Jumaat, 30 Oktober 2015

WARDEL KACANG SOYA


STEP 1 :
Bahan-bahan utama. 
Bawang putih 3 ulas kasi tumbuk halus. 
Bawang besar 2 biji potong dadu. 
Sebatang karot potong dadu. 
Batang seleri potong halus. 
Udang buang kulit dan potong kecil. 
Bilis secawan basuh dan tumbuk kasar. 
Hampas kacang soya 2-3 cawan. 
Tambahkan garam dan gula.



STEP 2 :
Campur semua bahan dan uli sekejap.

STEP 3 :
Bulat-bulatkan dan tekan dan bentukkan macam wardel.














STEP 4 :
Tepung beras 4 cawan. 
Masukkan air 3 cawan dan garam 1 sudu besar, 
1 biji telur dan satu sudu kecil serbuk kunyit serta 1 sudu kecil baking powder.

STEP 5 :
Celup dalam bancuhan tepung/ bater
STEP 6 :
Angkat dengan sudu
















STEP 7 :
Goreng dalam minyak sederhana panas. Angkat dan toskan. Hiaskan dengan mayonis sebelum dihidang.


Selasa, 8 September 2015

RESEPI SOS VEGE STYLE USTAZAH.



Sangat baik makan sos sihat ni. Gabungan sayur dan yoghurt. Emm.. Yummy. Lemak berkrim. Sesuai makan dengan ayam goreng nuggets atau letak dalam roti.

Cara-cara menyediakannya :
1/2 batang karot.
1 biji tomato
2 hiris capsicum merah
2 hiris capsicum hijau.
3 inchi batang saleri
1/4 ulas bawang bombay.
Semuanya dipotong dadu halus.
1 cawan yoghurt plain
1 cawan mayonis.

Cara-caranya :
Campurkan semua bahan. Gaul rata. Makan Chicken Crackers Ball cicah ni sesuai sangat. Kalau nak sejuk. Sediakan awal dan letak dalam peti sejuk dulu sekejap.
Sedap tau! Berkhasiat pulak tu.

Salam Sayang.
Chef Ustazah.

Bengkel Katering September 2015

Ini antara resipi yang bakal di ajar.
Bengkel ini khas buat mereka yang mahu membuka catering sendiri.

Ustazah akan ajar cara memasak untuk tetamu seramai 1000 dan lebih..

Pelbagai menu hidangan untuk majlis perkahwinan. Hal ehwal 'service' dalam menghidang dan melayan tetamu. Kos kira-kira untuk memasak secara pukal serta doa-doa untuk diamalkan.
Semua dengan harga yang cukup murah!

Tarikh : 20/9/2015
Yuran : RM400
Lokasi : Kampung Pandan Dalam, KL
Hubungi : 013.9802465

Terhad kepada 15 orang sahaja. Less is more, gitu!









Isnin, 7 September 2015

CUCUR UDANG KANGKUNG.





Bahan-Bahan :

700 gram tepung gandum
1 sdm garam
1 sdm gula
Garam gula ikut rasa yg kita nak. Suka garam lebih tambah
garam, suka manis tambahlah gula.
1 biji telur
1/2 sdm baking powder.
Kangkung 1 ikat. Potong 2 inchi.
2 biji Bawang bombay potong dadu.
Kalau nal letak karot pun boleh. Parut halus atau potong memanjang.
Air untuk membancuh tepung.

Cara :
Satukan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan senang disendukkan.
Sendukkam dan masukkan dalam minyak panas.
Api kena kecil masa mula-mula nak letak adunan, kemudian jadikan apinya sederhana. Goreng sehingga garing.
Hidangkan dengan sos atau mayonis. Ummph wallah!
Selamat Mencuba resepi yang ringkas lagi senang ni ya.

Salam sayang,
Chef Ustazah.

PATUTKAH ANDA MEMBELI PERALATAN MODEN???

TIPS UNTUK SEMUA .

PATUTKAH ANDA MEMBELI PERALATAN MODEN?

Assalamualaikum wbt.
Selamat bertugas kembali kepada yang bekerja. Kepada surirumah Profesional selamat berkhidmat dengan penuh ceria.
Hari ni nak cakap pasal JIMAT CERMAT.
Saya selalu masak dari apa-apa bahan yang ada dalam peti ais dan bahan yang ada dalam dapur dahulu. Kena "create" sesuatu dan habiskan bahan-bahan kat peti ais tu dulu. Buat masakan bukan ikut resepi apa yang ada kat FB sahaja tetapi ikut bahan apa yang sudah ada di rumah. Ok kita masuk tajuk perbincangan kita hari ini.

WAJARKAH SAYA BELI PERALATAN MODEN UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA DAPUR?

1. Kalau rasa mahu sangat membeli peralatan moden seperti periuk magic, air fryer, bread maker, noodle maker atau apa-apa aje maksimakan penggunaannya.
Jangan beli time tengok kawan-kawan semua beli. Itu namanya kerana terpersona sahaja dan anda tertipu kerana godaan mereka sahaja.
Beli dan pakai sungguh-sungguh. Tak payah kalau nak beli setakat nak atur atas kabinet atau simpan dalam almari. Lama-lama rosak bukan kerana guna tapi kerana tak guna. Sayang nak pakailah, takut nak gunalah, tak tahu cara atau sebagainya. Itu alasan anda sahaja. Carilah penyelesaiaannya. Oleh itu, bila beli, mesti pakai. Nanti suami anda akan sindir. "Alah yang dulu beli pun tak guna lagi, tak pernah pun buat kuih sebiji. Ini ada hati nak beli yang lain pula. Baiklah awak lupakan. Kan dah kecil hati kalau dia kata macam tu kan. Pasal apa? Sebab itu kita tak maksimakan penggunaannya.

2. Cubalah berbagai resepi yang ada untuk memberi rasa seronok anda memasak. Variasikan masakan anda dengan aneka lauk, aneka warna dengan cara plating yang pelbagai. Kalau beli asyik masak itu juga..tak payahla beli. Contoh beli periuk magic kalau sekadar nak rebus telur. Baik rebus atas dapur kita yang lama la ya. Cubalah resepi Nasi Arab, Beriani, kek kukus, aneka sup, bubur dan lain-lain. Ambil gambar dan share resepi kat FB, Whatsapp dll. Ini sebagai motivasi supaya kita lagi rajin masak. Bila kawan puji, seronok kita. Lagi lama, lagi banyak kita nak try resepi baru. Tak de la asyik dok masak sup ayam, sup ayam, sup ayam sahaja. Suami pun kenyang, hati pun riang.

3. Memang peralatan moden ni agak mahal harganya. Oleh itu, menabunglah dahulu. Jangan main beli sahaja. Lepas tu baru dok garu kepala mana nak bayar bil itu ini. Jangan risau, stok pasti ada.. juru jual pasti cakap dah nak habis stok. Alah dia nak menjual, mestilah ada barang kan? Target dulu apa nak dibeli, berapa harganya? Kemudian simpan duit dulu. Berapa lama kita akan dapat barang ni. Simpan RM100 atau RM200, lama-lama dapat beli juga. Ini ikut kemampuan kita menyimpan.
Kalau saya sendiri pula begini caranya. Saya sekali-kali tidak akan mengambil wang dari perbelanjaan saya atau gaji saya atau catu keperluan saya semata-mata nak beli barang. Tetapi, saya akan menjual barang lain dan membuat keuntungan. Dari keuntungan itu saya simpan dan dapat beli satu produk atau peralatan idaman saya satu persatu. Lama-lama penuh juga peralatan moden saya di dapur. Saya tidak perlu mengemis duit suami untuk membeli. Saya hanya fikir macamana saya boleh buat duit untuk membeli apa yang saya cita-citakan. Anda pun boleh buat begitu dan sekarang mulakan berfikir nak buat bisnes apa dan nak buat untung berapa untuk beli barangan yang anda minati.
Ok..kalau rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.
Selamat Memasak Di Dapur Idaman Anda dengan Penuh Ceria.

Salam Sayang,
Chef Ustazah.

Khamis, 27 Ogos 2015

RESEPI AYAM SUNQUICK STYLE USTAZAH.

  • 1 ekor ayam
  • Pes Perap Ayam Berempah Ustazah
  • 1/2 cawan Sunquick.
  • 1/2 cawan Yoghurt
  • 1 1/2 sdb lada hitam tumbuk kasar.
  • 2 sdb daun oregano kering.
  • 1/2 cawan madu.

Cara :
  • Perap ayam bersama pes serta sunquick dan Yoghurt. Taburkan serbuk lada hitam kasar, oregano.
  • Panggang ayam di dalam oven. Bila hampir masak, ambil baki perapan dan campurkan madu. Lumurkan pada ayam dan panggang sehingga cantik berkilat masaknya.
  • Mudah bukan?
  • Berminat untuk membeli pes Ayam Berempah?
  • Hubungi Tuan Wan Abdullah Suhaimi 0199378679.


RESEPI SARDIN BUAT SENDIRI


"Boleh tak Ustazah post semula resepi sardin!"
Atas permintaan ramai Ustazah bagi sekali lagi.. Rupanya ramai peminat ikan sardin ya!
Kali ni dapat resepi, masak terus dan share gambar kat sini macamana rupanya dan bagitau rasanya ya!

Jom buat sendiri Sardin Cap DAJAJ.

Bahan-bahannya :
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
1 sdt Serbuk lada putih.
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
Air secukupnya ( 1 jug, masuk sedikit demi sedikit)
Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.
Tambahan :
**************
  • Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.
  • Nak tumis dengan cili kering kisar pun boleh untuk pedas.
  • Nak tambah daun kari pun boleh. 
  • Ada juga orang tambah tepung gandum untuk pekatkan kuah.


Nota : Dajaj Maksudnya : Ayam dalam kamus Marbawi..hehehe.

https://www.facebook.com/resepichefustazah