Halaman

Rabu, 18 Mei 2011

SIRI 2 : KISAH REMPAH YHM YES HALAL REMPAH USTAZAH. TAJUK : BERANI MENCUBA TANGGA MENUJU KEJAYAAN

SIRI 2 : BUATLAH PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN KALAU NAK BERJAYA

Bermulalah episod menjadi pengusaha rempah.  Bila dah buat 2 produk, buat lagi 2 produk baru, Kari Ayam dan Sambal Tumis.  Bila freezer dah penuh, kami diskus bagaimana nak pasarkan produk pula.  Mula-mula kena buat promosi la.  Langkah pertama yang saya buat ialah memperkenalkan pada kawan-kawan dan sedara mara.  Saya ingat lagi mula-mula saya lancarkan produk saya tu, saya masak makanan dan bawa ke rumah member saya Amnah di Bangi.  Ajak kawan-kawan datang makan.  Alhamdulillah semua bagi komen positif dan pakat sokong produk saya. Al-maklumlah saya masak nasi minyak hujan panas, ayam masak merah dan gulai kerutuk.  Masing-masing makan bersungguh-sungguh (berselera).  Lepas itu saya lancarkan lagi produk saya di sekolah-sekolah teman-teman.  Alhamdulillah respon diterima bagus jugak, hasil jualan sangat memberangsangkan.  Pergi sana- sini promote rempah YHM, sambil bagi percuma sesiapa sahaja yang kami jumpa.  Sebulan juga saya dan rakan kongsi promote rempah ni merata-rata.
          Tiba saatnya bila emak saya datang dari kampung.  QC (mak la) datang dan test saya punya rempah kerutuk. Katanya ini bukan kerutuk tapi rasa gulai kawah la.  Ye ke?  Alamak! Dan sebulan pun kami jual.  Orang yang beli cakap sedap la mak!.  Kata saya. Jadi, mulai hari tu dapatkan betul-betul resepi dari mak. Nak gelak pun ada, jadi secara tak langsung dapat tambah produk 1 kerutuk dan 1 gulai kawah.  Lepas tu belajar dari mak macamana nak buat Rempah Kari Ikan, Kurma, Kuzi,  Tumis Nasi Kerabu dan lain-lain.  Dari sehari ke sehari kami tambah semakin banyak produk.  Bila orang tanya ; Ni semua produk Kelantan je, tak de ke Rendang, atau Asam Pedas,?  Saya mula buat penyelidikan.  Cari resepi-resepi di internet dan cuba buat.  Bila buat sikit, ok la, tapi bila nak buat satu kawah,masalah jugak, berubah rasa pulak.  Pernah suami saya kata asam pedas ni tak sedap dan tak boleh jual.  Maka sekawah saya buang asam pedas tu, demi nak jaga kualiti.  Saya buat percubaan demi percubaan.  Sekadar BERANI dan TAWAKAL sahaja.  Akhirnya saya bagi kawan-kawan makan dan saudara mara cuba. 9/10 kata orait!. Maka, saya BERANI kan diri juga jual.  Respon semakin banyak yang POSITIF. Saya tak putus asa, maka saya nak cuba buat yang lagi baik dari apa yang ada di pasaran.  Saya menyelidik dan membuat kajian dan beli semua produk rempah di pasaran.  Saya cuba masak dan makan, lihat KEKUATAN dan KELEMAHAN. 
          Nak ceritanya sebenarnya saya tak de sejarah hidup pun buat asam pedas dan rendang seumur hidup sebelum ini.  Tapi naluri dan GERAK HATI saya selalu berkata-kata : Kamu buat la, lagi sedap , mesti boleh punya!.  Saya jumpa resepi dari hotel-hotel terkemuka atau dari chef-chef kampung hingga bertaraf dunia, maka saya cuba satukan bahan yang digunakan di antara mereka.  Saya cuba lebih kreatif dan inovatif.   Kadangkala menjadi rasanya, kadangkala Pahit atau Payau.. tak reti nak terjemah rasanya,  Tapi yang PENTING saya BERANI mencuba.  Memang PELIK bin AJAIB.  ALLAH S.W.T akan menolong kita sebab saya selalu berpegang dengan satu ayat dalam Surah Yusuf yang bermaksud : ”Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.” Saya tak pernah putus asa terutama dapat KOMEN yg paling PAHIT nak didengar iaitu SUAMI saya la.  Komen dia biasanya PEDASS! Tapi inilah SEMANGAT bagi saya nak buat YANG TERBAIK.  Selagi dia kata NO!  Saya tak boleh JUAL, kalau dia kata OK baru berani nak bukak pasaran.  Alhamdulillah saya ada Peminat TERSENDIRI.  Yg tu minat makan gulai kawah, yang ni minat sambal tumis, ada pulak minat sup ada yang minat Rendang, Asam Pedas dan lain-lain.  Paling PENTING.. Kena Banyak SYUKUR pada ALLAH. Allah berfirman yang bermaksud :  ”Jika kamu bersyukur, nescaya aku tambah (nikmat).”
 BERSAMBUNG LAGI..BYE

Catatan Diari Chef Ustazah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan