Sabtu, 14 Januari 2012

KELAS 5 NASI ANTARABANGSA


USTAZAH’S COOKING CLASSES : KELAS NASI ANTARABANGSA

Kelas Nasi Antarabangsa anjuran Kelas Masakan Ustazah’s Cooking Classes UCC Alhamdulillah berjalan dengan jayanya.  Modul ini julung-julung kali diperkenalkan kepada orang ramai oleh Ustazah’s Cooking Classes UCC.
Kali Kelas Nasi Antarabangsa UCC Ustazah’s Cooking Classes mengenegahkan hidangan dari 5 negara iaitu dari Yaman, India, Pakistan, Lubnan dan Thailand. 

Dari Yaman Kelas Masakan Ustazah (Ustazah Cooking Classes) memperkenalkan dan mengajar bagaimana memasak Nasi Mandhy Hadramaut secara lebih mudah kepada peserta-peserta.  Pada kebiasaan Nasi Mandhy di Negara Arab di masak di dalam lubang tanah yang dikorek. Namun begitu Ustazah telah mengubahsuai cara memasak dengan memasaknya di dalam periuk biasatetapi rasa yang asli tetap dikekalkan.

Kemudian, Kelas Masakan Ustazah (Ustazah’s Cooking Classes) mengajar untuk memasak Nasi Pilaf Pakistan. Nasi Pilaf berlauk kambing ini sangat menyihatkan kerana mengandungi sayur-sayuran seperti brokoli, bunga kobis, jagung muda dan capsicum.

Seterusnya Kelas Masakan Ustazah (Ustazah’s Cooking Classes) mengajar cara memasak Nasi Beryani Hyderabadi India. Kali ini, Ustazah cuba memperkenalkan cara mengukus Nasi Beryani ini dengan lauk ayam dengan rempah asli India. Hasilnya sangatlah menakjubkan peserta kerana ternyata nasi yang dimasak ini lebih cantik dan peroi.

Ustazah’s Cooking Classes (kelas Masakan Ustazah) juga membawakan hidangan Nasi yang popular di Selatan Thailand iaitu Nasi Komok dalam hidangan Nasi antarabangsa kali ini. Nasi Komok dihidangkan dengan lauk ayam goreng berempah ringkas, ulam dan sambal komok yang pedas dan menyelerakan. Tapi gambar ni diambil sebelum siap sambal ya!
Dalam Modul Nasi Antarabangsa kali ini juga Ustazah’s Cooking Classes Kelas Masakan Ustazah memperkenalkan Nasi Malfouf yang lain dari yang lain kerana Nasi hidangan dari Negara Timur Tengah ini dimasak didalam Kobis yang digulung dengan daging kisar dan sos masam manis yang sangat lazat.

Ustazah’s Cooking Classes juga memperkenalkan Yoghurt Fruits Salad yang sangat istimewa kerana sesuai dimakan dengan semua jenis nasi yang disediakan pada hari ini.

Para peserta merasa begitu seronok dan teruja untuk merasai hidangan yang tidak pernah dimakan oleh mereka. Alhamdulillah ternyata semua hidangan ini sangat lazat dan menyelerakan kerana peserta-peserta sudah tidak tahu lagi memilih hidangan paling sedap dimakan kerana kata mereka semua sedap-sedap.
Okey la kepada yang di luar sana yang teringin hendak membuat kelainan dan mengubah selera apakata jika berkesempatan datanglah belajar dengan Ustazah di Kelas Masakan Ustazah (USTAZAH’S COOKING CLASSES) hidangan Nasi Antarabangsa ini. Selain modul ini, banyak lagi modul-modul Kelas Masakan yang hebat dan menarik untuk anda disediakan di Usatazah’s Cooking Classes.
Hubungi kami di talian 012-9404077/ 0129062465 sekarang.
Salam Sayang,
Chef Ustazah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan