Khamis, 5 November 2015

APA HUKUM TUNJUK GAMBAR MAKANAN?

Hampir setiap hari saya tunjuk gambar makanan kan? Kak Senah dan Kak Gayah serta Nelopar memang la suka sebab mereka peminat saya. Lain-lain saya tak tahu.
Saya dihujani soalan ini. Ada kawan-kawan sendiri dan rakan Facebook yang tanya. Lama dah kawan-kawan tanya soalan ni. Hari ini saya jawab sekali lagi.
Saya jawab begini ya. Ini jawapan PERIBADI saya sahaja.

1. Pertama, BETULKAH ADA UNSUR RIYA'/ UJUB.
Jawapan: Ya betullah, memang saya nak menunjuk-nunjuk pun. Kalau tak nak menunjuk, bila saya ambik gambar makanan saya tutup dan selindung dengan kain hitam. Apa perasaan anda bila saya kongsikan resepi tapi saya tutup makanan tu dengan Tudung Saji? Hampeh la jawabnya. Lagi pun, saya memang jual makanan. Saya jual rempah takkan saya nak tunjuk gambar Pampers. Hihihi.

2. Kedua. Menyebabkan orang terliur itu BERDOSA.
Jawapan saya : Kalau dah terliur jangan buka TV, buka suratkhabar atau majalah juga. Dalam tu penuh gambar-gambar iklan makanan yang lagi cantik menawan gambarnya. Setakat kamera Handphone saya ni tak de la mengancam mana dan tak mengugat iman pun. Habis-habis tinggi, mereka dapat MOTIVASI TINGGI dari saya untuk terus terbang ke dapur. Saya kadang-kadang dalam masa sejam dah dapat gambar rakan Fb yang masak sebijik menggunakan RESEPI-RESEPI yang saya kongsikan. Saya sangat gembira dapat membantu ramai orang memasak riang ria untuk keluarga dan kenalan mereka.

3. Tak baik tunjuk gambar. Ada orang mengandung atau orang susah kat Fb lihat.
Jawapan saya. Lumrah la orang mengandung kalau lihat makanan dia rasa teringin. Yang tak mengandung pun meronta-ronta dan hampir menitik air liur bila lihat gambar makanan.
Oh! PLEASE LA... Dari dok kutuk saya, baik awak pergi dapur dan masaklah makanan sedap-sedap untuk family anda ya. Rekalah resepi yang bagus dan bagi manfaat supaya orang lain dapat makan di rumah lebih banyak berbanding dari makan di luar yang tak tahu halal haramnya atau kotor bersihnya. Saya hanya nak galakkan orang masak sahaja.
Tentang orang susah yang terliur pula. Orang susah mana ada HP, mana ada Laptop..nak makan pun susah. Ini pula nak main gajet-gajet. Dok tengok Fb, whatsapp macam kita ke mereka? Nak makan pun susah. Bagi saya inilah peranan kita, mana-mana kita tahu sedara mara kita, saudara sesama Islam yang susah di dalam atau di luar negara tu. Bantulah semampunya. Tak kira apa cara yang boleh anda lakukan. Share la Iklan untuk menderma atau sebagainya. Ini boleh sedikit sebanyak boleh menolong.

4. Saya juga selalu tunjuk apa yang saya makan di kedai atau restoren. Tidakkah itu melampau?
Jawapan saya : Sebagai orang dalam bidang makanan, saya mencari inspirasi atau ilham baru atau sesuatu yang unik dalam sudut makanan. Saya suka cari idea baru dan saya suka makanan yang dipersembahkan dalam bentuk yang cantik dengan pelbagai variasi rasa dan warna.
Suka saya jelaskan, saya juga memberi panduan penyediaan makanan dari sudut peribadi saya walaupun saya bukan Pakar Makanan. Saya juga menunjukkan makanan supaya menjadi inspirasi dan idea kepada orang lain untuk memasak. Apa yang saya persembahkan dalam ulasan dan huraian saya tentang makanan menggalakkan orang supaya menadi rajin dan kreatif apabila memasak.
Bahasa yang saya gunakan adalah Bahasa Pasar sahaja. Saya persembahkan ikut cara saya sahaja.
Apa yang saya nak bagitau. Niat kita la paling PENTING. HATI yang baik boleh lihat benda BURUK dalam sudut yang BAIK. TAPI Hati yang BUSUK lihat BENDA YANG BAIK dengan penuh BENCI dan KESUMAT.

Mak aii..panjangnya saya menulis. Baik saya siap-siap makanan dan hidangkan pada Abang Ensom, Tall n Dark dan anak-anak.. Bye..bye.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan