Nak masak apa hari ni ya? Tak kisah la masak apa, tapi mesti niatkan sebagai ibadah. Insya-Allah, dapat PAHALA. Jom masak! Sebelum tu..
- Ikhlaskan niat.
- Mulakan denga baca Bismillah dan selawat. Baca " Ya Latif! 7 kali.. Diikuti dengan " ALLAHU LATIFUN BI IBADIHI YARZUQU MAN YASAA' WA HUAL QAWIYUL AZIZ." Mudah-mudaha lembutlah hati orang makan-makan makanan yang dimasak.
- Pilih bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Gunakan bahan baik dan bermutu tinggi.
- Ceria di dapur.
- Rancang jadual.
- Mulakan dengan yang mudah dahulu.
- Atur, bahan-bahan di depan supaya senang anda nak mencapainya bila nak masak.
- Bila mengacau adunan/masakan sila kacau berlawanan dengan arah jam.Ia adalagh sunnah, seperti tawaf. Insya-Allah memberi tenaga kepada orang yang memasak dan orang yang makan
- Jangan sesekali merungut ketika masak.
- Sebaik sahaja masak, persembahkan seperti Raja Besar yang akan santap makanan anda, walaupun anda masak hanya telur goreng atau ikan kering sahaja.
- Berdoalah supaya makanan yang dihidangkan itu disukai dan dinikmati sebaik-baiknya oleh sesiapa sahaja, tak kira apa yang anda masak SIMPLE atau yang SPECIAL.
Sesungguhnya makanan itu boleh membentuk hati yang baik dan beriman.
SALAM CERIA,
Chef Ustazah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan