Halaman

Khamis, 19 Mei 2011

SIRI 3 : MESTI RAJIN, SANGGUP TAHAN UJIAN DAN KIKIS RASA MALU

SIRI 3 :  BERNIAGA MESTI RAJIN, MENEMPUH UJIAN DAN MESTI BUANG MALU..

Lupa saya bercerita selepas 2 hari membuat operasi rempah YHM Rempah YES HALAL  di rumah kakak angkat saya iaitu Kak Zam di Kg. Pandan Dalam berhampiran Masjid Nurul Hidayah, timbul rasa bersalah pula kerana bimbang membebankan Kak Zam.  Walaupun tahu dia ikhlas membantu kami tetapi saya tahu dia sibuk mengulangkaji pelajarannya untuk Phd.  Jadi saya membuat keputusan memindahkan operasi membuat rempah di rumah sewa kami di Taman Ampang Hilir.  Kalau bersepah ke, bising ke, maka tiada masalah rasanya sebab di rumah saya sendiri pada ketika itu.
Selepas dua bulan beroperasi, pelbagai kisah dan pengalaman yang kami timba, dengan Ema dan Sani yang terpaksa meninggalkan anak kecilnya di rumah dengan orang gajinya, kami juga dengan 4 orang anak yang begitu tidak selesa.  Keadaan rumah kami jadi macam pengukus wap panas, anak-anak pulak nak main tak ada tempat, tapi kerana Terpaksa kami teruskan juga.  Tiba-tiba, kami dikejutkan pula pada satu hari Ema dan Sani sudah tidak datang bekerja, kelam kabut juga kami dibuatnya. Ema masa tu kami sangat faham situasinya dalam keadaan dia mengandung dan menyambung Mastersnya, memanglah tidak sesuai dia membantu kami.  Ini UJIAN awal kami.  Maka, tinggallah saya dan suami menguruskan segala-gala.  Bermula kerja mengupas bawang dan bahan-bahan mentah lain, mengisar, menumis dan lain-lain  terpaksa kami lakukan berdua.  Suami saya apalagi bagai lipas kudung jadinya, terpaksa ke hulu ke hilir menghantar anak, membeli barang di pasaraya, pasar borong dan membasuh kualiperiuk.  Selesai tugas memasak proses terakhir ialah memasukkan rempah siap dimasak ke dalam plastik, ditimbangkan dan di’sealed’, memotong kertas label, memasukkan label dan mengisikan di dalam plastik besar untuk diisi ke dalam peti.  Kerap kali suami saya tertidur di tepi rempah yang dibungkus kerana jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 3. 4 pagi.  Lama juga rutin sebegini berjalan. 

Selepas itu saya mendapat line/ jalan untuk menjual produk di Pasar Muhibah berhampiran rumah kami.  Masa tu belum pandai berniaga dan belum mempunyai peralatan untuk buka meja.  Seorang kenalan saya pernah berniaga di Pasar Malam memimjamkan kepada saya meja lipat dan payung seperti peniaga Pasar.  Maka bermula episod saya menjual produk di pasar.  Saya buat persiapan yang agak rapi, menyediakan 3 jenis masakan sebagai ’food tester’ kepada pelanggan.   Saya masih ingat malam itu saya masak Sup Ayam, Ayam Goreng Berempah dan Kerutuk Daging.  Keesokannya pagi-pagi lagi kami ke Pasar dan mula mem’promote’ rempah kami.  ” Bang! Kak singgah! Rasa dulu.. rempah ready-made. Tiada pengawet, tiada MSG, tak perlu ditumis..” begitulah meriahnya kami berniaga pada hari pertama.  Mula-mula malu jugak, merah, biru, tebal, nipis semuanya saya rasa..lama kelamaan timbul rasa seronok bila orang ramai mula berkerumun untuk mendapatkan food tester dari kami.  Kami hulurkan sample-sample produk kami sambil berkempen. Berpeluh-peluh saya dan suami dibuatnya, nak masukkan sup dan bihun dalam mangkuk polystren, nak hulur ayam berempah lagi, nak letak daging kerutuk lagi, nak jawab pertanyaan tentang rempah lagi, menjual dan memberi baki wang. Seolah-olah kami HERO pasar tersebut, bila orang ramai mula bersesak-sesak.  Alhamdulillah tester pun habis, kami pun dah kepenatan.  Dalam kereta sempat saya kira duit hasil jualan kami.  Kami bersyukur dapatlah RM650 untuk hari ini.   .Pada permulaan kami banyak melaburkan wang dalam perusahaan kami ini dengan membuat promosi dan memberi sample-sample produk kepada sesiapa sahaja yang berminat atau bertanya kepada kami.  5 bulan beroperasi kami dah habiskan lebih RM10 ribu untuk promosi produk kami.  
 Kami juga mula memasuki pasaran ke jabatan-jabatan kerajaan di Putrajaya.  Bermula dengan Parcel C kami meniaga rempah YHM Yes Halal Rempah Ustazah kepada pegawai-pegawai di SPA, JPA, Jabatan Perangkaan, kemudian dapat tempat di Parcel B Jabatan Perdana Menteri, seterusnya di Wisma Tani MOA, Sumber Asli, Kementerian Perumahan dan Kementerian Kesihatan Putrajaya. 

MOTIVASI :
*      Kalau nak BERJAYA, USAHA kena lebih.  Tak boleh bayak berangan, tapi kena banyak bertindak.  Kena sanggup KERJA LEBIH MASA.
*      Kalau kita minat kita akan sanggup buat lebih dari keupayaan kita yang asal.  Maka kita akan dapat TENAGA/energy yang BERGANDA.. walaupun kita pada asalnya tak terfikir untuk sampai ke tahap itu
*      Jangan harap PELABURAN PERTAMA kita terus dapat hasil atau PULANGAN.. kena ambil banyak masa untuk
*      Kena sentiasa cari RUANG dan PELUANG.
*      Malu biar bertempat.  Buang rasa MALU untuk PROMOSI dan terus PROMOSI produk kita.  Cari REZEKI HALAL mana boleh MALU..

Bersambung..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan