Halaman

Selasa, 17 Mei 2011

SIRI 1 : KISAH REMPAH YHM YES HALAL REMPAH USTAZAH. DARI SEBUAH IDEA JADIKAN IA SEBUAH KENYATAAN

 SIRI 1 :  KISAH REMPAH YHM YES HALAL REMPAH USTAZAH. 
DARI SEBUAH IDEA JADIKAN IA SEBUAH  KENYATAAN
Ramai bertanya saya bagaimana mula tmbul idea nak buat rempah ready-made.  Kawan-kawan saya ramai jugak yang hairan kenapa dari bekerja ofis, kerja pendakwah bebas, penceramah di radio juga pensyarah UiTM jadi tukang masak pulak.  Jadi hari ini saya akan mulakan cerita KHAS utk anda SIRI-SIRI JEJAK JUTAWAN.. Tak tau la bila selesainya cerita ini.  Semoga anda setia mengikuti..siri demi siri jika saya berkesempatan untuk menulis. Insya-Allah.
 Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi projek yang saya jalankan ini berjalan dengan jayanya walaupun ada sedikit cubaan dan dugaan.  Untuk pengetahuan semua, pada asalnya ia adalah sebuah idea yang ada dalam kotak fikiran sahaja.  Namun kerana BERANI saya cuba memberitahu Sleeping Partner saya dulu, kerana isteri Solehah mesti bagitau Suami dulu, baru boleh mula projek.  Saya bagitau bahawa saya nak buat Rempah Ready-Made.  Bila dia dengar, mula-mula dia gelak sakan, dan mula mengejek dengan katanya : "Alah,' lembik stepek wek' (tak de kemampuan la) ada hati nak buat rempah."  Mula-mula dengar jawapan nangis la saya sebab kecik hati dengar jawapan begitu daripada orang yang saya sayang.  Tapi apa jawab saya pada dia : “Tak pe hari ini abang gelakkan ayang, satu hari nanti Ayang akan buktikan bahawa ayang akan berjaya.” 
Pertama digelak bukan bererti kita akan diketawakan selamanya, apabila saya kemukakan idea ini kepada kakak angkat saya Kak Zam, maka inilah jawapannya :  Bagus tu, saya sokong 100%, sekarang juga saya bagi modal untuk start projek  Saya bagi awak RM 5 ribu, pegilah beli apa yang patut.   Di sinilah bermula momentum saya untuk mencipta satu tangga usaha untuk BERJAYA.  Saya tak fikir panjang, terus buat rancangan awal apa yang dibuat pada mula-mula.  Nak masak apa, apa peralatan asas yang diperlukan, apa bahan mentah yang patut digunakan, saya mula mencongak-congak dan membuat draft.  Maka bermulalah perhitungan saya yang pertama untuk memulakan projek membuat rempah ready-made.  Apa yang saya beli mula-mula ialah kuali, periuk, senduk, sudip, dapur, besen, gas, penimbang dan lain-lain bahan mentah untuk masak rempah iaitu bawang, cili, halia, serai, lengkuas, rempah ratus seperti ketumbar, jintan dan lain-lain.   Saya telefon ibu di kampung bagitau idea saya,.  Nampaknya ibu merestui saya dan sangat menyokong hasrat saya.  Mulalah saya mendapatkan resepi daripada ibu untuk membuat sup dan kerutuk bagi produk pertama saya.  Masalah juga bila ibu Cuma bagi resepi utk buat sikit-sikit sekadar 4-5 ekor ayam sahaja, Saya mulalah mendarabkan bahan-bahan yang patut digunakan. 
Akhir mulalah projek masak rempah  ready-made ini dikongsi dengan 2 lagi rakan baik kami suami isteri Sani dan Ema.  Mula dengan mengupas bawang berguni-guni, halia, bawang putih, menggoreng ketumbar, lada hitam.  Seterusnya proses mayang bawang, halia dan bawang putih dan kami mula menumis.  Dari pagi kami mula sehingga lewat malam baru siap masak.  Masing-masing berpeluh dan keletihan. Esoknya kami mula memasak kerutuk pula, sama prosesnya yang asas seperti mengopek bawang besar, bawang putih, halia tapi ditambah lengkuas, serai dan bahan-bahan rempah ratus lain.  Proses ini sangat rumit, bila kami terpaksa mesin halus ke semua bahan, menggoreng garing dan mengisar semula bahan tersebut.  Sampai hangit bau blander kami, terpaksa guna blander lain.  Seterusnya membuat kerisik dan mula operasi menumis semua bahan sehinggalah masak.  Lepas Isyak barulah masak Kerutuk kami.  Namun, rempah sup yang telah disejukkan semalaman terpaksa kami packing segera.  Selepas solat, kami mula menimbang pes Sup kami dan memasukkan ke dalam tupperware plastik dan bila siap kami masukkan semua ke dalam freezer yang baru kami beli. Pukul 12 lebih baru habis operasi kami.  Itupun dibantu oleh Kak Zam sekeluarga, saya dan suami serta Sani dan Ema.  Gembira sungguh kami produk kami sudah nampak di depan mata.  SAMBUNGAN SIRI AKAN DATANG!   


Catatan Diari Ustazah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan