Rabu, 26 Oktober 2011

KURSUS MASAKAN NASI ARAB USTAZAH COOKING CLASSES


KURSUS MASAKAN NASI ARAB : SEMUA PESERTA SUKA
MAKAN KAMBING.
 
Alhamdulillah, Kursus Masakan Nasi Arab anjuran Ustazah Cooking Classes pada 23 hb November  telah berjalan dengan jayanya.  Peserta-peserta Kursus Masakan Nasi Arab kali ini ada yang datang dari Temerloh iaitu dua orang Ustazah dan ada seorang peserta dari Kota Bharu, Kelantan seorang penguasaha makanan segera di salah sebuah food court di sana.  Apa yang paling istimewa ada seorang peserta yang sangat tidak asing bagi penggemar Kursus Masakan berasaskan coklat.   Beliau ialah Chef Amer (Amer Hamzah) iaitu Master Choclatier.
                Rupanya semua yang hadir Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes adalah orang yang memang suka Nasi Arab.  Soalan lazim yang saya tanya kepada peserta : Semua boleh makan kambing tak?.  Sebab kebiasaannya saya setiap kali Kursus Masakan Nasi Arab dibuat ada sebelingan kecil peserta tak gemar atau tidak boleh makan kambing.  “ Boleh!, Suka lagi makan kambing.” Jawab peserta.  Inilah kali pertama saya jumpa semua peserta Kursus Masakan Nasi Arab boleh makan kambing.  Bagus lah kalau begitu, kerana kebiasaannya saya akan membuat 2 hidangan 1 kuah/ gulai  kambing  dan 2 kuah ayam  sebab kesian pada peserta.
                Kursus Masakan Nasi Arab kali ini Modul Pertama seperti biasa saya mulakan dengan mengajar cara memasak Nasi Maqlubah yang sangat lazat dan berkhasiat.  Maklumlah ada sayur-sayuran seperti bunga kobis, lobak merah, kentang dan terung yang digoreng wangi dan diletakkan dalam Nasi yang dimasak bersama rempah ratus serta lauk di dalamnya.  Kemudian, ada kuah kerutuk kambing untuk tekak orang Melayu bagi yang tak boleh nak telan nasi tanpa kuah. Selain itu, saya turut mengajar bagaimana nak sediakan 2 Salatoh atau Acar Arab . Satu ada laban (youghurt) satu lagi tak de laban. Selepas itu, peserta akan melihat bagaimana penyediaan atau proses membuat Mashwi (Ayam Bakar) serta Kambing Tandoori Bakar .  Acara tidak selesai di situ bila saya mula mengajar bagaimana menyediakan Falafil (seperti Wardil makanan kaum India)dan membuat Humus( jem utk.roti Arab) sendiri .
                Modul ke-2 Kursus Masakan Nasi Arab Ustazah Cooking Classes  juga tidak kurang hebatnya iatu Nasi Mandhy iaitu Nasi Arab yang sangat popular di Malaysia.  Selepas menunjukkan cara-cara memasak Nasi Mandhy Kambing, saya menunjukkan cara-cara menyediakan Chicken Mandhy pula.  Seterusnya saya masuk kepada Modul FREE yang diberi kepada peserta-peserta istimewa ini iaitu Belajar Memasak Nasi Kabsah Ayam pula yang seakan Nasi Tomato tetapi di dalamnya ada Mix Vege. Selepas itu saya bagi lagi resepi hebat bagaimana nak menyediakan Syurbah (Sup/ Kuah). Kali ini saya pilih Bistik Daging yang sangat sesuai di makan dengan Nasi Arab.
Seperti biasa sesi yang ditunggu-tunggu ialah Sesi Makan. Alhamdulillah, semua peserta sangat berpuas hati dengan setiap hiadangan yang telah dipelajari.  Semua kata : SEDAP!! Kata Chef Amer yang paling disukai ialah Kambing Bakar yang sangat lazat.  Kesekuruhan peserta meletakkan Nasi Arab Maqlubah pada tangga pertama dari segi rasa Nasi sama seperti peserta-peserta kursus Masakan Nasi Arab dalam siri-siri yang lalu. Istimewa bukan? Bukan sahaja belajar banyak modul dapat Free Modul lagi, dapat pula 6 hadiah istimewa dari Ustazah Cooking Classes , selain dapat membawa balik sample makanan yang telah dipelajari hari tersebut.  Maka dapatlah orang di rumah seperti suami, isteri atau anak-anak dapat merasa sama apa yang telah dipelajari peserta dalam Kursus Masakan Nasi Arab anjuran Ustazah Cooking Classes.  Acara berakhir dengan upacara penyerahan sijil kepada semua peserta.  Baju masing-masing dah bau Nasi Arab dan kambing bakar..ha..ha..ha
Kepada yang telah menyertai Kursus Masakan Nasi Arab anjuran Ustazah Cooking Classes, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya, tidak kira kepada yang ingin membuka Kedai Nasi Arab, atau ingin menambah menu di restoren mereka atau datang sekadar hobi memasak  atau penggemar Nasi Arab. Ustazah berharap semua boleh mencuba memasak Nasi Arab tersebut mulai sekarang. 
Kepada yang belum menyertai tetapi sangat berminat untuk turut serta boleh hubungi Cik Nini di talian 012-9404066 SEKARANG. Kepada yang sudah menyertai pula, Ustazah juga akan mengadakan KURSUS MASAKAN NASI ARAB SIRI 2 untuk Modul Nasi Arab dengan mengemukakan menu-menu hebat lain pula di masa akan datang. Tungguuu!!
SAYA BERMINAT NAK DAFTAR SEKARANG !
CEPAT CALL NO : 012-9404066 UNTUK MENDAFTAR KURSUS MASAKAN NASI ARAB
Wassalam.
Salam Sayang,
Chef Ustazah

2 ulasan:

  1. as salam ustazah. saya sgt berminat utk menyertai kursus masakan nasi arab. Bila kelas akan dijalankan dan dimana yer. Saya di segambut dalam. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.

    Berapa yurannya, ustazah?

    BalasPadam