Khamis, 19 Januari 2012

KELAS NASI ARAB DATANG LAGI



KELAS/KURSUS NASI ARAB PILIHAN RAMAI 2012

Sebagai pengetahuan bagi yang baru mengikuti blog atau tulisan saya di internet atau di FacebookKursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes Modul Pertama seperti biasa saya mulakan dengan mengajar cara memasak Nasi Maqlubah yang sangat lazat dan berkhasiat.  Maklumlah ada sayur-sayuran seperti bunga kobis, lobak merah, kentang dan terung yang digoreng wangi dan diletakkan dalam Nasi yang dimasak bersama rempah ratus serta lauk di dalamnya.  Kemudian, ada kuah kerutuk kambing untuk tekak orang Melayu bagi yang tak boleh nak telan nasi tanpa kuah. Selain itu, saya turut mengajar bagaimana nak sediakan 2 Salatoh atau Acar Arab . Satu yang ada laban (youghurt) satu lagi tak de laban. Selepas itu, peserta akan melihat bagaimana penyediaan atau proses membuat Mashwi (Ayam Bakar) serta Kambing Tandoori Bakar .  Acara tidak selesai di situ bila saya mula mengajar bagaimana menyediakan Falafil (seperti Wardil makanan kaum India)dan membuat Humus( jem utk.roti Arab) sendiri .

Modul ke-2 Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes  juga tidak kurang hebatnya iatu Nasi Mandhy iaitu Nasi Arab yang sangat popular di Malaysia.  Selepas menunjukkan cara-cara memasak Nasi Mandhy Kambing, saya menunjukkan cara-cara menyediakan Chicken Mandhy pula.  Seterusnya saya masuk kepada Modul FREE yang diberi kepada peserta-peserta istimewa ini iaitu Belajar Memasak Nasi Kabsah Ayam pula yang seakan Nasi Tomato tetapi di dalamnya ada Mix Vege. Selepas itu saya bagi lagi resepi hebat bagaimana nak menyediakan Syurbah (Sup/ Kuah). Kali ini saya pilih Bistik Daging yang sangat sesuai di makan dengan Nasi Arab.

Kepada yang telah menyertai Kursus Masakan Nasi Arab anjuran Ustazah Cooking Classes, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya, tidak kira kepada yang ingin membuka Kedai Nasi Arab, atau ingin menambah menu di restoren mereka atau datang sekadar hobi memasak  atau penggemar Nasi Arab. Ustazah berharap semua boleh mencuba memasak Nasi Arab tersebut mulai sekarang. 
Kepada yang belum menyertai tetapi sangat berminat untuk turut serta boleh hubungi Cik Nini di talian 012-9404066 SEKARANG. Kepada yang sudah menyertai pula, Ustazah juga akan mengadakan KURSUS MASAKAN NASI ARAB SIRI 2 untuk Modul Nasi Arab dengan mengemukakan menu-menu hebat lain pula di masa akan datang. Tungguuu!!
SAYA BERMINAT NAK DAFTAR SEKARANG !
CEPAT CALL NO : 012-9404077 UNTUK MENDAFTAR KURSUS MASAKAN NASI ARAB


Wassalam.

Salam Sayang,
Chef Ustazah
(PAKAR MASAK NASI ARAB)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan