Rabu, 13 Julai 2011

KELAS NASI ARAB MERIAH

 Bersama Peserta Program Masakan 1 Malaysia Anjuran Kolej Komuniti dan JPW

Alhamdulillah. Minggu ini saya sudah selesai 2 Kelas Belajar Masak Nasi Arab kepada peminat-peminat Nasi Arab.  Sungguh meriah dan gamat sekali bila makcik-makcik dan kakak-kakak dok pakat gelak sakan bila saya selangi cakap Arab.  Apa lagi berderailah ketawa bila mereka cuba cakap Arab tapi semuanya stail P Ramlee bunyinya.  “Ini ana punya biras.”. “Nasi Menggelabah..” kata makcik salah seorang peserta saya.  “Bukan  mengelabah makcik, Nasi Maqlubah.” “ha..ha..ha” ketawa yang lain pula. 
          Siri Belajar Masak Nasi Arab bersama Ustazah Cooking Classes (UCC) kali ini seperti biasa saya mulakan dengan Tazkirah Agama kepada semua peserta.  Tajuk tazkirah Ustazah kali ini : Makanan Rohani VS Makanan Jasmani.  Selepas itu, saya bersama peserta-peserta yang terdiri anak-anak murid kuliah agama samaada Kelas Fardu Ain dan Kelas Al-Quran mula memasak Nasi Maqlubah, menyediakan Ayam bakar Berempah, salatoh (acar) dan kuah Kerutuk Ayam.  Sessi kedua UCC pula dimulakan dengan mengajar cara masak Nasi Arab Mandhy.  Kemudian diikuti Kelas Nasi Arab kami masak Kambing Bakar Tandoori, salatoh, sambal dan Kuah Bistik daging.  Seterusnya saya mengajar peserta menyediakan Humus( jem bijan dan kacang dal), cara menyediakan Falafil yang dimakan bersama roti Arab.  
Nasi Maqlubah


Nasi Mandhy Kambing Bakar


Peserta Kelas Masakan Nasi Arab di Bukit Antarabangsa

 Sesi yang ditunggu-tunggu ialah Sesi Makan la.. Sebelum itu, saya bersama-sama peserta yg terdiri dari makcik-makcik dan kakak-kakak membungkus makanan untuk dibawa balik ke rumah masing-masing.  Akhir sekali, semua makan dengan berselera. Ustazah sedap la, tak muak nasi ni.. berbanding yang biasa.! Kata setengahnya.  Ada yang suka makan bistik, ada yang suka kambing tandoori, ada yang suka ayam berempah, ada yang suka salatoh, ada yang suka humus dan ada yang suka humus.  Pendekkata, saya ringkaskan ; yang pasti semua suka makan Nasi Arab sama ada Nasi Mandhy atau Nasi Maqlubah yang diajar dan disediakan.
 Sesi Menjamu Selera
Antara Hidangan Makanan Arab
          Kepada yang menghubungi saya atau pembantu saya untuk Kelas Nasi Arab akan datang sila pastikan bahawa anda boleh makan kambing atau tidak.  Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai boleh hubungi Cik Nini di talian : 0129404077. atau 013-9802465

Tiada ulasan:

Catat Ulasan