Halaman

Ahad, 19 Disember 2010

PENTINGKAH MASAK SENDIRI?

Kesibukan dunia moden hari ini menjadi sebab utama yang menghalang seorang wanita atau seorang ibu untuk menyediakan masakan atau makanan untuk diri sendiri, suami dan keluarga.  Alasan yang diberi tidak sempat, sibuk, banyak tugasan dan pelbagai alasan lagi.  Kalau kita soroti sejarah ibu kita dahulu juga, kebanyakan mereka juga adalah adalah wanita yang berkerjaya, contohnya ada sebagai penoreh getah, penanam padi, petani dan macam-macam lagi yang dilakukan untuk membantu suami mencari rezeki yang halal.  Namun mereka iaitu ibu-ibu zaman dahulu masih sempat menyediakan masakan-masakan yang istimewa untuk suami dan anak-anak tetapi kenapa kita wanita di zaman IT tidak sempat melakukannya.  Ada beberapa faktor :
  1. Banyak pilihan makanan di restoren-restoren atau gerai atau kantin yang menjual pelbagai masakan.  Kata mereka semua ada,  sediakan duit sahaja kita boleh makan apa sahaja yang diingini.
  2. Menjimatkan masa.  Lagi pun kata mereka : " Kalau belikan senang. Balik tak payah susah-susah berjam-jam di dapur, nak sediakan bahan lagi, nak masak lagi.  Dah makan kena kemas lagi..aduh! Penatlah.".  Inilah alasan utama.
  3. Tidak pandai masak.  Ramai juga yang memberi alasan tidak tahu masak.
  4. Malas.  Sebenarnya inilah yang paling utama sebagai penghalang terbesar dalam diri seseorang untuk masak.  Apa mereka kata : " Malaslah saya.. rimas di dapur lama-lama.  Banyak lagi kerja yang boleh saya buat." atau kata mereka ; "Serba salah nak masak, tak tau apa yang nak masak.. asyik lauk sama sahaja." dan lain-lain lagi alasan kerana Malas.
Persolannya, Pentingkah Masak Sendiri.
  1. Halal Haram Makanan dapat kita kawal.  Ini aspek terpenting.  .  Sejauhmanakah kita tahu bahawa makanan yang dimasak itu Halal?  Apabila kita sendiri yang masak, kita sendiri akan menentukan apa yang masuk ke dalam perut kita dan keluarga adalah sesuatu yang Halal.
  2. Aspek kebersihan.  Dapatkah kita jamin apa yang dimasak itu bersih, selamat dan terjamin kualitinya.  Sudah tentu jika sendiri yang masak kita akan memilih sesuatu yang bersih dan terbaik untuk kita. Kita juga sering mendengar ada orang sakit perut, atau cirit- birit, atau alahan apabila semalamnya mereka pergi kenduri atau makan di sana-sini yang tidak dapat kita kawal atau lihat aspek kebersihannya.
  3. Berkat Air Tangan Ibu atau Air Tangan Isteri. Air tangan ibu/ isteri mampu menjadi asbab untuk anak-anak atau suami mendengar kata.  Air tangan ibu boleh melembutkan hati dan mengikat kasih sayang di antara keluarga.
  4. Menjimatkan kos. Harga barangan yang semakin meningkat sepatutnya menjadikan kita orang yang semakin mengamalkan gaya hidup JIMAT CERMAT.  Tidak salah sekali-sekali makan di luar TETAPI bukan setiap hari .
  5. Kesimpulnnya :Firman Allah:
               
    n      وكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلاَلاً طَيِّبًا
    Maksud:
                “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik . (al-Maaidah: 88)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan