Ahad, 27 November 2011

NASI ARAB MANDHY. RAMAI MENGGEMARINYA.



ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Salam sayang semua, kepada semua peminat-peminat Nasi Arab.
Hari ini saya akan kongsikan Resepi Nasi Mandhy. Dah lama dan dah ramai yang minta saya berikan resepi Nasi Arab. Saya mohon berbanyak-banyak maaf kerana dah lama tak berkesempatan nak menulis di blog ni. Kali ini saya akan berikan resepi untuk anda semoga dapat dipraktikkan di dapur anda.


RESEPI NASI MANDHY
Rebus Ayam/ Daging Kambing dengan air secukupnya. 

5 sukat (KG)beras basmathi ~ rendam sejam dan toskan
3 sudu besar Rempah mandhy
5 sukat beras air rebusan ayam/kambing
1 bekas yoghurt/ 1 tin susu cair

½ tin minyak sapi
Sedikit pewarna kuning

Rempah tumis ~ 2 batang kayu manis, 5 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
7 sudu besar garam secukup rasa,
2 sudu besar gula
3 inci halia ~ hiris halus btg mancis 3 biji bawang besar ~ dimayam halus
Sedikit arang dan minyak zaitun : utk. Mengasap nasi
Bahan kisar : 3 biji bawang besar dikisar 9 ulas bawang putih ~ dikisar
Hiasan :  untuk tabur di atas nasi ½  cwn kismis, 1 cawan bawang goreng, daun ketumbar dan daun pudina

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan bersama halia dan  bawang mayam sehingga harum dan bawang layu.  Masukkan bahan kisar dan tumis lagi.
2.  Masukkan pula rempah mandhy,  kambing yang direbus dan yogurt/ susu cair serta garam dan gaul rata.  Seterusnya masukkan sedikit air dan biar mendidih. Masak sehingga daging lembut.
3.  Di dalam rice cooker masukkan kambing di lapisan bawah.  Masukkan beras. Air stok kambing, garam dan gula secukup rasa. Boleh juga jika hendak letak kambing bila Nasi kering tetapi kambing mesti dimasak sehingga benar-benar lembut isinya.
4.  Cara Mengasap Nasi. Bila nasi hampir kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak zaitun dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titik pewarna kuning, masukkan bawang goreng, kismis, daun pudina dan daun ketumbar. Boleh ditutup nasi dgn aluminium foil/ kain yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk  kembali.  Nasi akan masak cantik.
Ha.. sekarang anda sudah mula boleh memasak Nasi Mandy kegemaran anda. Jimat duit kan kalau masak sendiri. Kalau sepinggan Nasi Mandhy Ayam RM18 dan sepinggan Nasi Mandhy Kambing RM25. Berapa yang anda belanjakan untuk makan 1 family, tentu banyakkkan?.
Kalau ingin melihat bagaimana Ustazah Masak Nasi Mandhy dan pelbagai hidangan Arab yang lain, bolehlah joint Kelas Nasi Arab Ustazah Cooking Classes dan belajar masak Nasi Mandy dan Nasi Arab lain secara real dan face to face sehingga anda pandai.
Hubungi Cik Nini 012-9404066 sekarang untuk tempah tempat anda sekarang untuk belajar Nasi Mandhy.
SELAMAT MENJAMU NASI MANDHY.
SALAM SAYANG,
CHEF USTAZAH.
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan