Halaman

Rabu, 19 Oktober 2011

PATUTKAN ANAK-ANAK BELAJAR MEMASAK


Patutkah kanak-kanak belajar memasak? Kenapa anak-anak perlu tahu memasak?
Jawapannya sudah tentu YA. klik Like jika Setuju.

1. Belajar memasak melatih anak-anak berdikari tidak terlalu bergantung kepada ibubapa atau pembantu rumah. Kalau ibubapa tidak ada, ada anak-anak yang tak makan, sanggup berlapar kerana malas hendak ke dapur atau tidak tahu apa yang hendak disediakan.
2. Bila anak-anak belajar memasak , boleh memberi penyelesaian masalah kepada ibu-ibu yang sibuk atau tidak sempat untuk memasak / balik lewat/ ada urusan dan sebagainya. Juga boleh menyelesaikan sedikit bebanan penat bekerja atau beban mempunyai anak ramai
3. Meringan beban ibubapa dengan makan di rumah. Jimatkan kos berbanding makan di luar. 
4. Mengelakkan anak-anak makan junk food atau memesan makanan segera untuk makan bila ketiadaan ibubapa.
5. Meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak. Melatih kanak-kanak menjadi rajin,kreatif dsbg.
6. Menggalakkan anak-anak makan makanan yang HALAL lagi BERSIH. 

Tetapi aspek yang sangat perlu ditekankan ialah faktor keselamatan di dapur seperti penggunaan bahan-bahan tajam seperti pisau dan menggunakan dapur.
Apapun ibubapa tidak seharusnya menggabaikan tugasan memasak kepada keluarga dan tidak pula membebankan anak-anak untuk menyuruh mereka memasak.  Wujudkan suasana yang ceria dan santai ketika aktiviti memasak dilakukan bersama-sama ahli keluarga.  Ini akan mencetuskan anak-anak supaya rajin memasak dan tidak kekok apabila ibubapa tiada di rumah.

UCC (USTAZAH COOKING CLASSES) akan mengadakan KELAS MASAKAN KHAS UNTUK ANAK-ANAK DAN REMAJA pada CUTI SEKOLAH BULAN NOVEMBER nanti. Terhad kepada 20 PESERTA SHJ. Tunggu iklan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan