Halaman

Isnin, 12 September 2011

PROGRAM MASAKAN 1 MALAYSIA OLEH USTAZAH’S COOKING CLASSES DARI FATHA MARKETING.


NAMA PROGRAM               :  PROGRAM MASAKAN 1 MALAYSIA
TARIKH                                 :  16 JUN 21 JUN 2011.
PENGANJUR                         :  KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS DAN JABATAN
                                                   PEMBANGUNAN WANITA JPW KELANTAN.
TENAGA PENGAJAR           :  USTAZAH WAN HABSAH BINTI WAN AHMAD
BILANGAN PESERTA          :  54 ORANG





Satu Program Masakan 1 Malaysia telah diadakan anjuran Kolej Komuniti Kok Lanas Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita.  Tenaga pengajar Ustazah’s Cooking Classes ialah Ustazah Hajah Wan Habsah binti Wan Ahmad dari Fatha Marketing, manakala peserta-peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak kira siapa mereka tua atau muda lelaki atau wanita.  Mereka datang dari Persatuan Ibu Tunggal, HAWA, penguasaha catering, restoren dan pengusaha homestay, juga suri rumah dan pelajar Tahfiz.  Seramai lebih 54 orang telah menyertai program ini bermula 16 Jun hingga 21 Jun 2011 bertempat di Pusat Bimbingan Ilmu Tahfiz Al-Amin, Batu2 Jalan pengkalan Chepa Kota Bharu, kelantan.  

Di dalam Program Masakan 1 Malaysia ini  peserta-peserta diajar oleh Ustazah’s Cooking Classes untuk memasak dalam suasana sebenar dengan menyediakan hidangan masakan untuk katering seperti memasak nasi dan lauk pauk dan aneka hidangan untuk kenduri dalam jumlah yang banyak dan besar . Kursus yang disediakan oleh Ustazah’s Cooking Classes kepada peserta sesuai untuk semua golongan khususnya kepada yang berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang masakan katering juga sesuai kepada yang sekadar mempunyai hobi memasak.

Peserta-peserta diminta menyediakan sendiri aneka hidangan yang ditetapkan dengan panduan dan bimbingan dari tenaga pengajar dan krew-krew Ustazah’s Cooking Classes. Peserta-peserta juga didedahkan untuk menyediakan aneka masakan jualan seperti nasi kerabu, nasi tomato, nasi ayam, nasi Arab seperti nasi mandhy dan nasi maqlubah serta pelbagai lauk pauk seperti rendang, gulai kawah, dalca, kerutuk dan aneka mee seperti mee hailam, mee sizzling, mee bandung, kueytiau ladna dan mee kari.  Peserta-peserta juga dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan diberikan ujian untuk memasak sendiri pelbagai menu selepas setiap kali selesai pembelajaran.


Menurut salah seorang peserta Suhartini pengusaha catering kecil-kecilan: “Saya merasa sungguh bertuah kerana dapat menyertai Program Masakan 1 Malaysia ini, selain dapat belajar memasak dengan teknik dan skill yang betul dari Ustazah’s Cooking Classes saya dapat merasai suasana sebenar memasak seperti berada di majlis-majlis kenduri-kendara.”  

Sementara itu Norlida pula berkata beliau paling seronok dapat belajar Nasi Arab daripada Chef Ustazah dari Ustazah’s Cooking Classes kerana hidangan ini sangat popular di Malaysia pada masa ini dan berhasrat untuk menjual hidangan nasi Arab dikedainya nanti.  

Nor Zakiah seorang surirumah pula menyifatkan bahawa  pengalaman yang diperolehi dalam kelas masakan (Ustazah’s Cooking Classes) yang diperolehi ini sangat berguna kepadanya kerana beliau bermina untuk membuka perniagaan makanan atau mengusahakan restoren di masa akan datang.  


Selain itu ada juga peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah Tahfiz iaitu Nur Hafizah yang menyifatkan penyertaan ini sangat bermakna bagi dirinya kerana memberi pendedahan awal dunia masakan kepada remaja sepertinya.  Kelas masakan Ustazah’s Cooking Classes yang diikuti sangat menyeronokkan dan sekarang memasak bukan masalah lagi kepada saya. 



Kesimpulannya program ini sangat berjaya kerana peserta-peserta menunjukkan minat yang amat tinggi terhadap apa yang dipelajari dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang diadakan.  Kami  Ustazah’s Cooking Classes dari pihak Fatha Marketing sangat berharap semoga siri-siri sambungan akan dapat diadakan lagi di masa akan datang dengan bantuan dan sokongan oleh pihak kerajaan terutamanya dari Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, khususnya Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.


Dilaporkan oleh ;

CHEF USTAZAH HJH. WAN HABSAB BINTI WAN AHMAD
(Tenaga Pengajar Kelas Masakan Katering)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan