Halaman

Isnin, 30 Mac 2015

PETUA SUPAYA SANTAN TIDAK BERBAU DAN TAHAN LAMA


Santan menjadi bahan penyedap rasa dalam masakan yang kita gunakan. Kita gunakana santan untuk masak gulai dan lauk pauk, juga digunakan untuk buat kuih-muih atau dicampurkan untuk jadi mnuman seperti cendol. Sedapnya cendol..
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama

PETUA SATU.
Masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama.

PETUA KEDUA :
Masakkan santan yang diperah sekejap di atas dapur dan campurkan sedikit garam. Simpan dalam peti ais tempat beku.

Salam Sayang,
Chef Ustazah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan