Halaman

Khamis, 5 Januari 2012


RESEPI GARAM MASALA

Tahukah anda apakah itu Garam Masala?. Sebelum saya menguasai ilmu masakan saya terfikir Garam Masala itu ialah sejenis garam. Ternyata sangkaan saya meleset sama sekali. Di dalam Wikipedia disebut “Garam masala adalah bubuk rempah-rempah hasil racikan untuk masakan India.[1] Dalam bahasa Hindi, garam berarti panas (bukan pedas), dan masala berarti racikan rempah-rempah. Bubuk ini ditambahkan ke dalam masakan sebagai penambah aroma.” Rupa-rupanya garam masala ialah rempah campuran untuk menambah rasa, perisa dan aroma sesuatu masakan.
Hari ini, Ustazah Cooking Classes akan berkongsi rahsia pembuatan atau bagaimana menghasilkan Garam Masala yang sangat berfaedah untuk kita ketahui untuk membuat pelbagai masakan seperti rempah Beryani, rempah untuk membuat nasi Arab spt: Mandhy, nasi Pakistan dll.
Cara nak buat Garam Masala ialah :20 gram ketumbar,20 gram jintan manis,20 gram jintan putih, 10 gram kulit kayu manis dan 5 gram bunga lawang.
Cara-cara
Kesemua bahan di atas disangai dan dikisar halus. Maka jadilah rempah masala. Mudahkan?
Nota : Rempah ini juga dinamakan rempah kurma bagi sesetengah orang.
Panduan 1 : Jika ingin menghasilkan rempah mandhy garam masala ini dicampur denan serbuk kunyit sahaja.
Panduan 2 : Manakala jika ingin menghasilkan rempah Kabsah garam masala ini di campur dengan menambah padanya serbuk cili.
Panduan 3 : Kalau nak buat Rempah Beriani Power : Garam masala di campur SAJIRA (dikedai rempah India).
Seronokkan, semua dah ketahui cara mudah untuk membuat Garam Masala dan tahu mempelbagaikan kegunaan rempah Masala ini untuk menghasilkan hidangan yang menarik. Kalau nak belajar secara real dengan ustazah pelbagai modul masakan, bolehlah datang ke kelas Ustazah’s Cooking Classes.
 Selamat mencuba untuk membuat Garam Masala ya daripada Ustazah di Ustazah’s Cooking Classses.
Salam Sayang,
Chef Ustazah.

1 ulasan:

  1. Ustazah .... terima kasih. Kalau gram ni nak ditukar ke sudu besar, 20 gram, 10 dan 5 gram berapa sudu besar ye ?

    BalasPadam