Ahad, 26 Jun 2011

NASI ARAB OH NASI ARAB!

Alhamdulillah, bulan ini sahaja saya menerima banyak panggilan telefon untuk booking Kelas Belajar Memasak Nasi Arab.  Mnggu lepas saya buat Kelas Masakan anjuran Kolej Komuniti dan Pejabat Pembangunan Wanita, bila tiba time modul Nasi Arab, tiba-tiba peserta Program Masakan 1 Malaysia berambah dari  2 hari sebelumnya.  Memang nampak sangat ketara, minat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta yang hadiri memang luar biasa.  Semua seolah-olah tertunggu masakan istimewa kegemaran ramai masakini iaitu Nasi Arab.
          Selaku trainer Ustazah Cooking Classes saya cuba menyampaikan skill memasak Nasi Arab sebaik mungkin.  Alhamdulillah peserta-peserta begitu teruja untuk belajar dan mereka menunjukkan minat dengan bertanya dan mencuba bersama-sama memasak dengan saya.  Pendekkata meriah sungguh kelas saya.  Kali ini 2 modul Nasi Arab saya perkenalkan iaitu Nasi Maqlubah dan Nasi Mandhy berserta lauk pauknya.  Siap dengan lauk ayam dan kambing bakar juga sayur-sayur salatoh (acar), set roti Arab (humus dan falafel).  
          Bila tiba time makan, semua tak lepaskan peluang terkam dan makan habis-habisan.  Saya sungguh gembira melihat mereka makan dengan berselera sekali.  Ada yang berkata : Kalau begitu tentu saya nak jual nasi Arab selepas ni.  Kepada yang sedang menunggu jadual diatur oleh pihak saya, Ustazah memohon ampun dan maaf berbanyak-banyak di atas kelewetan yang berlaku.  Kepada yang belum lagi mendaftar untuk musim ini boleh berbuat demikian sekarang!  Hubungi saya ) 013-9802465.  Setakat ini saya cuba menjanjikan Kelas Belajar Nasi Arab terbaik dan termurah di dalam pasaran.  Bukan sekadar anda boleh makan sendiri atau masak sendiri NasiArab, malah diberi bimbingan yang Sangat SIMPLE tetapi MUDAH  disediakan.  SELAMAT MEMASAK!

HUBUNGI SEKARANG UTK TEMPAHAN KELAS.
013-980465. (ustazah)/ 0129404066 (Cik NINI)


MASAKAN ARAB
MASA  : 10.00-1.00 TGHARI

NASI MAQLUBAH

1.Nasi Arab Jordan (MAQLUBAH)
2.Salatoh @ Jelatah Arab
3.  Ayam Bakar Berempah dengan Rempah Arab
4.  Sambal
5.  Free Recipe : Kerutuk Hitam

MODUL 10 :  Masakan Jualan
MASA 2.30-5.30
NASI MANDY
  1. Penyediaan Nasi Mandy
  2. Salatoh
  3. Kambing Bakar
  4. Ayam Bakar Tandori
  5. Kuah Tomato Daging Cincang
  6. Humus
  7. Falafil
PESERTA AKAN DIDEDAHKAN PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN UNTUK KATERING.  JUMLAH BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN, BAJET DAN CARA MENENTUKAN HARGA HIDANGAN/ MAKANAN.
NOTA : 

MODUL PENGAJARAN YANG DISEDIAKAN KHUSUS UNTUK HIDANGAN KATERING 20-50 ORANG HINGGA 100 ORANG SAHAJA.  MODUL INI HANYA SESUAI BAGI MEREKA YANG BARU INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN NASI ARAB

Selasa, 21 Jun 2011

INGIN MENJADI USAHAWAN MASAKAN ARAB...

INGIN MENJADI USAHAWAN MASAKAN / HIDANGAN ARAB

Hari ni, saya berniaga seperti biasa di Pasar Minggu di Greenwod.  Antara perkara yang saya tertarik untuk kongsikan ialah bagaimana seorang daripada pelanggan tetap saya memberitahu bahawa mereka sekeluarga nak mencari Makanan Arab (terutama hidangan Nasi Arab).  Minggu lepas pula saya salah seorang pelanggan bertanya   saya : “Ustazah, pandai buat nasi Arab tak?” Jawab saya : “Pandailah! Kan saya dulu belajar kat negara Arab..he..he..”. “Nasi Mandy.. tau tak nak buat.?”.  tanya dia lagi. Boleh la..kalau setakat nak makan atau nak belajar ke?” kata saya lagi.  ”Boleh ngaja ke?, Ustazah tau tak, berapa orang ambik untuk 1 kepala belajar Nasi Mandy. Lima belas ribuu!!” Tegas dia lagi.  ”Banyak tu!  Macam ni la bagi ustazah seribu je, nanti kita ajar macamana nak buat.ha..ha.” Kata suami saya sambil gelak besar.Ini adalah butiran dialog kami.
Tahu tak, kalau nak masuk kedai Arab jika tak de RM 100 bawak family jangan cuba-cuba nak malukan muka.. Hidangan mereka setakat nasi 2 pinggan, 2 hidangan lauk, 10 biji roti dan syai (teh) satu jug lebih RM 100 tau!.
Balik tu saya diskus dengan suami, why not kami ajar sesiapa yang berminat untuk belajar.  Bila saya selidik kat Internet memang betul saya jumpa pakej yang nilainya RM 3,500 hingga pakej RM 16 ribu.. Fuyooo, mahal tu.  Last sekali, saya senarai beberapa kepakaran yang saya ada untuk membuat hidangan Arab. So, dapat la 4 modul semuanya.  Bila kira kos dan tolak semua sekali kami dah berkira-kira nak bagi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk joint dalam bisnes yang mengguntungkan ini.  Saya berjanji akan ajar betul-betul dan step by step buat nasi Arab dan hidangan lauk pauknya dengan harga terendah setakat ini di dalam pasaran.

2 MODUL SERENDAH RM 500.
 1 HARI.
 INI BERMAKNA 1MODUL BARU RM250. 
BERBALOI BUKAN?

Kami bukan nak mencekik darah tapi berkongsi satu idea yang menarik dan satu latihan yang boleh dibuat untuk bakal-bakal usahawan Masakan Arab.  Buat la kecil-kecil dahulu, cuba praktiskan secara sedikit demi sedikit sehingga anda benar-benar mahir.  Bukan tak bagi joint program yang nilaian ribu-ribu tu Tapi belajar kena mula dari bawah, modal kena mula yang kecil-kecil dulu.  Mula-mula operasi di rumah dahulu, ambil order mula masak di dapur rumah sendiri.  Buat betul-betul, bila dah famous dan modal dah mula mengembang dan ada simpanan boleh le mula bukak gerai nasi Arab kat pasar-pasar malam, atau bukak gerai depan rumah.  Lepas tu baru boleh bukak Restoren.  Caya lah! Satu hari nanti mungkin anda adalah pengusaha Nasi Arab terkenal di Malaysia  


TAPI UNTUK BELAJAR BERAMAI-RAMAI
[20 ORANG SEKURANG-KURANGNYA]
4 MODUL SERENDAH RM 800
[UNTUK SEORANG]
1 HARI
INI BERMAKNA 1 MODUL RM 200

Berminat, Hubungi saya sekarang sebelum saya mengubah niat untuk mengkomersialkan Kelas Masakan Arab ini.
TEL SEKARANG !
CHEF USTAZAH.
O139802465/0139062465


Rabu, 8 Jun 2011

MARI BELAJAR MASAK
USTAZAH’S COOKING CLASSES (UCC)

ANDA TERCARI-CARI KELAS BELAJAR MASAK. MARI BELAJAR PELBAGAI HIDANGAN DAN CITARASA MASAKAN DI UCC :
A.   MASAKAN TRADISIONAL MELAYU (RENDANG, KERUTUK, KUZI DLL) ATAU
B.    MASAKAN MODEN (NUGGET, PIZZA, AYAM GORENG ALA KFC DLL) ATAU
C.    HIDANGAN MAKANAN KATERING (NASI TOMATO, NASI MINYAK, NASI BUKHARI, NASI BERYANI DLL DENGAN SET HIDANGAN YANG LENGKAP) ,ATAU
D.    BELAJAR MENYEDIAKAN HIDANGAN PENGANTIN YANG MENARIK, ATAU
E.     HIDANGAN MAKANAN YANG TERLARIS DAN MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI DIPASARAN SEKARANG  IAITU BELAJAR ANEKA HIDANGAN NASI ARAB (MANDY, KABSAH, MAQLUBAH BESERTA HIDANGAN SET YANG LENGKAP) ATAU
F.    BELAJAR ANEKA MASAKAN JUALAN YANG SENTIASA MENDAPAT TEMPAT DI MANA-MANA :
                                                             i.            NASI AYAM SPECIAL
                                                           ii.            ANEKA MEE
                                                        iii.            ANEKA MASAKAN THAI
                                                        iv.            NASI KERABU
                                                           v.            NASI KUKUS AYAM BEREMPAH
G.   DAN BANYAK LAGI..

TIDAK KIRA SIAPA ANDA, SAMADA :
BERCITA-CITA TINGGI INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN DI RUMAH, ATAU MEMBUKA GERAI, KIOSK, RESTOREN ATAU RANGKAIAN PERNIAGAAN MAKANAN. SEKARANG MASANYA ANDA MEMASAK SECARA PROFESIONAL DAN MEMBINA EMPAYAR PERNIAGAAN DALAM BIDANG KATERING,  ATAU SEKADAR MEMENUHI MINAT DAN HOBI ANDA SAHAJA.

MARI BELAJAR MASAK SECARA MUDAH, SISTEMATIK, YG PENTING MURAH DAN MENJIMAT SERTA SANGAT EFEKTIF BERSAMA USTAZAH,S COOKING CLASSES.  

TEL SEKARANG ! O139802465/0139062465

SALAM SAYANG,
Chef Ustazah
Pengurus/ Jurulatih Ustazah’s Cooking Classes
wanhabsah01@yahoo.com