Selasa, 3 November 2015

CARA MENYIMPAN MAKANAN SEJUK BEKU.

Dapat ketupat dari Puan Lawyer Nik Suhaila Maawiah hari Sabtu lepas, tak sempat nak makan. Kita sumbat dalam freezer. Hari ni kukus. Masya Allah. Cantik lagi.

Ketupat lemak ni, cicah gula melaka/nisse cair. Alhamdulillah. Emm wallah..

Nota : Cara penyimpanan yang betul ialah apabila makanan masih baru lagi simpan di tempat beku. Bukan duduk di luar lama sehingga esoknya baru nak masuk freezer.
Bekukan yang masih baru dan elok serta kukus apabila nak makan.

Kalau gulai pun, ambil yang baru masak dan simpan di tempat beku. Teknik salah ialah menghangatkan berkali-kali, kemudian baru simpan di tempat beku. Sekiranya anda buat kenduri. Ambil seperiuk kecil atau sedang asingkan siap-siap. Bila yang periuk besar masih ada baki kita hangatkannya dan perlu dihabiskan malam tu juga. Yang periuk kecil itulah kita bekukan sebab tak terdedah. Kalau dari kampung bawa gulai ini. Bila nak makan panaskan dengan api perlahan dan letak sedikit air panas. Wah! Macam gulai baru.

Jika nasi yang ada rempah. Simpan ditempat beku nasi yang masih elok dan tidak ada sebarang bau kurang menyenangkan. Apabila keluarkan nyah beku dan kukus. Pastikan masih cantik dan seperti baru dimasak. Jangan nasi yang tak habis esoknya baru nak simpan dalam freezer. Ini akan mengundang mikrob/ kuman yang boleh menyebabkan sakit perut.


1 ulasan:

  1. Betul tu! Yang leftover patutnya awal2 dah masuk peti. Bukan dah semalaman atas meja. Tapi ramai orang tak paham. Dah tu dalam peti, tak bertutup pulak tu. Ngeri jek



    Artikel Terkini >> Kesilapan Dalam Menyimpan Makanan

    BalasPadam