KISAH SEHARI SERONOK DAN GEMBIRA DENGAN JUNIOR CHEF!
Alhamdulillah Program Junior Chef telah tamat. USTAZAH COOKING CLASSES telah telah berjaya menganjurkan 1 Kelas Masakan yang sangat menarik iaitu Program Junior Chef untuk kanak-kanak sekolah Rendah pada 22 hb Disember 2011 yang lepas. Pelbagai aksi menarik dapat dilihat dalam Program yang dijalankan ini, semuanya mencuit hati.
Dalam Program Junior Chef ini Kanak-kanak diajar menyediakan makanan kegemaran mereka seperti ayam ala KFC. Bermula memperkenalkan bahan 1 persatu (tepung-tepung, sayur-sayur, peralatan dll) dari memotong ayam, membuat tepung untuk ayam, mengupas kentang, memotong bawang, kobis, karot semua terpaksa ditunjukkan 1 persatu. Mereka semua sungguh berminat dan hendak melakukan sendiri setiap step step yang diajar. Ustazah pulak yang takut sebab ada yang terlalu kecil iaitu Harith Damien yang baru berumur 7 tahun, yang sangat rajin dan nak buat semua perkara. Bila ustazah kata, tak payah lah bagi kakak-kakak yang buat, terus merajuk dan tarik muka, merah pulak mata dia. Alahai, terpaksalah bagi juga. Mak terpaksalah Ustazah pegang tangan dia waktu kopek kentang, potong kobis dan karot. Ustazah juga terpaksa angkat dia atas kerusi bila time nak menggoreng dan pegang dia supaya tak jatuh..takut dan bimbang ada juga..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Mereka sungguh seronok melihat ayam yang digaul, digoreng dan sangat teruja untuk merasanya. Ustazah juga ajar adik-adik ni buat Mashed Potato, maka kentang diberi 2 biji seorang untuk lecek-lecek, lagilah mereka suka. Lepas tu ajar buat sos Mashed Potato. Ajar lagi nak buat Coleslaw. Ha..ha.. Wek..wek bila time rasa.. kenapa ni masin sangat?. Rupanya bila time suruh masukkan garam, 1 sudu sorang garam dimasukkan dlm bekas tu..hasilnya Coleslaw Junior Chef masin terlajak..Ini lah proses belajar, ada yang betul ada yang silap.. Semua pakat gelak ramai. Sesi yang ditunggu..apalagi makanlah JUNIOR CHEF ni dengan berselera sekali, maklumlah dan penat masak kata mereka.
Modul kedua JUNIOR CHEF tidak kurang hebatnya, Ustazah menunjukkan cara-cara menyediakan dan menghias Banana Split. Wah..kemain lagi seronoknya mereka diberikan pertandingan menghias Banana Split yang paling cantik secara berkumpulan. Semua tunjuk bakat yang terpendam..Riuh rendah mereka menghias aiskrim supaya cantik dipandang dan bagi mereka makan dengan kepuasan tak terhingga. Seterusnya, belajar menyediakan makanan berasaskan roti yang digemari kanak seperti, Roti Omelete, Roti Sosej da Sardin Bread Crumb. Suka kemain lagi bila diberi peluang menggelek roti, mencelup telur dan bread crumb, dan menggoreng. Sudah masak, makan lagi!. Acara diteruskan lagi dengan Ustazah mengajar kanak-kanak Junior Chef membuat aiskrim Oreo. Kanak-kanakkan suka makan aiskrim. Riang terpancar diwajah kanak-kanak Junior Chef ni. Last sekali, Ustazah ajar mereka menyediakan Ice Blended Coklat. Suka hati mereka bila diberi peluang menyembur Whipped Cream pada Ice Blended masing-masing. Oh..Sedapnya! Ah..Leganya..Wow! Bestnya. Itulah yang terpancul dibibir kanak-kanak Junior Chef ini.
Akhir sekali, Ustazah menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta JUNIOR CHEF yang berupa barang-barang peralatan masak, ada yang sudip, kuali, senduk, pemarut buah dan lain-lain. Seterusnya sesi ditutup dengan acara penyampaian Sijil. Semoga semua peserta kecil ini dapat menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Sebenarnya ibubapa perlu memberi peluang kepada anak-anak menunjukkan bakat masing-masing untuk memasak. Anak-anak sangat gembira jika diberi peluang yang sama untuk membantu seperti memotong, menghias, mengambil peralatan dan lain-lain lagi termasuklah memasak. Kreativiti mereka akan terserlah jika mereka diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dengan member tugasan yang simple dan menyeronokkan.
Tugas di dapur bukanlah milik mutlak wanita, bukanlah juga tugas professional milik mutlak kaum lelaki tetapi memasak adalah salah aktiviti, hobi, pekerjaaan untuk semua. Oleh itu latihlah anak-anak anda tidak kira perempuan atau lelaki untuk memasak atau sekurang-kurangnya membantu anda di dapur. Biasakan mereka di dapur supaya tidak kekok bila berada di mana-mana sahaja. Mereka akan menjadi orang serba boleh, ringan tulang dan ceria apabila dapat membuat kerja rumah.
Sekian sahaja untuk kali ini. Untuk menyertai kelas Masakan Ustazah Cooking Classes dengan pelbagai modul lagi boleh hubungi no 012-9404066/0129404077.
Salam Ceria,
Chef Ustazah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan