Isnin, 7 September 2015

PATUTKAH ANDA MEMBELI PERALATAN MODEN???

TIPS UNTUK SEMUA .

PATUTKAH ANDA MEMBELI PERALATAN MODEN?

Assalamualaikum wbt.
Selamat bertugas kembali kepada yang bekerja. Kepada surirumah Profesional selamat berkhidmat dengan penuh ceria.
Hari ni nak cakap pasal JIMAT CERMAT.
Saya selalu masak dari apa-apa bahan yang ada dalam peti ais dan bahan yang ada dalam dapur dahulu. Kena "create" sesuatu dan habiskan bahan-bahan kat peti ais tu dulu. Buat masakan bukan ikut resepi apa yang ada kat FB sahaja tetapi ikut bahan apa yang sudah ada di rumah. Ok kita masuk tajuk perbincangan kita hari ini.

WAJARKAH SAYA BELI PERALATAN MODEN UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA DAPUR?

1. Kalau rasa mahu sangat membeli peralatan moden seperti periuk magic, air fryer, bread maker, noodle maker atau apa-apa aje maksimakan penggunaannya.
Jangan beli time tengok kawan-kawan semua beli. Itu namanya kerana terpersona sahaja dan anda tertipu kerana godaan mereka sahaja.
Beli dan pakai sungguh-sungguh. Tak payah kalau nak beli setakat nak atur atas kabinet atau simpan dalam almari. Lama-lama rosak bukan kerana guna tapi kerana tak guna. Sayang nak pakailah, takut nak gunalah, tak tahu cara atau sebagainya. Itu alasan anda sahaja. Carilah penyelesaiaannya. Oleh itu, bila beli, mesti pakai. Nanti suami anda akan sindir. "Alah yang dulu beli pun tak guna lagi, tak pernah pun buat kuih sebiji. Ini ada hati nak beli yang lain pula. Baiklah awak lupakan. Kan dah kecil hati kalau dia kata macam tu kan. Pasal apa? Sebab itu kita tak maksimakan penggunaannya.

2. Cubalah berbagai resepi yang ada untuk memberi rasa seronok anda memasak. Variasikan masakan anda dengan aneka lauk, aneka warna dengan cara plating yang pelbagai. Kalau beli asyik masak itu juga..tak payahla beli. Contoh beli periuk magic kalau sekadar nak rebus telur. Baik rebus atas dapur kita yang lama la ya. Cubalah resepi Nasi Arab, Beriani, kek kukus, aneka sup, bubur dan lain-lain. Ambil gambar dan share resepi kat FB, Whatsapp dll. Ini sebagai motivasi supaya kita lagi rajin masak. Bila kawan puji, seronok kita. Lagi lama, lagi banyak kita nak try resepi baru. Tak de la asyik dok masak sup ayam, sup ayam, sup ayam sahaja. Suami pun kenyang, hati pun riang.

3. Memang peralatan moden ni agak mahal harganya. Oleh itu, menabunglah dahulu. Jangan main beli sahaja. Lepas tu baru dok garu kepala mana nak bayar bil itu ini. Jangan risau, stok pasti ada.. juru jual pasti cakap dah nak habis stok. Alah dia nak menjual, mestilah ada barang kan? Target dulu apa nak dibeli, berapa harganya? Kemudian simpan duit dulu. Berapa lama kita akan dapat barang ni. Simpan RM100 atau RM200, lama-lama dapat beli juga. Ini ikut kemampuan kita menyimpan.
Kalau saya sendiri pula begini caranya. Saya sekali-kali tidak akan mengambil wang dari perbelanjaan saya atau gaji saya atau catu keperluan saya semata-mata nak beli barang. Tetapi, saya akan menjual barang lain dan membuat keuntungan. Dari keuntungan itu saya simpan dan dapat beli satu produk atau peralatan idaman saya satu persatu. Lama-lama penuh juga peralatan moden saya di dapur. Saya tidak perlu mengemis duit suami untuk membeli. Saya hanya fikir macamana saya boleh buat duit untuk membeli apa yang saya cita-citakan. Anda pun boleh buat begitu dan sekarang mulakan berfikir nak buat bisnes apa dan nak buat untung berapa untuk beli barangan yang anda minati.
Ok..kalau rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.
Selamat Memasak Di Dapur Idaman Anda dengan Penuh Ceria.

Salam Sayang,
Chef Ustazah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan