Syarikat ini telah ditubuhkan pada 15 Oktober 2009 dengan nama FATHA MARKETING (FM) untuk menjalankan perniagaan pembekal makanan, minuman, bahan mentah, katering dan lain-lain. Sekarang ini, FATHA MARKETING mengorak langkah lebih jauh kerana telah berjaya menjadi pengeluar bagi pes rempah ready-made dengan jenama produk YHM.
Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu dan pengalaman berkaitan penyediaan dan pembuatan rempah daripada ibu sendiri dan juga beberapa tukang masak dan pengusaha rempah secara langsung dan tidak langsung. Pengasas memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Bidang Syariah dan Pengajian Islam, juga merupakan Pendakwah Bebas, Penceramah Motivasi, bekas pensyarah di Uitm, tenaga pengajar Kelas Agama, Kelas Masakan dan Penceramah Kursus Kekeluargaan dan Keusahawanan menggabungkan semua ilmu, pengalaman dan kemahiran pada diri untuk menubuhkan FATHA MARKETING.
Sebahagian produk-produk yang dihasilkan adalah dari rempah ratus yang diadun dan disediakan mengikut resepi tradional warisan keluarga yang mengusahakan Berjaya Restoren yang sangat terkenal di Kota Bharu, Kelantan lebih dari 20 tahun. Selain itu, terdapat beberapa produk masakan yang telah difomulasikan resepinya bagi menghasilkan satu produk yang boleh dipelbagaikan jenis menu masakan yang CEPAT , LAZAT ,BERKHASIAT LAGI BERKAT mengikut selera pelanggan. Kretiviti penghasilan sesuatu produk adalah hasil ujikaji dan penyelidikan oleh Fatha Marketing sendiri. Sungguhpun ia suatu produk baru, Fatha Marketing masih mengekalkan masakan tradisonal sebagai elemen untuk memberikan keenakan dan kelazatan sesuatu menu.
Kelebihan produk-produk Fatha Maketing bermula dari aspek pemilihan rempah ratus dan bahan ramuan yang digunakan adalah yang terpilih dan bermutu tinggi, bahan mentah yang terjamin kesegarannya serta amat menitikberatkan aspek halal dan kebersihannya. Ia diadun mengikut sukatan yang menepati intipati sebenar resepi dan boleh di sesuaikan dengan pelbagai menu.
Di FATHA MARKETING kami berusaha memenuhi DASAR PEMAKANAN DALAM ISLAM sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah iaitu : Halal, Baik, Berkualiti dan Tidak membawa kemudharatan kepada fungsi tubuh mental manusia serta Makanan itu selari dengan keperluan fitrah maanusia.
Oleh itu kami di FATHA MARKETING berusaha mengikut garis panduan makanan, minuman dan barang gunaan halal yang mempunyai 4 asas utama iaitu:
1. Sama ada makanan itu sendiri halal.
2. Sama ada makanan yang didapati adalah daripada sumber yang
halal.
3. Ramuan/ kandungan yang digunakan tidak merbahaya kepada
makanan tersebut, cth : tidak menggunakan pengawet atau MSG.
4. Proses, penyimpanan, pembungkusannya tidak bercampur dengan yang
Haram.
Hari ini, Fatha Marketing boleh berbangga kerana telah berjaya membantu sebahagian kecil rakyat Malaysia untuk memasak dengan menjadi pengeluar pes rempah ready made yang terkenal di sekitar Lembah klang khususnya di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Rempah keluaran Fatha Marketing juga telah sampai ke Sabah, Sarawak, Indonesia, Jepun, Amerika Syarikat, German, Australia, Dubai, Mumbai, UK (London), dan Saudi Arabia. Di Malaysia, pes rempah Yes Halal telah menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira keturunannya.
Meskipun ianya hanya sebuah perusahaan kecil di rumah (home made) yang ditubuhkan bagi menjana ekonomi pada permulaannya, namun pengasas yakin bahawa Fatha Marketing akan berjaya mengorak langkah lebih jauh menjadi satu industri yang lebih gah dan berprestij di suatu hari nanti berkat dan sokongan daripada semua pihak.
Akhir kata, Fatha Marketing amat berbesar hati dengan pelanggan sedia ada yang memberi seluruh kepercayaan .Untuk bakal pelanggan pula , syarikat ini berjanji dengan sepenuh hati untuk menjadi pembekal makanan terbaik .
Sekian, wasallam
“Cepat, Lazat, Berkhasiat, Lagi Berkat.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan