Halaman

Khamis, 5 November 2015

APA HUKUM TUNJUK GAMBAR MAKANAN?

Hampir setiap hari saya tunjuk gambar makanan kan? Kak Senah dan Kak Gayah serta Nelopar memang la suka sebab mereka peminat saya. Lain-lain saya tak tahu.
Saya dihujani soalan ini. Ada kawan-kawan sendiri dan rakan Facebook yang tanya. Lama dah kawan-kawan tanya soalan ni. Hari ini saya jawab sekali lagi.
Saya jawab begini ya. Ini jawapan PERIBADI saya sahaja.

1. Pertama, BETULKAH ADA UNSUR RIYA'/ UJUB.
Jawapan: Ya betullah, memang saya nak menunjuk-nunjuk pun. Kalau tak nak menunjuk, bila saya ambik gambar makanan saya tutup dan selindung dengan kain hitam. Apa perasaan anda bila saya kongsikan resepi tapi saya tutup makanan tu dengan Tudung Saji? Hampeh la jawabnya. Lagi pun, saya memang jual makanan. Saya jual rempah takkan saya nak tunjuk gambar Pampers. Hihihi.

2. Kedua. Menyebabkan orang terliur itu BERDOSA.
Jawapan saya : Kalau dah terliur jangan buka TV, buka suratkhabar atau majalah juga. Dalam tu penuh gambar-gambar iklan makanan yang lagi cantik menawan gambarnya. Setakat kamera Handphone saya ni tak de la mengancam mana dan tak mengugat iman pun. Habis-habis tinggi, mereka dapat MOTIVASI TINGGI dari saya untuk terus terbang ke dapur. Saya kadang-kadang dalam masa sejam dah dapat gambar rakan Fb yang masak sebijik menggunakan RESEPI-RESEPI yang saya kongsikan. Saya sangat gembira dapat membantu ramai orang memasak riang ria untuk keluarga dan kenalan mereka.

3. Tak baik tunjuk gambar. Ada orang mengandung atau orang susah kat Fb lihat.
Jawapan saya. Lumrah la orang mengandung kalau lihat makanan dia rasa teringin. Yang tak mengandung pun meronta-ronta dan hampir menitik air liur bila lihat gambar makanan.
Oh! PLEASE LA... Dari dok kutuk saya, baik awak pergi dapur dan masaklah makanan sedap-sedap untuk family anda ya. Rekalah resepi yang bagus dan bagi manfaat supaya orang lain dapat makan di rumah lebih banyak berbanding dari makan di luar yang tak tahu halal haramnya atau kotor bersihnya. Saya hanya nak galakkan orang masak sahaja.
Tentang orang susah yang terliur pula. Orang susah mana ada HP, mana ada Laptop..nak makan pun susah. Ini pula nak main gajet-gajet. Dok tengok Fb, whatsapp macam kita ke mereka? Nak makan pun susah. Bagi saya inilah peranan kita, mana-mana kita tahu sedara mara kita, saudara sesama Islam yang susah di dalam atau di luar negara tu. Bantulah semampunya. Tak kira apa cara yang boleh anda lakukan. Share la Iklan untuk menderma atau sebagainya. Ini boleh sedikit sebanyak boleh menolong.

4. Saya juga selalu tunjuk apa yang saya makan di kedai atau restoren. Tidakkah itu melampau?
Jawapan saya : Sebagai orang dalam bidang makanan, saya mencari inspirasi atau ilham baru atau sesuatu yang unik dalam sudut makanan. Saya suka cari idea baru dan saya suka makanan yang dipersembahkan dalam bentuk yang cantik dengan pelbagai variasi rasa dan warna.
Suka saya jelaskan, saya juga memberi panduan penyediaan makanan dari sudut peribadi saya walaupun saya bukan Pakar Makanan. Saya juga menunjukkan makanan supaya menjadi inspirasi dan idea kepada orang lain untuk memasak. Apa yang saya persembahkan dalam ulasan dan huraian saya tentang makanan menggalakkan orang supaya menadi rajin dan kreatif apabila memasak.
Bahasa yang saya gunakan adalah Bahasa Pasar sahaja. Saya persembahkan ikut cara saya sahaja.
Apa yang saya nak bagitau. Niat kita la paling PENTING. HATI yang baik boleh lihat benda BURUK dalam sudut yang BAIK. TAPI Hati yang BUSUK lihat BENDA YANG BAIK dengan penuh BENCI dan KESUMAT.

Mak aii..panjangnya saya menulis. Baik saya siap-siap makanan dan hidangkan pada Abang Ensom, Tall n Dark dan anak-anak.. Bye..bye.






Selasa, 3 November 2015

CARA MENYIMPAN MAKANAN SEJUK BEKU.

Dapat ketupat dari Puan Lawyer Nik Suhaila Maawiah hari Sabtu lepas, tak sempat nak makan. Kita sumbat dalam freezer. Hari ni kukus. Masya Allah. Cantik lagi.

Ketupat lemak ni, cicah gula melaka/nisse cair. Alhamdulillah. Emm wallah..

Nota : Cara penyimpanan yang betul ialah apabila makanan masih baru lagi simpan di tempat beku. Bukan duduk di luar lama sehingga esoknya baru nak masuk freezer.
Bekukan yang masih baru dan elok serta kukus apabila nak makan.

Kalau gulai pun, ambil yang baru masak dan simpan di tempat beku. Teknik salah ialah menghangatkan berkali-kali, kemudian baru simpan di tempat beku. Sekiranya anda buat kenduri. Ambil seperiuk kecil atau sedang asingkan siap-siap. Bila yang periuk besar masih ada baki kita hangatkannya dan perlu dihabiskan malam tu juga. Yang periuk kecil itulah kita bekukan sebab tak terdedah. Kalau dari kampung bawa gulai ini. Bila nak makan panaskan dengan api perlahan dan letak sedikit air panas. Wah! Macam gulai baru.

Jika nasi yang ada rempah. Simpan ditempat beku nasi yang masih elok dan tidak ada sebarang bau kurang menyenangkan. Apabila keluarkan nyah beku dan kukus. Pastikan masih cantik dan seperti baru dimasak. Jangan nasi yang tak habis esoknya baru nak simpan dalam freezer. Ini akan mengundang mikrob/ kuman yang boleh menyebabkan sakit perut.


Ahad, 1 November 2015

SANDWICH O RANGOS


===================
Jom semak resepi Chef Ustazah :
Bahan-bahan dan cara :
Step 1.
1. 2 ulas bawang putih diracik halus. Cincang la kalau tak reti dan 2 biji bawang besar dipotong dadu.














2. Tumis dengan minyak zaitun.
3. Masukkan lauk. Sosej atau ayam, atau crab stik. Saya gunakan 4 batang crab stick dan 3 batang sosej yang dipotong seinchi setiap satu.














4. Masukkan serbuk 1 sudu kecil Lada hitam serbuk serta sedikit garam (1 sudu kecil/teh)
5. Tambahkan setengah cawan susu segar. Nak basah letak secawan.
6. Masukkan sayur : 1/2 batang karot, 1/2 biji capsicum dan 1/2 cili serta 1 biji tomato yang dipotong dadu.
7. Taburkan daun Oregano kering. Saya letak 2 sudu teh. Saya suka bau oregano. Rasa macam dok Italy terus..hihihi.



Step 2.
Roti disapu dengan telur menggunakan berus makanan. Jangan berus cat ya. Dan tabur serbuk roti. Tak de serbuk roti gunalah roti lama yang tak habis tu bakar sampai garing dan tumbuk lumat.
Susun roti dan letak isi yang siap dimasak.
Parutkan cheese/ tabur mozarela cheese. Tak de cheese jangan parut belacan pulak..hihihi.
Letakkan satu keping lagi roti yang sudah ditabur serbuk roti di atas.
Bakar.
Potong dan susun bertingkat macam apartment..hihihi.



Dah siap . EMM..LABAMBA CHICAGO MILANO!
Selamat Mencuba. Rugi tak try. Memang best!
Resepi by : CHEF USTAZAH

Jumaat, 30 Oktober 2015

WARDEL KACANG SOYA


STEP 1 :
Bahan-bahan utama. 
Bawang putih 3 ulas kasi tumbuk halus. 
Bawang besar 2 biji potong dadu. 
Sebatang karot potong dadu. 
Batang seleri potong halus. 
Udang buang kulit dan potong kecil. 
Bilis secawan basuh dan tumbuk kasar. 
Hampas kacang soya 2-3 cawan. 
Tambahkan garam dan gula.



STEP 2 :
Campur semua bahan dan uli sekejap.

STEP 3 :
Bulat-bulatkan dan tekan dan bentukkan macam wardel.














STEP 4 :
Tepung beras 4 cawan. 
Masukkan air 3 cawan dan garam 1 sudu besar, 
1 biji telur dan satu sudu kecil serbuk kunyit serta 1 sudu kecil baking powder.

STEP 5 :
Celup dalam bancuhan tepung/ bater
STEP 6 :
Angkat dengan sudu
















STEP 7 :
Goreng dalam minyak sederhana panas. Angkat dan toskan. Hiaskan dengan mayonis sebelum dihidang.


Selasa, 8 September 2015

RESEPI SOS VEGE STYLE USTAZAH.



Sangat baik makan sos sihat ni. Gabungan sayur dan yoghurt. Emm.. Yummy. Lemak berkrim. Sesuai makan dengan ayam goreng nuggets atau letak dalam roti.

Cara-cara menyediakannya :
1/2 batang karot.
1 biji tomato
2 hiris capsicum merah
2 hiris capsicum hijau.
3 inchi batang saleri
1/4 ulas bawang bombay.
Semuanya dipotong dadu halus.
1 cawan yoghurt plain
1 cawan mayonis.

Cara-caranya :
Campurkan semua bahan. Gaul rata. Makan Chicken Crackers Ball cicah ni sesuai sangat. Kalau nak sejuk. Sediakan awal dan letak dalam peti sejuk dulu sekejap.
Sedap tau! Berkhasiat pulak tu.

Salam Sayang.
Chef Ustazah.

Bengkel Katering September 2015

Ini antara resipi yang bakal di ajar.
Bengkel ini khas buat mereka yang mahu membuka catering sendiri.

Ustazah akan ajar cara memasak untuk tetamu seramai 1000 dan lebih..

Pelbagai menu hidangan untuk majlis perkahwinan. Hal ehwal 'service' dalam menghidang dan melayan tetamu. Kos kira-kira untuk memasak secara pukal serta doa-doa untuk diamalkan.
Semua dengan harga yang cukup murah!

Tarikh : 20/9/2015
Yuran : RM400
Lokasi : Kampung Pandan Dalam, KL
Hubungi : 013.9802465

Terhad kepada 15 orang sahaja. Less is more, gitu!









Isnin, 7 September 2015

CUCUR UDANG KANGKUNG.





Bahan-Bahan :

700 gram tepung gandum
1 sdm garam
1 sdm gula
Garam gula ikut rasa yg kita nak. Suka garam lebih tambah
garam, suka manis tambahlah gula.
1 biji telur
1/2 sdm baking powder.
Kangkung 1 ikat. Potong 2 inchi.
2 biji Bawang bombay potong dadu.
Kalau nal letak karot pun boleh. Parut halus atau potong memanjang.
Air untuk membancuh tepung.

Cara :
Satukan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan senang disendukkan.
Sendukkam dan masukkan dalam minyak panas.
Api kena kecil masa mula-mula nak letak adunan, kemudian jadikan apinya sederhana. Goreng sehingga garing.
Hidangkan dengan sos atau mayonis. Ummph wallah!
Selamat Mencuba resepi yang ringkas lagi senang ni ya.

Salam sayang,
Chef Ustazah.

PATUTKAH ANDA MEMBELI PERALATAN MODEN???

TIPS UNTUK SEMUA .

PATUTKAH ANDA MEMBELI PERALATAN MODEN?

Assalamualaikum wbt.
Selamat bertugas kembali kepada yang bekerja. Kepada surirumah Profesional selamat berkhidmat dengan penuh ceria.
Hari ni nak cakap pasal JIMAT CERMAT.
Saya selalu masak dari apa-apa bahan yang ada dalam peti ais dan bahan yang ada dalam dapur dahulu. Kena "create" sesuatu dan habiskan bahan-bahan kat peti ais tu dulu. Buat masakan bukan ikut resepi apa yang ada kat FB sahaja tetapi ikut bahan apa yang sudah ada di rumah. Ok kita masuk tajuk perbincangan kita hari ini.

WAJARKAH SAYA BELI PERALATAN MODEN UNTUK MEMBANTU KERJA-KERJA DAPUR?

1. Kalau rasa mahu sangat membeli peralatan moden seperti periuk magic, air fryer, bread maker, noodle maker atau apa-apa aje maksimakan penggunaannya.
Jangan beli time tengok kawan-kawan semua beli. Itu namanya kerana terpersona sahaja dan anda tertipu kerana godaan mereka sahaja.
Beli dan pakai sungguh-sungguh. Tak payah kalau nak beli setakat nak atur atas kabinet atau simpan dalam almari. Lama-lama rosak bukan kerana guna tapi kerana tak guna. Sayang nak pakailah, takut nak gunalah, tak tahu cara atau sebagainya. Itu alasan anda sahaja. Carilah penyelesaiaannya. Oleh itu, bila beli, mesti pakai. Nanti suami anda akan sindir. "Alah yang dulu beli pun tak guna lagi, tak pernah pun buat kuih sebiji. Ini ada hati nak beli yang lain pula. Baiklah awak lupakan. Kan dah kecil hati kalau dia kata macam tu kan. Pasal apa? Sebab itu kita tak maksimakan penggunaannya.

2. Cubalah berbagai resepi yang ada untuk memberi rasa seronok anda memasak. Variasikan masakan anda dengan aneka lauk, aneka warna dengan cara plating yang pelbagai. Kalau beli asyik masak itu juga..tak payahla beli. Contoh beli periuk magic kalau sekadar nak rebus telur. Baik rebus atas dapur kita yang lama la ya. Cubalah resepi Nasi Arab, Beriani, kek kukus, aneka sup, bubur dan lain-lain. Ambil gambar dan share resepi kat FB, Whatsapp dll. Ini sebagai motivasi supaya kita lagi rajin masak. Bila kawan puji, seronok kita. Lagi lama, lagi banyak kita nak try resepi baru. Tak de la asyik dok masak sup ayam, sup ayam, sup ayam sahaja. Suami pun kenyang, hati pun riang.

3. Memang peralatan moden ni agak mahal harganya. Oleh itu, menabunglah dahulu. Jangan main beli sahaja. Lepas tu baru dok garu kepala mana nak bayar bil itu ini. Jangan risau, stok pasti ada.. juru jual pasti cakap dah nak habis stok. Alah dia nak menjual, mestilah ada barang kan? Target dulu apa nak dibeli, berapa harganya? Kemudian simpan duit dulu. Berapa lama kita akan dapat barang ni. Simpan RM100 atau RM200, lama-lama dapat beli juga. Ini ikut kemampuan kita menyimpan.
Kalau saya sendiri pula begini caranya. Saya sekali-kali tidak akan mengambil wang dari perbelanjaan saya atau gaji saya atau catu keperluan saya semata-mata nak beli barang. Tetapi, saya akan menjual barang lain dan membuat keuntungan. Dari keuntungan itu saya simpan dan dapat beli satu produk atau peralatan idaman saya satu persatu. Lama-lama penuh juga peralatan moden saya di dapur. Saya tidak perlu mengemis duit suami untuk membeli. Saya hanya fikir macamana saya boleh buat duit untuk membeli apa yang saya cita-citakan. Anda pun boleh buat begitu dan sekarang mulakan berfikir nak buat bisnes apa dan nak buat untung berapa untuk beli barangan yang anda minati.
Ok..kalau rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.
Selamat Memasak Di Dapur Idaman Anda dengan Penuh Ceria.

Salam Sayang,
Chef Ustazah.

Khamis, 27 Ogos 2015

RESEPI AYAM SUNQUICK STYLE USTAZAH.

  • 1 ekor ayam
  • Pes Perap Ayam Berempah Ustazah
  • 1/2 cawan Sunquick.
  • 1/2 cawan Yoghurt
  • 1 1/2 sdb lada hitam tumbuk kasar.
  • 2 sdb daun oregano kering.
  • 1/2 cawan madu.

Cara :
  • Perap ayam bersama pes serta sunquick dan Yoghurt. Taburkan serbuk lada hitam kasar, oregano.
  • Panggang ayam di dalam oven. Bila hampir masak, ambil baki perapan dan campurkan madu. Lumurkan pada ayam dan panggang sehingga cantik berkilat masaknya.
  • Mudah bukan?
  • Berminat untuk membeli pes Ayam Berempah?
  • Hubungi Tuan Wan Abdullah Suhaimi 0199378679.


RESEPI SARDIN BUAT SENDIRI


"Boleh tak Ustazah post semula resepi sardin!"
Atas permintaan ramai Ustazah bagi sekali lagi.. Rupanya ramai peminat ikan sardin ya!
Kali ni dapat resepi, masak terus dan share gambar kat sini macamana rupanya dan bagitau rasanya ya!

Jom buat sendiri Sardin Cap DAJAJ.

Bahan-bahannya :
1 kg ikan selayang/ sardin segar.
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih kisar.
2 biji Buah tomato didadu kasar
1/ 2 cawan tomato puri.
1/ 2 cawan tomato sos
1 sdt Serbuk lada putih.
Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
Air secukupnya ( 1 jug, masuk sedikit demi sedikit)
Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.
3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.
4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.
5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.
Tambahan :
**************
  • Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.
  • Nak tumis dengan cili kering kisar pun boleh untuk pedas.
  • Nak tambah daun kari pun boleh. 
  • Ada juga orang tambah tepung gandum untuk pekatkan kuah.


Nota : Dajaj Maksudnya : Ayam dalam kamus Marbawi..hehehe.

https://www.facebook.com/resepichefustazah


Sabtu, 8 Ogos 2015

"Kordial Durian Belanda"




Ini kordial asli, bukan sekadar perisa tambahan.
Ustazah berbesar hati untuk membuka peluang perniagaan ini untuk rakan niaga baru. 
Tertakluk kepada mereka yang bermukim di Lembah Klang dan Kota Bharu sahaja dulu.
Sms atau whatapps <daerah> <nama> <no telefon> ke 0139802465.
1 Daerah 1 Rakan Niaga. Siapa cepat, dia dapat.

Pengenalan, Manfaat dan kelebihan:

Tahukah anda, Durian Belanda merupakan Penawar Kanser Semulajadi?
Durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10,000 kali lebih kuat daripada kimoterapi menurut satu kajian tertutup oleh pengusaha ubatan dunia.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / penawar kanser semulajadi yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.
Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.


Rahsia penyelidikan semula ini didedahkan oleh Institut Sains Kesihatan Amerika, mendapati pokok dan buah Durian Belanda ini berupaya:
- Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
- Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
- Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
- Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Selasa, 26 Mei 2015

RESEPI TARTAR SOS CHEF USTAZAH

===============================
Sos ini boleh dimakan dengan ayam, ikan, sotong goring tepung atau disapu pada burger.
Selamat mencuba!
Bahan untuk Sos Tartar
**************************
1) 2 biji telur yang direbus : dicincang halus
2) Mayonis (2 cawan)
3) Pickle - dicincang halus (1 sudu besar)
4) Bawang besar kuning – 2 biji dicincang halus dan dimasukkan dalam kain net/maslin dan diperah airnya
5) Capsicum (hijau/merah) –dicincang halus
6) Jus lemon (2 sudu besar)
7) Serbuk lada putih
8) Gula (1/2 sdm)
9) Daun oregano kering (1 sdm))
Cara :
1. Masukkan mayonis di dalam mangkuk.
2. Campurkan semua bahan.
3. Masukkan gula, serbuk lada putih.
4. Kacau rata.
5. Taburkan daun oregano


RESEPI CILI JERUK USTAZAH

.
=========================
Bahan-bahanya :
10 cili hijau.
Gula 1-2 sudu makan.
Garam 1 sdm.
Cuka 5-8 sudu makan. (ikut masam masin manis yang kita nak.) Air suam 1/2 cawan.
Cara-caranya :
1. Cili hijau dipotong nipis.
2. Rendam dalam air panas 5-10 minit.
3. Basuh dan masukkan garam, gula, cuka makan dan sedikit air suam.
4. Kacau rata dan jerukkan.
5. Boleh dimakan terus atau simpan di dalam peti ais untuk tahan lebih lama.



Selasa, 21 April 2015

Bengkel Professional Nasi Arab.


Tarikh : 26/4/2015.
Yuran : RM850.
Di bengkel ini, Ustazah akan mengajar module penuh bagi mereka yang mahu menceburi bidang masakan Nasi Arab.

Sudah ramai yang hadir dan telah memulakan langkah berniaga sendiri.
Yuran ini terlalu murah, berbanding anda mahu terbang sendiri ke Negara Arab Saudi untuk belajar memasak Nasi Arab. Kelas bermula jam 10 pagi sehingga anda pandai.
Tempat terhad, kelas ini dibuat khas bagi mereka yang mahu menjalankan bisnes yang serius.
Hubungi 013.980 2465 untuk pendaftaran segera.






Selasa, 14 April 2015

BENGKEL MASAKAN MEI 2015

BENGKEL MASAKAN MEI 2015
*************************************
Assalamualaikum. wbt.
Kepada Peminat Dunia Masakan.
Dah keluar Jadual Ustazah Cooking Classses untuk bulan Mei 2015. Kak Gayah, Kak Senah, Kak Nora deniss, Kak Nelupar, Abang Eron atau Abang Eman Manang atau sesiapa sahaja yang minat nak belajar masak dan minat nak buat bisnes masakan bolehlah cepat-cepat daftar,
Tak rugi belajar masak tau. Tau tak, yang belum kahwin atau yang dah kahwin pun dengan belajar masak ni dapat meningkatkan keyakinan diri.. Mat Salleh kata apa : "SELF ESTEEM' ke apa? hihihi. Kalau tak pandai masak, malu-malu kucing la sikit kan. Tak apa, jangan susah hati kalau pertama kali pegang senduk atau sudip pun boleh datang,
Yang sudah PRO pun sama. Hang Topi Tinggi ke, pakai kopiah ke, boleh sertai juga. Yang ada kumis tipis, janggut panjang atau tak de misai pun boleh datang. Yang Parti Roket, Parti Timbang Kati, Parti Bulan Pernama atau tak de parti pun boleh datang belajar. Kita kat kelas tak de bias-bias itu ini ya. Kita ajar masak sahaja. Kalau nak pangkah pergi kat tempat lain..hehehe.
ok..let's check it out..

1. BENGKEL YONG TAU FO
Tarikh : 3 MEI 2015
Tempat : Kg Pandan KL
Yuran : RM280

2. BENGKEL NASI KUKUS
Tarikh : 10 Mei 2015
Tempat : Kg Pandan KL
Yuran : RM350

3. BENGKEL NASI ARAB ASAS
Tarikh : 17 Mei 2015
Tempat : Kg Pandan KL
Yuran : RM380

4. BENGKEL ASAS KATERING
Nasi Tomato dan Nasi Minyak Hujan Panas.
Tarikh : 31 Mei
Tempat : Kg Pandan KL
Yuran : RM380
Yang berminat sahaja . Yang tak minat pergi main jauh-jauh. hahaha.
TAIP : Saya nak sertai .... (SEBUT NAMA BENGKEL)
dan sms/whatsapp ke 013-9802465


Jumaat, 10 April 2015

MODUL BENGKEL NASI KUKUS AYAM BEREMPAH. MEI 2015


Pelajari :
1. Teknik menghasilkan Nasi Kukus yang sedap dan wangi.
2. Cara Membuat Kuah Kerutuk Asli.
3. Cara Membuat Kuah Kari
4. Membuat Kuah Sambal Kicap.
5. Cara Membuat Pes Ayam Goreng Berempah.
6. Cara membuat Sambal Jantan.

Bengkel akan diadakan pada 10 Mei 2015, dengan yuran berharga RM350 sahaja.
Hubungi 013.980 2465 untuk pendaftaran segera.




Isnin, 6 April 2015

RESEPI PENYEDIAAN AIR STOK USTAZAH

Bahan-bahannya :
- Tulang Ayam/ tulang Lembu/ Leher atau Kaki Ayam 
- Air secukupnya
- Halia 2 inci diketuk-ketuk
- 2 biji bawang besar dipotong 4
- 2 ulas bawang putih dimayam
- Kayu manis 2
- Buah pelaga 3
- 2 sudu garam
- 2 biji Tomato di potong 6
- 2-4 biji kentang potong 4
- 4 helai Daun bay.
- Akar daun ketumbar, akar daun pudina, akar daun sup dibasuh bersih
- Kulit carot yang dikupas.
- 3 sudu serbul lada putih/ lada hitam.
Cara-cara :
1) Rebus semua bahan diatas dengan api kecil sebaik-baiknya 5 jam.
2) Tapis semua bahan dan ambil airnya sahaja. Bungkuskan di dalam plastic kecil, untuk mudah diasingkan dan dipakai kelak.
3) Air stok tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk beku supaya boleh bertahan untuk tempoh yang panjang.
4) Untuk kegunaan segera, anda boleh merebus dengan minima masa sejam di atas dapur api kecil.
Selamat mencuba.



Jumaat, 3 April 2015

PETUA MASAK SEDAP




Nak masak apa hari ni ya? Tak kisah la masak apa, tapi mesti niatkan sebagai ibadah. Insya-Allah, dapat PAHALA. Jom masak! Sebelum tu..
  1. Ikhlaskan niat.
  2. Mulakan denga baca Bismillah dan selawat. Baca " Ya Latif! 7 kali.. Diikuti dengan " ALLAHU LATIFUN BI IBADIHI YARZUQU MAN YASAA' WA HUAL QAWIYUL AZIZ." Mudah-mudaha lembutlah hati orang makan-makan makanan yang dimasak.
  3. Pilih bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Gunakan bahan baik dan bermutu tinggi.
  4. Ceria di dapur.
  5. Rancang jadual.
  6. Mulakan dengan yang mudah dahulu.
  7. Atur, bahan-bahan di depan supaya senang anda nak mencapainya bila nak masak.
  8. Bila mengacau adunan/masakan sila kacau berlawanan dengan arah jam.Ia adalagh sunnah, seperti tawaf. Insya-Allah memberi tenaga kepada orang yang memasak dan orang yang makan
  9. Jangan sesekali merungut ketika masak.
  10. Sebaik sahaja masak, persembahkan seperti Raja Besar yang akan santap makanan anda, walaupun anda masak hanya telur goreng atau ikan kering sahaja.
  11. Berdoalah supaya makanan yang dihidangkan itu disukai dan dinikmati sebaik-baiknya oleh sesiapa sahaja, tak kira apa yang anda masak SIMPLE atau yang SPECIAL.

Sesungguhnya makanan itu boleh membentuk hati yang baik dan beriman.
SALAM CERIA,
Chef Ustazah.

Rabu, 1 April 2015

Jadual Terkini!
BENGKEL MASAKAN UCC APRIL 2015
===============================
1. BENGKEL YONG TAU FO SG PETANI, KEDAH 
Tarikh : 4 APRIL
Tempat : No 17B, Jalan seroja 4/7, Taman Amansuria Sg Petani Kedah
Yuran : RM280
Hubungi : Suria 0134511151
2. BENGKEL YONG TAU FO IPOH, PERAK
Tarikh : 5 April
Tempat : Jwan Delight, Kg Tebing Tinggi, Ipoh Perak
Yuran : RM280
Hubungi : Sis Rizlea Safuan
3. BENGKEL NASI KUKUS AYAM BEREMPAH KL
Tarikh : 12 April
Tempat : No4, Lorong Bersih D2, Kg Pandan Dalam, KL
Yuran : RM350
Hubungi : 013-9802465 Chef Ustazah
4. BENGKEL YONG TAU FO IPOH, PERAK
Tarikh : 18 April
Tempat : Kelas Masakan Saidah, Taman Song Choon ipoh perak. 
Yuran : RM280
Hubungi : Puan Saidah 0195912194
5. BENGKEL YONG TAU FO PENANG
Tarikh : 19 April
Tempat : No 14, Pusat Perniagaan Merbau Jaya,Taman Merbau Jaya, Sg Dua Butterworth.
Hubungi : Puan Suzana Raman 019-4741363
6. BENGKEL NASI ARAB PROFESIONAL, KL
Tarikh : 26 April
Tempat : No4, Lorong Bersih D2, Kg Pandan Dalam, KL
Yuran : RM350
Hubungi : 013-9802465 Chef Ustazah