Ahad, 22 Januari 2012

PENGENALAN SYARIKAT FATHA MARKETING


PENGENALAN SYARIKAT
Assalamualaikum W.B.T kepada semua.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 15 Oktober 2009 dengan  nama FATHA MARKETING (FM) untuk menjalankan perniagaan memproses dan membekal makanan, minuman, membekal makanan sejuk beku dan makanan kering, bahan mentah, pakaian, katering dan lain-lain.  Selain itu, Fatha Marketing juga memberi latihan, kursus agama, kursus masakan dan motivasi serta memberi latihan keusahawanan.  Sekarang ini, FATHA MARKETING mengorak langkah lebih jauh kerana telah berjaya menjadi  pengeluar bagi pes rempah ready-made dengan jenama produk YHM , YES HALAL REMPAH USTAZAH.
Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu dan pengalaman berkaitan penyediaan dan pembuatan rempah daripada ibu sendiri dan juga beberapa tukang masak dan pengusaha rempah secara langsung dan tidak langsung. Pengasas memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Bidang Syariah dan Pengajian Islam, juga merupakan Pendakwah Bebas, Penceramah Motivasi, bekas pensyarah di Uitm,  tenaga pengajar Kelas Agama, Kelas Masakan dan Penceramah Kursus Kekeluargaan dan Keusahawanan menggabungkan semua ilmu, pengalaman dan kemahiran pada diri untuk menubuhkan FATHA MARKETING. 
Sebahagian besar produk-produk YHM yang dihasilkan adalah dari rempah ratus yang diadun dan disediakan mengikut resepi tradional warisan keluarga yang  mengusahakan Berjaya Restoren yang sangat terkenal di Kota Bharu, Kelantan lebih dari 20 tahun. Selain itu, terdapat beberapa produk masakan yang telah difomulasikan resepinya bagi menghasilkan satu produk yang boleh dipelbagaikan jenis menu masakan yang CEPAT , LAZAT ,BERKHASIAT LAGI BERKAT mengikut selera pelanggan. Kretiviti penghasilan sesuatu produk adalah hasil ujikaji dan penyelidikan oleh Fatha Marketing sendiri.  Sungguhpun ia suatu produk baru, Fatha Marketing masih mengekalkan masakan tradisonal sebagai elemen untuk memberikan keenakan dan kelazatan sesuatu menu.
Kelebihan produk-produk YHM bermula dari aspek pemilihan rempah ratus dan bahan ramuan yang digunakan adalah yang terpilih dan bermutu tinggi, bahan mentah yang terjamin kesegarannya serta amat menitikberatkan aspek halal dan kebersihannya. Ia diadun mengikut sukatan yang menepati intipati sebenar resepi  dan boleh di sesuaikan dengan pelbagai  menu.
Di FATHA MARKETING kami berusaha memenuhi DASAR PEMAKANAN DALAM ISLAM sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah iaitu : Halal, Baik, Berkualiti dan Tidak membawa kemudharatan kepada fungsi tubuh mental manusia serta Makanan itu selari dengan keperluan fitrah maanusia.
Oleh itu kami di FATHA MARKETING berusaha mengikut garis panduan makanan, minuman dan barang gunaan halal yang mempunyai 4 asas utama iaitu:
1.     Sama ada makanan itu sendiri halal.
2.     Sama ada makanan yang didapati adalah daripada sumber yang halal.
3.     Ramuan/ kandungan yang digunakan tidak merbahaya kepada makanan tersebut, cth : tidak menggunakan pengawet atau MSG.
4.      Proses, penyimpanan, pembungkusannya tidak bercampur dengan yang Haram.
Hari ini, Fatha Marketing boleh berbangga kerana telah berjaya membantu sebahagian kecil rakyat Malaysia untuk memasak dengan menjadi pengeluar pes rempah ready made  yang terkenal di sekitar Lembah klang khususnya di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Rempah keluaran Fatha Marketing juga telah sampai ke Sabah, Sarawak, Indonesia, Jepun, Amerika Syarikat,  German, Peranchis, Australia, Dubai, Mumbai, UK (London), mesir dan Arab Saudi. Di Malaysia, pes rempah Yes Halal telah menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira keturunannya.
Meskipun pada awalnya, hanya sebuah perusahaan kecil di rumah (home made) yang ditubuhkan bagi menjana ekonomi pada permulaannya, namun pengasas yakin bahawa Fatha Marketing akan berjaya mengorak langkah lebih jauh menjadi satu industri yang lebih gah dan berprestij di suatu hari dengan operasi telah berpindah ke kilang pula. Berkat sokongan daripada semua pihak kami sudah bersedia menjadikan produk ini sebagai satu warisan makanan citarasa Malaysia yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa pula.Akhir kata, Fatha Marketing  amat berbesar hati dengan pelanggan sedia ada yang memberi seluruh kepercayaan .Kepada bakal pelanggan pula , syarikat ini berjanji dengan sepenuh hati untuk menjadi pembekal makanan terbaik .
Sekian, wasallam
“Cepat, Lazat, Berkhasiat, Lagi Berkat
VISI KAMI

Ø Membantu semua orang supaya boleh memasak tidak kira siapa mereka, atau di mana sahaja mereka berada.
Ø Setiap rumah di Malaysia menjadi pengguna produk pes rempah  YHM YES HALAL REMPAH USTAZAH .
Ø Setiap pelajar, pekerja dan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan masakan seperti di tanahair sendiri walaupun berada di luar Negara dengan pes rempah ‘ready made’ YHM. 
Ø Membantu golongan ibu tunggal dan surirumah supaya dapat berniaga walaupun operasinya hanya di rumah atau membuka warung/kedai makan dengan menjual produk YHM sendiri atau berniaga aneka nasi, lauk pauk dan katering secara kecil-kecilan dan sederhana. 
MISI KAMI
Ø  Membantu para usahawan baru seperti peniaga kecil dan sederhana serta siswazah khususnya serta sesiapa sahaja yang berminat dalam industri makanan untuk memulakan rangkaian perniagaan francais dengan menubuhkan gerai, gerai bergerak, kiosk, kafe, restoren seterusnya membuka lebih banyak “outlet”.
Ø Memperkenalkan masakan warisan tempatan bercitarasa Malaysia ke persada antarabangsa.
Ø Ingin menjadi pengeluar pes rempah ‘ready made’ halal yang terunggul di Malaysia dan sekaligus dapat menembusi pasaran Luar Negara
Ø Ingin menjadi pengeluar utama makanan dan memastikan bahawa pengguna Islam mempunyai alternatif membeli produk-produk makanan yang halal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan