Ahad, 26 Jun 2011

NASI ARAB OH NASI ARAB!

Alhamdulillah, bulan ini sahaja saya menerima banyak panggilan telefon untuk booking Kelas Belajar Memasak Nasi Arab.  Mnggu lepas saya buat Kelas Masakan anjuran Kolej Komuniti dan Pejabat Pembangunan Wanita, bila tiba time modul Nasi Arab, tiba-tiba peserta Program Masakan 1 Malaysia berambah dari  2 hari sebelumnya.  Memang nampak sangat ketara, minat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta yang hadiri memang luar biasa.  Semua seolah-olah tertunggu masakan istimewa kegemaran ramai masakini iaitu Nasi Arab.
          Selaku trainer Ustazah Cooking Classes saya cuba menyampaikan skill memasak Nasi Arab sebaik mungkin.  Alhamdulillah peserta-peserta begitu teruja untuk belajar dan mereka menunjukkan minat dengan bertanya dan mencuba bersama-sama memasak dengan saya.  Pendekkata meriah sungguh kelas saya.  Kali ini 2 modul Nasi Arab saya perkenalkan iaitu Nasi Maqlubah dan Nasi Mandhy berserta lauk pauknya.  Siap dengan lauk ayam dan kambing bakar juga sayur-sayur salatoh (acar), set roti Arab (humus dan falafel).  
          Bila tiba time makan, semua tak lepaskan peluang terkam dan makan habis-habisan.  Saya sungguh gembira melihat mereka makan dengan berselera sekali.  Ada yang berkata : Kalau begitu tentu saya nak jual nasi Arab selepas ni.  Kepada yang sedang menunggu jadual diatur oleh pihak saya, Ustazah memohon ampun dan maaf berbanyak-banyak di atas kelewetan yang berlaku.  Kepada yang belum lagi mendaftar untuk musim ini boleh berbuat demikian sekarang!  Hubungi saya ) 013-9802465.  Setakat ini saya cuba menjanjikan Kelas Belajar Nasi Arab terbaik dan termurah di dalam pasaran.  Bukan sekadar anda boleh makan sendiri atau masak sendiri NasiArab, malah diberi bimbingan yang Sangat SIMPLE tetapi MUDAH  disediakan.  SELAMAT MEMASAK!

HUBUNGI SEKARANG UTK TEMPAHAN KELAS.
013-980465. (ustazah)/ 0129404066 (Cik NINI)


MASAKAN ARAB
MASA  : 10.00-1.00 TGHARI

NASI MAQLUBAH

1.Nasi Arab Jordan (MAQLUBAH)
2.Salatoh @ Jelatah Arab
3.  Ayam Bakar Berempah dengan Rempah Arab
4.  Sambal
5.  Free Recipe : Kerutuk Hitam

MODUL 10 :  Masakan Jualan
MASA 2.30-5.30
NASI MANDY
  1. Penyediaan Nasi Mandy
  2. Salatoh
  3. Kambing Bakar
  4. Ayam Bakar Tandori
  5. Kuah Tomato Daging Cincang
  6. Humus
  7. Falafil
PESERTA AKAN DIDEDAHKAN PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK KATERING.  JUMLAH BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN, BAJET DAN CARA MENENTUKAN HARGA HIDANGAN/ MAKANAN.
NOTA : 

MODUL PENGAJARAN YANG DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK HIDANGAN KATERING 20-50 ORANG HINGGA 100 ORANG SAHAJA.  MODUL INI HANYA SESUAI BAGI MEREKA YANG BARU INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN NASI ARAB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan