 sudu kecil serbuk kunyit | Hiasan : 2 biji lemon ~ dihiris bulat |
1 sudu kecil serbuk mandhy dan 1 sudu rempah campuran | Untuk tabur di atas ayam/ kambing selepas masak : serbuk lada hitam, paprika. Lumurkan pada ayam 2 sudu besar madu |
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah dan garam. Perapkan dalam satu jam atau lebih.
2. Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar.
3. Letak ayam di atas dulang tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Buka sedikit foil bahagian atas. kemudian buka bahagian bawah dan bakar/ grill selama 15-20 minit.
4. Selepas masak, tabur serbuk lada hitam dan paprika dan lumur madu.
**Boleh juga dibakar menggunakan dapur arang.
OK KALAU DAH READY APAKATA BELI BARANG-BARANG UTK MASAK AYAM BAKAR DAN BOLEHLAH MASAK AYAM MANDHY BAKAR YG SANGAT LAZAT INI UNTUK DIMAKAN DGN. NASI MANDHY. (Lihat RESEPI SEBELUMNYA)
Akhir kata.. Kalau teringin nak belajar masak resepi-resepi Nasi Arab dan hidangannya secara live boleh le joint Ustazah Cooking Classes ya. 012-9404066. Ingat Ustazah.. Ingat Nasi Arab.. Bye.2. Jangan lupa Cuba Resepi Ayam Bakar Mandhy (Roasted Mandy Chicken).
Salam Sayang,
Chef Ustazah.