Jumaat, 20 Januari 2012

KERUTUK OH KERUTUK


RESEPI KERUTUK AYAM / KERUTUK DAGING USTAZAH
Ramai yang bertanya saya macamana nak buat Kuah Kerutuk yang sedap seperti yang saya sediakan dalam Kelas Masakan atau hidangan catering atau yang pernah makan di rumah saya.  Sebenarnya buat rempah kerutuk asli ni leceh sedikit . Kalau guna rempah serbuk senang lah cerita, kalau guna rempah YES HALAL REMPAH USTAZAH..lagi senang. Cuma masukkan ke dalam periuk, tambah lauk  dan tambah santan sahaja.
Sebenarnya ini resepi Warisan Keluarga Ustazah. Dulu daging kerutuk mak Ustazah dijual kat Restoren Berjaya, restoren keluarga kami. Memang ada peminatnya tersendiri..BEST SUNGGUH! Mak Ustazah bab Kerutuk ni tak bagi orang lain masak tapi dia mesti masak sendiri.
Jadi hari ini Ustazah nak kongsikan resepi buat kerutuk yang enak, terasa akan rempahnya yang asli, wangi baunya. Jangan lupa copy and paste. Ilmu yang baik sama-samalah dikongsi, semoga dapat bawa bekal di alam sana. Tapi tolonglah doakan moga Ustazah terus sihat, dapat berbakti kepada agama, nusa dan bangsa. Jom buat kerutuk ayam atau daging.
RESEPI REMPAH /PASTE KERUTUK AYAM ATAU DAGING
Bahan-bahannya :
BAHAN A
½ kilo Bawang merah/ bawang Bombay pun boleh
8 ulas bawang putih
Serai 2 batang
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
CARA :
1.        KESEMUA BAHAN A DIMAYAM HALUS/ ATAU DIHIRIS HALUS.
2.       DIGORENG MENGGUNAKAN MINYAK YG BYK, SAMPAI GARING SEPERTIMEMBUAT BWG GORENG..GARING SAHAJA..BUKAN HANGUS YA! NANTI PAHIT PULAK.
3.       10 tangkai Cili kering di gunting 3 atau 4 dan digoreng dalam minyak selepas goreng BAHAN A.
4.       KESEMUA BAHAN INI  DIGAUL RATA DAN DIBLENDER/ KISAR/ TUMBUK KALAU LARAT! Orang dulu-dulu giling..kata mak saya.
BAHAN B
4 keping asam gelugur/keeping atau boleh guna asam jawa ½ cawan yg sudah dibancuh (ikut
masam yang kita suka)
2 atau 3 sudu makan Gula Melaka (ikut manis yg kita suka)
BAHAN C
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) untuk
 Menumis
BAHAN D (REMPAH )
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
8 sudu ketumbar
NOTA ; Bahan-bahan ini terlebih dahulu dibasuh, dijemur dan disangai (goreng tanpa
Minyak ,jangan tanpa kuali dah le..)api yang perlahan/ kecil, kalau besar bagus jugak..jadi
kerutuk hangus..he2 gurau ya!  Kemudian dikisar dalam blender kering (kecil). Jumlah
sukatan di atas selepas kisar tau.
Belum siap lagi kerutuk ni ada bahan dia lagi..
1 sudu makan Kunyit serbuk
Kerisik ½ biji kelapa. Lagi banyak lagi sedap, lagi banyak lagi lemak..lagi byk duit habis beli
Kelapa, tapi kalau tanam sendiri tidaklah mengapa kata Jumhur Ulamak tidak kategori
 membazir
Garam secukup rasa.
Fuh..berjela-jela bahannya..Patutlah sedap sangat kan!
CARA-CARA
1.       Tumiskan rempah 4 friend forever tu dlm minyak yg sekadar 1 senduk makan je.
2.       Masukkan BAHAN A (yg telah digoreng dan dikisar tadi), tumis lagi sehingga harum.
3.       Masukkan bahan B, bahan C  serta kunyit serbuk dan akhir sekali kerisik.
4.       Dah siap.. (lama jugaklah atas api, kalau nak sedap)
AMARAN : Jangan makan lagi TAU! Belum siap lagi la! Kalau makan sakit perut siapa yang susah???  Ini baru PASTE REMPAH KERUTUK!

UNTUK RESEPI KERUTUK AYAM ATAU DAGING.
Semestinya daging/ ayam lah.
Kalau pilih ayam 2 ekor boleh untuk paste di atas.  Kalau daging 3 kilo daging lembu/ kambing.
Santan pekat ( 2 atau 3 biji kelapa)
Air
Dah jangan lupa “REMPAH/ PASTE KERUTUK DAGING/ AYAM USTAZAH” kalau Doktor bagi nama PASTE KERUTUK DOKTOR..LAWYER DSBG.
Cara masak;
1.       Jika nak masak kerutuk Daging. Masukkan daging ke dalam periuk atau kuali, masukkan sedikit air dan rempah segera /paste kerutuk tersebut.
2.       Bila daging mulai lembut, barulah dimasukkan santan dan garam. Masak sehingga kuah pekat.
3.       Boleh nak letak aksesori seperti kentang/ cili potong/ bawang besar potong dll.
...TETAPI JIKA NAK MAKAN KERUTUK AYAM. Caranya macam ni pulak
1.        Masakkan santan/ jerang santan di dalam peruk bersama rempah/paste Kerutuk yg telah disediakan.
2.       Bila mendidih, barulah dimasukkan ayam yang telah dibersihkan.
3.       Masak sehingga ayam masak (x kan mentah kot) dan sehingga kuah Kerutuk Ayam kita pekat..garam yg kita suka.
4.       Siaplah..
5.       DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM DAN DOA MAKAN..SILA LAH MAKAN DENGAN PENUH AKSI..(BERSELERA GITU..NYUM..NYUM..NYUM)..BERPELUH..PELUH.
Bye, bye..
SALAM CERIA,
Chef Ustazah.




4 ulasan:

  1. respi x lengkap dgn hanya memasukan rempah jintan manis jintan putih dan kamtumbar

    BalasPadam
  2. Saya mohon share resepi ni ustazah

    BalasPadam
  3. Mohon share resepi kerutuk, semoga beroleh keberkatan.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam