PENGENALAN
NASI ARAB OH NASI ARAB!
Fenomena makan Nasi Arab sudah melanda negara dengan begitu dahsyatnya. Semua orang sudah merasa tempiasnya..Suami-suami sudah tidak senang duduk, isteri-isteri pula sudah tidak keruan, anak-anak pula tidak dapat disekat lagi..Mereka semua nak pergi kedai atau Restoren Arab. Alamak! Botak kepala ana..kalau asyik mau makan Nasi Arab! SATU MALAM DAH HABIS RATUS-RATUS. Alamak! Macamana nak buat ni, suami dan anak-anak I semuanya gemar makan Nasi Arab. Aduh! Pening kepala I macamana nak masak ni, I tak tau masak Nasi Arab, nasi Lemak I tau le. MANA TEMPAT I NAK BELAJAR Saya ni nak bisnes..Ingat masa orang tengah suka Nasi Arab ni saya nak la bisnes Nasi Arab. Seronok saya tengok restoren-restoren ARAB sentiasa penuh malam-malam, tapi tak tau macamana nak masak, nak cari Chef Arab kat mana pulak? Inilah sebahagian keluhan yang saya terima..Roger and Out!
Ini semua NASI ARAB punya pasallah!
X payah pening-pening kepala.. Ustazah kan ada! Teman dan MENTOR Nasi Arab Anda. Saya Ustazah Wan Habsah dari Ustazah Cooking Classes menjemput anda untuk menyertai BENGKEL MERIAHNYA NASI ARAB yang sedang hangat diperkatakan di seluruh Negara. Kepakaran saya menyediakan pelbagai aneka juadah Hidangan Timur Tengah dengan pelbagai VARIASI NASI ARAB. 10 modul saya tawarkan dengan lebih 50 RESEPI HEBAT kan dapat anda kuasai bila menyertai BENGKEL BERSAMA-SAYA. Sertailah sekarang dan jadilah PELOPOR di tempat anda. BUKAN SEKADAR HOBI TETAPI BOLEH DINIAGAKAN. Jom Sertai Kami!
KELAS NASI ARAB PALING MERIAH DAN MENDAPAT SAMBUTAN MASAKINI
Program Masakan 1 Malaysia Bersama Kolej Komuniti dan JPW |
Bengkel E-mak di Subang Perdana |
Sek. Keb. Jalan Reko, Kajang |
Pejabat Pembangunan Wanita Kelantan |
Masjid al-Khairiyah Gombak |
USTAZAH'S COOKING CLASSES
Di Haslyda Delight Bertam, Penang |
Di Surau Al-Husna Shah Alam |
Di Akademi Chef Amer Klang |
Di Akademi Nur Insan Kajang @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ |
MODUL-MODUL TERBAIK
KELAS NASI ARAB
a) NASI MANDHY
Nasi mandhy Kambing |
b) RUZ BUKHARI/ NASI BUKHARI KAMBING ARAB
Set Lengkap Nasi Bukhari Kambing Klik di sini untuk melihat lain-lain gambar Nasi Bukhari |
c) RUZ HADRAMAUT/NASI HADRAMAUT
klik di sini untuk melihat gambar-gambar nasi hadramaut
d) RUZ HUDHAR/ NASI HUDHAR
e)RUZ KABSAH/ NASI KABSAH
klik di sini untuk melihat aneka hidangan nasi kabsah
f) RUZ MAQLUBAH/ NASI MAQLUBAH
g)RUZ MAA SYAIRIYYAH DAJAJ BIL FURUM/ NASI SYRIA
JOM SERTAI KAMI SEKARANG
SMS KE UCC : 0139802465/0139062465
NASI ARAB
OH NASI ARAB!
Fenomena
makan Nasi Arab sudah melanda negara dengan begitu dahsyatnya. Semua orang
sudah merasa tempiasnya..Suami-suami sudah tidak senang duduk, isteri-isteri
pula sudah tidak keruan, anak-anak pula tidak dapat disekat lagi..Mereka semua
nak pergi kedai atau Restoren Arab. Alamak! Botak kepala ana..kalau asyik mau
makan Nasi Arab! SATU MALAM DAH HABIS RATUS-RATUS. Alamak! Macamana nak buat
ni, suami dan anak-anak I semuanya gemar makan Nasi Arab. Aduh! Pening kepala I
macamana nak masak ni, I tak tau masak Nasi Arab, nasi Lemak I tau le. MANA TEMPAT
I NAK BELAJAR Saya ni nak bisnes..Ingat masa orang tengah suka Nasi Arab ni
saya nak la bisnes Nasi Arab. Seronok saya tengok restoren-restoren ARAB
sentiasa penuh malam-malam, tapi tak tau macamana nak masak, nak cari Chef Arab
kat mana pulak? Inilah sebahagian
keluhan yang saya terima..Roger and Out!
Ini semua
NASI ARAB punya pasallah!
X payah
pening-pening kepala.. Ustazah kan ada! Teman dan MENTOR Nasi Arab Anda. Saya
Ustazah Wan Habsah dari Ustazah Cooking Classes menjemput anda untuk menyertai
BENGKEL MERIAHNYA NASI ARAB yang sedang hangat diperkatakan di seluruh Negara.
Kepakaran saya menyediakan pelbagai aneka juadah Hidangan Timur Tengah dengan
pelbagai VARIASI NASI ARAB. 10 modul saya tawarkan dengan lebih 50 RESEPI HEBAT
kan dapat anda kuasai bila menyertai BENGKEL BERSAMA-SAYA. Sertailah sekarang
dan jadilah PELOPOR di tempat anda. BUKAN SEKADAR HOBI TETAPI BOLEH DINIAGAKAN.
Jom Sertai Kami!
KELAS NASI ARAB PALING MERIAH DAN MENDAPAT SAMBUTAN MASAKINI
Program Masakan 1 Malaysia Bersama Kolej Komuniti dan JPW |
Bengkel E-mak di Subang Perdana |
Sek. Keb. Jalan Reko, Kajang |
Pejabat Pembangunan Wanita Kelantan |
Masjid al-Khairiyah Gombak |
USTAZAH'S COOKING CLASSES
Di Haslyda Delight Bertam, Penang |
Di Surau Al-Husna Shah Alam |
Di Akademi Chef Amer Klang |
Di Akademi Nur Insan Kajang @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ |
MODUL-MODUL TERBAIK
KELAS NASI ARAB
a) NASI MANDHY
Nasi mandhy Kambing |
b) RUZ BUKHARI/ NASI BUKHARI KAMBING ARAB
Set Lengkap Nasi Bukhari Kambing Klik di sini untuk melihat lain-lain gambar Nasi Bukhari |
c) RUZ HADRAMAUT/NASI HADRAMAUT
klik di sini untuk melihat gambar-gambar nasi hadramaut
d) RUZ HUDHAR/ NASI HUDHAR
e)RUZ KABSAH/ NASI KABSAH
klik di sini untuk melihat aneka hidangan nasi kabsah
f) RUZ MAQLUBAH/ NASI MAQLUBAH
g)RUZ MAA SYAIRIYYAH DAJAJ BIL FURUM/ NASI SYRIA
JOM SERTAI KAMI SEKARANG
SMS KE UCC : 0139802465/0139062465
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
JADUAL TERKINI DAN SIRI-SIRI KELAS NASI ARAB
KUASAI RESEPI HEBAT DIBENGKEL SEHARI NASI
NASI ARAB BERSAMA MENTOR NASI ARAB 8 SEPTEMBER 2012 SABTU AMPANG
SUKA MAKAN NASI
ARAB?
Apakata belajar sendiri cara membuat Nasi Arab yang sedang mendapat sambutan hangat dan menjadi buruan rakyat Malaysia masakini. Tahukah anda bahawa kos belajar Nasi ARAB di MSIA sgt mahal. Cth; dlm sebuah akhbar terkemuka sebuah pengusaha menawarkan belajar memasak Nasi ARAB melalui CD SAHAJA. Kosnya adalah RM480. Itupun hanya ada 1 modul NASI MANDHY SAHAJA.
REBUTLAH PELUANG berbengkel Nasi Arab Sehari Bersama Mentor Nasi Arab anda Ustazah Cooking Classes dengan kos yang paling MURAH DAN MENGUNTUNGKAN. TERBUKTI TELAH BERJAYA MELAHIRKAN USAHAWAN NASI ARAB. Bukan sekadar hobi tetapi boleh diniagakan.
Apakata belajar sendiri cara membuat Nasi Arab yang sedang mendapat sambutan hangat dan menjadi buruan rakyat Malaysia masakini. Tahukah anda bahawa kos belajar Nasi ARAB di MSIA sgt mahal. Cth; dlm sebuah akhbar terkemuka sebuah pengusaha menawarkan belajar memasak Nasi ARAB melalui CD SAHAJA. Kosnya adalah RM480. Itupun hanya ada 1 modul NASI MANDHY SAHAJA.
REBUTLAH PELUANG berbengkel Nasi Arab Sehari Bersama Mentor Nasi Arab anda Ustazah Cooking Classes dengan kos yang paling MURAH DAN MENGUNTUNGKAN. TERBUKTI TELAH BERJAYA MELAHIRKAN USAHAWAN NASI ARAB. Bukan sekadar hobi tetapi boleh diniagakan.
FREE MAKAN DAN
BELAJAR NASI KABSAH JORDAN KAMBING apabila anda
mendaftar untuk belajar Masak Nasi Arab di dalam BENGKEL SEHARI BERSAMA MENTOR NASI ARAB.
2 modul Nasi Arab akan diajar dapat belajar Free 1
lagi Modul Nasi Arab.
Ada LAGI..Free Gift. Rempah Nasi Kabsah untuk 50 orang makan. Buku Resepi PERCUMA.
3 Teknik Masak Nasi Arab Akan Diajar : Masak Menggunakan Periuk Biasa, Rice Cooker dan Periuk Pengukus.
Tarikh BENGKEL sehari : 8 September 2012
Masa : 10-5 ptg
Tempat : Taman Kosas Ampang
Yuran : RM500
Hubungi atau SMS : 0139802465/0139062465
MAKAN SEPUASHATI..SIJIL DIBERIKAN..SAMPLE HIDANGAN AKAN DIBEKALKAN.
MODUL
PENUH SIRI 1
1. Nasi
Mandhy Ayam
2. Original
Mandhy Chicken
3. Salatoh ’Adi /Jelatah Arab
4. Salatoh Ma’a Laban
5. Sambal/ Sambal Harrah
6. Idam
(Arabian Curry)
7. Nasi Kabsah
8. Ayam Kabsah
9. Red Roasted Mandhy Chicken
10. Fruit Salad
11. Syurbah
Demo :
Free Demo
1.Kambing Panggang
2.Ayam Mashwi
3. Kerutuk Kambing
Sebarang Pertanyaan Boleh call : 0139802465/ 0139062465.
Lawati kami di Facebook Ustazah Wan Habsah.
KURSUS NASI ARAB USTAZAH’S COOKING CLASSES BAGI 2012
SIRI PERTAMA
Modul Pertama
(Nasi Mandhy) 8 JULAI 2012 AHAD (10 PG-1 PTG)
1. Nasi Mandhy
2. Sambal Harrah
3. Salatoh
4. Kambing Bakar Tandoori
5. Ayam Bakar Tandori
6. Syurbah
Modul Kedua(Nasi
Kabsah) 8 JULAI 2012 AHAD (3-6 PTG)
1. Nasi Kabsah Kambing
2. Ayam Kabsah Bakar
3. Laban Dressing
4. Sos Baked Beans
SIRI KEDUA
Modul Ketiga(
Nasi Maqlubah) 14 JULAI 2012 SABTU(10-1 PTG)
1.
Penyediaan Nasi Arab Jordan (MAQLUBAH)
2.
Sayur Goreng Nasi Maqlubah
3.
Salatoh @ Jelatah Arab
4.
Mashwi (Ayam Bakar Berempah Arab)
5.
FREE Demo Masakan Kerutuk Kambing
Modul keempat
(Nasi Hudhar) 14 JULAI 2012 SABTU(3-6 PTG)
1. Penyediaan Air Stok
2. Penyediaan Nasi Hudhar
3. DAJAJ BIL FURUM ( AYAM BAKAR MENGGUNAKAN
OVEN)
4. SYURBAH BILKRIMAH (Cream Mushroom and
Chicken Soup)
5. SALATOH BARID
6. SALATOH HAR
SIRI KETIGA
Modul Kelima
(Nasi Hadramaut) 15 JULAI 2012 AHAD(10-1 PTG)
1. Penyediaaan Bahan Tumisan dan Lauk
Kambing
2. Penyediaan Nasi Hadramaut
3. Hanith Kambing
4. Red Roasted Mandhy Chicken
5. Idam (Fasolia dan Bendi)
6. Idam (Arabian Curry)
Modul Keenam
(Nasi Syria) (3-6 PTG) 15 JULAI 2012 AHAD(3-6 ptg)
1. Penyediaan Nasi Syria
2. DAJAJ BIL FARUM/ AYAM BAKAR
3. SYURBAH BIL QUAKER
4. SALATOH
SELEPAS
HARI RAYA AIDILFITRI. MODUL DI BAWAH AKAN BERMULA 2 MINGGU SELEPAS HARI RAYA
SIRI KEEMPAT
Modul ketujuh
(Nasi Bukhara Arab) 1 SEPT 2012 SABTU (10-1 PTG)
1. Penyediaan Nasi
2. Idam Mukhtalifah
3. Salatoh Harra
4. Kuratul Laham Ma’a Solsolah Thomatim
Modul Kelapan (
SET ROTI) 1 SEPT 2012 SABTU (3-6PTG)
1. Malfouf (Stuffed Cabbage)
2. Falafil
3. Humus
4. KEBAB LAHAM
5. SHIS TAWOOK
6. SYAWARMA LAHAM
SIRI KELIMA
Modul Kesembilan
(Buryani Arabi) 2 SEPT 2012 AHAD (10-1 PTG)
1. Nasi Beryani Arab
2. Salatoh
3. Kuah Nasi Beryani
4. Free DEMO: Kuzi Kambing
5. SYAWARMA DAJAJ
Modul Kesepuluh (
modul NASI ANTARABANGSA) 2 SEPT 2012 AHAD
1. NASI BARYANI HYDERABADI
2. Ayam Baryani
3. Raita
4. NASI PILAF PAKISTAN
5. Acar
JOM SERTAI KAMI SEKARANG!
SMS KE UCC : 0139802465/0139062465
HARGA YURAN
1 SIRI RM500 SAHAJA
1
SIRI
MENGANDUNGI 2 MODUL
USTAZAH
COOKING CLASSES MENAWARKAN 5 PAKEJ
A)PAKEJ FIRDAUS
YURAN : RM2500.00 SAHAJA
·
Mengambil
semua SIRI iaitu 5 SIRI dengan 10 modul dan 50 RESEPI
·
Setelah
bersetuju memlilih pakej ini peserta hendaklah menjelaskan RM1500.00 seminggu
sebelum Kursus diikuti dan baki RM1000.00 pada hari pendaftaran.
·
Semua
SIRI bukanlah pada hari berturutan. Oleh itu, peserta boleh memilih pada
mana-mana hari dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking
Classes.
TAWARAN
KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi
sesiapa yang memilih pakej ini di dalam Bulan Sya’ban POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM500 iaitu HANYA
RM2000.00
SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran
ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM2000.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5 JULAI
2012)..
B) PAKEJ NAIM
YURAN RM : RM2000.00 SAHAJA
·
Mengambil
semua SIRI iaitu 4 SIRI dengan 8 modul dan 40 RESEPI
·
Setelah
bersetuju memlilih pakej ini peserta hendaklah menjelaskan RM1500.00 seminggu
sebelum Kursus diikuti dan baki RM500.00 pada hari pendaftaran.
Semua
SIRI bukanlah pada hari berturutan. Oleh itu, peserta boleh memilih pada
mana-mana hari dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking
Classes
TAWARAN
KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi
sesiapa yang memilih pakej ini di dalam Bulan Sya’ban POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM300 iaitu HANYA
RM1700.00
SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran
ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM1700.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5
JULAI 2012)..
C)PAKEJ MA’WA
YURAN RM : RM1500.00 SAHAJA
·
Mengambil
3 SIRI dengan 6 modul dan 30 RESEPI
·
Setelah
bersetuju memlilih pakej ini peserta hendaklah menjelaskan RM1000.00 seminggu sebelum
Kursus diikuti dan baki RM500.00 pada hari pendaftaran.
Semua
SIRI bukanlah pada hari berturutan. Oleh itu, peserta boleh memilih pada
mana-mana hari dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking
Classes
TAWARAN
KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi
sesiapa yang memilih pakej ini di dalam Bulan Sya’ban POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM200 iaitu HANYA
RM1300.00
SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran
ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM1300.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5
JULAI 2012)..
D) PAKEJ NAIM
YURAN RM : RM1000.00 SAHAJA
·
Mengambil
2 SIRI dengan 4 modul dan 20 RESEPI
·
Setelah
bersetuju memlilih pakej ini peserta hendaklah menjelaskan RM500.00 seminggu
sebelum Kursus diikuti dan baki RM500.00 pada hari pendaftaran.
Semua
SIRI bukanlah pada hari berturutan. Oleh itu, peserta boleh memilih pada
mana-mana hari dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh Ustazah Cooking
Classes
TAWARAN
KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi
sesiapa yang memilih pakej ini POTONGAN
HARGA diberikan sebanyak RM100 iaitu HANYA RM900.00
SAHAJA yuran dikenakan.
Tawaran
ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM900.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5 JULAI
2012).
E) PAKEJ DARUSSALAM
YURAN RM : RM500.00 SAHAJA
·
Mengambil
SATUSIRI iaitu 2 modul dan 10 RESEPI
·
Peserta
boleh memilih pada mana-mana SIRI dan tarikh dan lokasi yang ditetapkan oleh
Ustazah Cooking Classes
TAWARAN
KHAS SEMPENA BULAN SYA’BAN
Bagi
sesiapa yang memilih pakej ini di dalam Bulan Sya’ban POTONGAN HARGA diberikan sebanyak RM50 iaitu HANYA RM450.00 SAHAJA yuran
dikenakan.
Tawaran
ini SAH untuk sesiapa yang menjelaskan Yuran Secara RM450.00 sekaligus sahaja sebelum NISFU SYA’BAN (5 JULAI
2012).
HARGA
BIASA
1
SIRI 2 MODUL : RM500
JIKA
2 HARI RM1000
JIKA
3 HARI RM1500
JIKA
4 HARI RM2000
JIKA
5 HARI RM2500
........................................
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
Kelas
yang ditawarkan ini adalah TERBUKA kepada semua
Anda
boleh memilih mana-mana modul yang anda minati di atas tetapi pihak UCC
menetapkan 2 modul WAJIB yang mesti diikuti setiap kali mendaftar.
Jika
anda mengambil modul 4 hari (8 modul) pihak UCC menawarkan pembelajaran PERCUMA
untuk 2 Modul Terakhir bernilai RM500 dengan SYARAT anda mesti membuat
pembayaran penuh berjumlah RM2000.00 sekaligus. TAWARAN INI SAH HINGGA 5 JULAI
2012 SAHAJA
Pihak
UCC berhak menukar tarikh dan lokasi kursus yang akan dijalankan.
Peserta
yang tidak dapat hadir, tidak akan mendapat kembali wang yang telah dibayar
tetapi boleh menukar kursus pada hari yang telah dijadualkan oleh pihak UCC.
Peserta
yang ingin membayar pada hari kursus hendaklah menambah RM100 dari harga asal.
JOM SERTAI KAMI SEKARANG
SAYA BERMINAT !!!
SMS KE UCC : 0139802465/0139062465
SILA
SMS NAMA DAN IC KEPADA :
: 013-9802465/0139062465
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
LATAR BELAKANG CHEF USTAZAH
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM DAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
SALAM UKHUWWAH. Nama saya ialah Hajjah
Wan Habsah binti Wan Ahmad atau
digelar CHEF USTAZAH merupakan seorang graduan
dari Mu’tah University Jordan mendapat ijazah dalam bidang Syariah Dan
Pengajian Islam. Kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di
Universiti Malaya untuk mendapat ijazah Sarjana (M.A). Pernah
dihantar oleh kerajaan Malaysia untuk mengikuti Kursus Dakwah di Syria,
kemudian bekerja dengan NGO Muslim selama 4 tahun sebagai Penganalisis.
Di waktu yang sama CHEF USTAZAH
merupakan Pendakwah Bebas dan Penceramah Motivasi Pelajar, Motivasi Pekerja dan
Motivasi Kekeluargaan. CHEF USTAZAH juga
merupakan penceramah kepada Kursus-Kursus Kekeluargaan Islam. Selain itu,
CHEF USTAZAH mengendalikan Kelas-Kelas Agama dan Fardu Ain, Kelas
Bahasa Arab dan Kelas Hafazan Al-Quran. CHEF
USTAZAH banyak dijemput berceramah dan menjadi ahli panel Forum
di bawah anjuran Jabatan-jabatan Kerajaan dan Swasta, Sekolah-sekolah,
Universiti-universiti, Masjid, Persatuan-persatuan dan lain-lain di seluruh
Malaysia. Ustazah juga pernah mengendalikan Rancangan Ceramah Pilihan di
Radio Kelantan f.m. selama 4 tahun. CHEF USTAZAH juga sebelum ini berkhidmat
sebagai Pensyarah di UiTM Shah Alam.
Latarbelakang keluarga CHEF
USTAZAH pula terlibat dalam bidang perniagaan, di mana ibu CHEF USTAZAH merupakan seorang pengusaha Restoren lebih dari 20 tahun
yang sangat terkenal di Kota Bharu, Kelantan. Mewarisi kepakaran memasak
daripada ibu sendiri, serta menimba pengalaman beberapa tukang masak tersohor
di Kota Bharu, Kelantan dan beberapa pengusaha makanan yang
berjaya, maka CHEF USTAZAH menubuhkan
Fatha Marketing bersama suami tersayang HAJI WAN ABDUL FATAH dan memulakan
perniagaan sendiri di rumah secara sambilan pada tahun 2008. Oleh kerana
minat yang mendalam dalam bidang masakan dan perniagaan, CHEF
USTAZAH mendapati pendapatan dari perniagaan rempah ready-made
yang diusahakan di rumah adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9-5,
beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan di
rumah yang dimiliknya selepas 1 tahun beroperasi.
Semenjak itu, CHEF USTAZAH bekerja
sepenuh masa dari rumah di samping tidak meninggalkan kerja-kerja dakwah
dan sosial. Sehingga kini CHEF USTAZAH MASIH
MENGENDALIKAN Kelas Fardu Ain di Masjid Bkt Antarabangsa, Kelas Al-Quran dan
Kuliah Bulanan di Menara TM KL di samping jemputan ceramah di Lembah Klang.
CHEF USTAZAH yakin
dengan menggunakan kepakaran, pengalaman dan ilmu yang diperolehi tentang
masakan bidang ini akan dapat berkembang jauh sekiranya kita dapat membuat banyak
revolusi baru. Dalam masa 2 tahun beroperasi, perniagaan Rempah Ready-Made dengan
jenama YHM Yes Halal Rempah Ustazah menjadi semakin giat
berkembang. Kini, CHEF USTAZAH boleh
berbangga kerana kilang Rempahnya akan dilancarkan tidak berapa lama
lagi. CHEF USTAZAH juga
dijemput beberapa kali sebagai penceramah Motivasi Usahawan dan Penceramah
dalam Bidang Makanan oleh pelbagai pihak termasuklah oleh Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. CHEF USTAZAH juga
pernah muncul dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia mengendalikan Segmen
Masakan di RTM 1.
CHEF USTAZAH juga
dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan Kolej Komuniti
sebagai JURULATIH MASAKAN untuk mengendalikan
Workshop Usahawan Katering kepada semua golongan terutamanya ibu tunggal dan
surirumah berpendapatan rendah. Dari tahun 2008 hingga kini CHEF USTAZAH dijemput ke seluruh tanahair untuk mengendalikan KURSUS
MASAKAN kepada seluruh lapisan masyarakat.
Banyak modul-modul telah CHEF
USTAZAH ajar kepada peserta yang terdiri pengusaha restoren,
katering, gerai juga kepada orang yang mempunyai minat yang mendalam dalam
bidang masakan. Akhir-akhir ini, antara modul yang paling banyak mendapat
tempat di hati peminat dunia masakan ialah hidangan Nasi Arab. Kepakaran utama CHEF USTAZAH ialah mengendalikan KELAS ATAU KURSUS NASI ARAB kepada PESERTA
dengan pelbagai modul yang sangat mudah dan efektif untuk dikuti oleh semua.
CHEF USTAZAH juga
menjalankan perniagaan Kedai Arab Ustazah Online di FB dan di blog bagi
mengangkat martabat Makanan Sunnah dan makanan-makanan yang TERBAIK di dunia.
CHEF USTAZAH mengalu-alukan
pendapat atau sebarang cadangan dan komen untuk memperbaiki diri ini/ sebarang
perkara yang boleh menambahbaikkan urusan dakwah atau kelas masakan atau
berkaiatan rempah ratus ready-made yang diusahakan samaada melalui blog ini
atau FB Ustazah Wan Habsah.
Akhir sekali, sambutlah SALAM PERKENALAN buat ANDA SEMUA.
WASSALAMULAIKUM W.B.T
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
CATATAN DIARI KISAH NASI
ARAB DAN SAYA
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
SALAM UKHUWWAH KEPADA
SEMUA PEMINAT DUNIA MASAKAN.
ALHAMDULILLAH adalah
ungkapan terbaik saya panjatkan kehadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan
untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman dengan semua pembaca blog ini, peserta
dan bakal peserta atau sesiapa sahaja yang sedang mencari maklumat berkaitan
Kelas Masakan atau resepi-resepi masakan hebat dari TIMUR TENGAH. Hari ini, saya dengan rasa tawaduk dan rasa
rendah diri ingin membongkar rahsia kesedapan dan bagaimana hidangan makanan
Arab terutama Nasi-nasi Arab menjadi ‘kegilaan’ masyarakat dunia umumnya dan jutaan
rakyat Malaysia khasnya supaya anda semua mendapat manfaat daripada apa yang
akan saya kongsikan nanti.
Terimakasih
kepada peserta-peserta saya yang lepas yang sudi melantik saya sebagai Mentor dan
Konsultan untuk terus bertanya dan mendapat nasihat berkaitan hidangan Nasi
Arab yang mereka sediakan khususnya yang
telah bergelar Usahawan Nasi Arab. Saya menyedari saya bukanlah yang
TERBAIK tetapi saya SENTIASA BERUSAHA memberikan PENGAJARAN, PENGALAMAN YANG
TERBAIK untuk ANDA. Saya juga masih lagi mencari formula-formula, skill-skill,
resepi TERBAIK, MUDAH, MURAH DAN EFEKTIF untuk dikongsikan BERSAMA melalui cara
belajar dan terus belajar tidak kira daripada sesiapa yang sudi memberikan ILMU
dengan tujuan menambah ILMU dan membuat PENAMBAHBAIKAN setiap kali saya
mengajar peserta-peserta saya. Saya bukanlah Chef yang terkenal atau Chef yang
mendapat pendidikan bidang Kulinari tetapi itu bukanlah bermakna saya tidak boleh
mengajar atau berkongsi resepi-resepi HEBAT DAN LAZAT dengan ANDA. Setakat ini saya sudah mengumpul lebih 60
resepi hebat hidangan TIMUR TENGAH untuk dibongkarkan demi kebaikan kita semua.
ALHAMDULILLAH, syukur saya
panjatkan kepada ALLAH S.W.T kerana ramai yang memuji-muji masakan dan hidangan
yang telah saya sediakan juga peserta-peserta saya yang lepas kerana ramai yang mengatakan hidangan yang mereka
hasilkan berbeza dari segi kualiti dan rasanya dari yang sedia ada di pasaran
atau apa yang mereka pernah makan sebelum ini. Alhamdulillah, keluarga, tetamu,
pelanggan mereka sangat menyanjung hasil masakan mereka sehingga ada yang
menyuruh mereka membuka perniagaan Nasi Arab.
Hidangan dan masakan yang
saya ajar kepada peserta-peserta di kelas ialah hasil R & D saya selama
ini. Ini semua adalah hasil penyelidikan
dan kajian terhadap hidangan Timur Tengah yang memang menjadi kegemaran saya
dan keluarga sejak dulu lagi yang saya buat selama merantau dan belajar di
Timur Tengah serta terus berkesinambungan hingga kini. Saya juga belajar dengan
banyak guru semasa di timur tengah terutama semasa saya di Jordan, Mesir, Syria
melalui wanita-wanita Arab hidangan mereka sama ada dimasak secara tradisional
atau moden.
Saya sentiasa membuat
percubaan demi percubaan ke atas hidangan tersebut dan membuat penambahbaikan dari
masa ke semasa. Alhamdulillah, setiap kali saya masak keluarga dan teman-teman
saya menyukainya. Ini menambahkan minat dan rasa seronok saya untuk terus
belajar dan belajar hidangan-hidangan baru. Saya telah mencuba pelbagai cara dan
peralatan memasak hidangan Arab. Bila saya balik ke Malaysia ada beberapa
masalah yang saya temui ketika menyediakan hidangan-hidangan Arab. Saya dapati
bahan-bahan terutama rempah-rempah Arab pada mulanya sangat sukar untuk saya
dapati di sini. Oleh itu, saya tidak berpuashati dan meneruskan penerokaan saya
untuk mempelajari bagaiamana untuk menyediakan sendiri rempah-rempah Arab.
Hasilnya kini saya sudah berjaya menghasilkan rempah-rempah Arab sendiri
terutamanya rempah Nasi Mandhy, Nasi Kabsah, Nasi Maqlubah dan Hadramaut yang
lebih bersih dan halal kerana setiap biji rempah yang saya sediakan adalah
dibasuh, disiram, dijemur dan disangai terlebih dahulu. Saya tahu Arab tidak
basuh rempah mereka di mana rempah-rempah biji mereka terus dimesin untuk diadun
menjadi rempah serbuk. Jadi, di sini bermula jihad saya untuk menyediakan yang
HALALAN THOYIBAN di mana saya dapat sediakan rempah yang serbuk atau segera lebih
HALAL dan lebih BAIK serta BERKAT untuk umat Islam.
Setelah pulang dari Syria
saya sangat gembira melihat kecenderugan masyarakat Malaysia makan di
restoren-restoren Nasi Arab di sekitar Kuala Lumpur. Pada masa tersebut, belum
kedapatan orang yang mengajar Nasi Arab. Namun 5 tahun kebelakangan ini saya
lihat modul Nasi Arab ditawarkan di dalam Kelas-kelas masakan yang diadakan
oleh chef-chef tetapi modul dan resepinya tidak banyak dan harganya sangat
mengejutkan saya sehingga ada yang mencapai belasan ribu ringgit. Akhir-akhir
ini sahaja saya dapati harganya sudah mulai turun kerana ada persaingan yang
sihat di antara penganjur kelas-kelas masakan. Ada 2 hidangan Nasi Arab yang
paling popular dan diketahui di kalangan masyarakat kita iaitu Nasi Arab Mandhy
dan Nasi Arab Kabsah. Lain-lain hidangan masyarakat umum tidak mengetahuinya
kecuali yang pernah tinggal atau melawat di Negara Arab.
Suatu hari ketika saya
dijemput untuk menjadi Jurulatih Masakan pihak penganjur meminta saya
memasukkan salah satu modul Nasi Arab dalam program tersebut. Alangkah
gembiranya saya kerana cubaan saya untuk memperkenalkan nasi Maqlubah mendapat
tempat dihati. Rata-rata mereka menyukai rasanya. Oleh itu, saya mendapat idea
: Apakata kalau saya perkenalkan lain-lain hidangan Arab yang mungkin juga akan
digemari oleh selera tempatan kita. Saya juga mula membuat penyelidikan apa hidangan
tempatan yang mungkin boleh disesuaikan dengan makanan Arab yang mungkin sesuai
selera tempatan masyarakat kita.
Syukur Ya Allah! Saya
mungkin sangat bertuah di dalam usaha saya untuk mengangkat hidangan Arab
sebagai hidangan esklusif yang boleh dinikamti oleh semua lapisan masayarakat
di Malaysia Allah S.W.T telah menemukan saya dengan pelbagai guru masakan yang
hebat-hebat semuanya. Saya berbelanja
besar juga untuk pandai dengan banyak menghadiri kelas masakan yang ada kaitan
dengan hidangan Arab, saya benar-benar ingin melihat mereka yang benar-benar
pakar memasak dan mendapatkan skill-skill dan ilmu yang baik dari mereka dan saya
juga belajar dari guru di alam maya iaitu internet dan Chef-chef Arab. Saya cuba resepi guru-guru saya dan cuba olah
sedikit sebanyak untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan TERBAIK. Saya
cukup puashati dan berterimakasih hasil gabungan belajar dengan ramai guru saya
mendapat banyak tips atau panduan yang saya gabungjalinkan menjadikan resepi
kita lebih istimewa. Satu hari saya diperkenalkan ZAINAB yang bekerja di Arab
Saudi lebih 15 tahun sebagai tukang masak di rumah seorang hartawan. Saya
sungguh teruja apabila Zainab sudi mengajarkan saya pelbagai hidangan-hidangan
yang hebat yang saya sendiri tidak percaya sampai sekarang bagaimana saya boleh
hasilkannya. Subhanallah! Inilah durian runtuh saya. Saya berbelanja besar lagi
dan tidak kisah berapa harga yang mesti saya korbankan untuk pandai. Saya
belajar dan terus belajar dan mungkin akan terus belajar lagi. Insya-Allah,
demi merealisasikan impian saya untuk menjadi benar-benar pakar hidangan Arab.
Jika anda ada hidangan Arab yang ingin dikongsikan dengan saya, saya sangat
mengalu-alukannya.
Selain itu, saya juga
melihat dan mengkaji peralatan yang memasak yang boleh memudahkan peserta untuk
memasak hidangan Nasi Arab di Malaysia walaupun mereka tidak menggunakan periuk
atau cara masak seperti Arab di sana secara tradisional seperti di dalam tanah
yang digali tetapi masih mengekalkan rasa asli atau mungkin lebih sedap dari
apa yang pernah dirasa. Saya cuba menggunakan periuk biasa, “rice cooker”,
periuk “pressure cooker” dan steamer untk mengetahui hasil setiap nasi yang
dimasak. Saya mulai mengkaji apakah bahan rempah perlu ditumis atau tidak sebagaimana
asal dan apakah bahan yang boleh menambah kelembutan pada nasi dan pada lauk
yang dimasak. Saya juga mengkaji dan menguji beberapa rempah ratus yang mungkin
sesuai ditambah untuk menyedapkan lagi hidangan. Di dalam kajian saya contohnya,
respon yang saya dapati pengunaan minyak zaitun sepenuhnya ketika menumis atau
memasak menjadi hidangan yang disediakan tidak akan menjemukan (muak). Juga
penggunaan Yoghurt dan bahan-bahan seperti daun ketumbar, pudina dan bawang
goreng menjadikan hidangan makanan Arab saya semakin lazat. Saya sudah mengetahui kepelbagaian hidangan
Arab bukan sahaja Nasi Mandhy dan dan Nasi Kabsah malah, lain-lain nasi-nasi Arab
juga boleh diterima dan disukai oleh tekak orang Asia kalau kena caranya.
Sepanjang hasil mengajar
peserta Kelas Nasi Arab saya juga mendapati banyak mutiara dan ilmu yang dapat
saya kutip di situ. Saya juga banyak belajar dari ratusan peserta saya pelbagai
pengalaman dan ilmu daripada mereka. Terimakasih semua Kenapa saya berterimaksih
kepada mereka. Tidak lain tidak bukan mereka inilah yang telah melengkapkan
siri-siri soal jawab atau permasalahan yang timbul dan ia sangat membantu saya
menangani masalah-masalah yang timbul sewaktu menyediakan hidangan nasi Arab. Semoga
Allah memberkati dan meredhai hidup anda semua. Mudah-mudahan segala ilmu yang
dikongsikan akan menjadi saham di akhirat
nanti. Di kalangan peserta saya ada yang hadir kerana minat mereka sendiri
makan nasi Arab, ada yang kerana suami, anak-anak, ibu ayah suka sangat makan
Nasi Arab. Ada juga yang datang kerana ingin memulakan perniagaan Nasi Arab di
rumah, digerai atau restoren. Ada juga peserta yang ingin menambah menu
hidangan catering atau restoren mereka, menukar hidangan dan sebagainya. Melalui mereka saya banyak belajar pelbagai
persoalan dan jawapan yang sangat berguna untuk saya dan juga mungkin berguna
untuk anda.
Kejayaan saya walaupun
tidak besar sebenarnya adalah kejayaan peserta-peserta saya yang telah berjaya
membawa pulang hidangan ini untuk dipersembahkan kepada keluarga, saudara dan
teman-teman juga pelanggan mereka bagi yang berniaga. Pujian, kepuasan yang diterima mereka adalah
kejayaan besar bagi saya. ALHAMDULILLAH.
Apa yang lebih
menggembirakan saya hidangan matlamat saya untuk melihat hidangan ini boleh
dinikmati oleh orang yang miskin dan sederhana telah menjadi kenyataan kerana
ramai telah mengkhabarkan hasrat anak atau keluarga mereka untuk makan Nasi
Arab telah tertunai kerana sebelum ini mereka hanya mendengar kawan-kawan atau
saudara mara sahaja bercerita tetapi kali ini mereka sendiri boleh
menyediakannya.
Alhamdulillah segala rezeki itu datang dari Allah SWT. Jika anda rasakan harga yang saya tawarkan adalah mahal saya berpendapat anda mesti membuat sedikit SIMPANAN jika tidak mampu kerana itu jugalah yang saya buat ketika ingin belajar. Insya-Allah jika keinginan kita kuat, doa dan tawakal, Allah akan mengabulkan hasrat anda. Saya juga menggalakkan anda belajar dari guru-guru yang lain supaya banyak teknik dan resepi yang dapat anda kumpul dan praktikkan nanti untuk bergelar PAKAR.
Sebagai mentor anda saya
menyarankan kepada anda supaya sentiasa ikhlas di mana sahaja anda berada.
Masaklah dari hati anda yang tulus ikhlas supaya yang apa yang anda hasilkan adalah
BERMUTU, SEDAP dan BERKAT.
Akhir kata saya sentiasa
mendoakan semoga semua peserta berjaya dunia dan akhirat. Jika ada sebarang
cadangan dan komen boelhlah terus ajukan kepada saya.
SALAM SAYANG DARIPADA SAYA.
DARI DAPUR MENTOR NASI ARAB,
Chef Ustazah,
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
KENALI
NASI ARAB
Assalamualaikum w.b.t.
kepada semua Peminat Dunia Masakan.
Nasi Arab kini menjadi
sebahagian menu atau hidangan yang mulai mendapat tempat di hati masyarakat
Malaysia. Hidangan ini 10 tahun kebelakangan ini semakin popular dan digemari
ramai. Di Malaysia kini tumbuh dengan rancaknya perniagaan restoren Nasi Arab
terutamanya di Lembah Kelang. Kedatangan pelancong Arab juga kebanjiran
pekerja-pekerja dari Negara Timur Tengah mempercepat dan menambahkan lagi hidangan
Nasi Arab ini dikenali ramai.
Sesungguhnya ada pelbagai
jenis hidangan Nasi Arab yang popular di Timur Tengah. Kata orang : Tak kenal
maka tak cinta. Apakata kita berkenalan dengan jenis-jenis Nasi Arab. Hari ini Chef
Ustazah akan berkongsi sedikit maklumat dengan anda selaku Jurulatih atau
Mentor Nasi Arab di tanahair berkenaan beberapa jenis Nasi Arab. Selamat
Membaca..
JENIS-JENIS
NASI ARAB :
1) Nasi Arab Mandhy
Nasi
Arab Mandhy merupakan Nasi Arab yang paling popular atau dikenali oleh masyarakat
umum. Hidangan ini sangat terkenal di Yemen, Mesir, Moroco, Oman, Syria dan
Turki dan lain-lain Negara Arab. Bahan utamanya terdiri dari rempah ratus
seperti buah pelaga, jintan, manis, jintan putih, ketumbar, serbuk kunyit bunga
lawang dan lain-lain. Orang Arab Badwi memasaknya di dalam lubang tanah yang
dikorek dan dimasukkan kayu api. Bahan-bahan rempah ratus secara asalnya
direbus bersama lauk seperti kambing atau ayam dan dimasukkan beras basmathi.
Selepas itu, mereka akan akan menutup kembali lubang yang telah dimasukkan
periuk mengandungi beras dan ayam atau lauk yang digantung dengan tanah. Nasi
akan dimasak secara original di dalam tanah. Sekarang ini kaedah ini jarang
lagi digunakan oleh orang Arab sendiri. Mereka lebih selesa menggunakan periuk
dan dapur moden biasa. Nasi ini sesuai dimakan dengan salatoh dan salatoh
harra.
2) Nasi Arab Kabsah
Nasi
Arab Kabsah hampir menyamai Nasi Mandhy pada kebanyakan Negara tetapi ada
sedikit sahaja perbezaan rempah ratus yang digunakan. Nasi Arab Kabsah di
Jordan pula dicampur tomato puri dan warnanya agak kemerahan sedikit dan
diletakkan sayur campur, berbanding Nasi Kabsah di Arab Saudi, Oman atau Yemen
warna kebiasaanya adalah kuning. Sebagai pelengkap Nasi Kabsah dimakan dengan
salatoh dan salatoh harra atau jika yang gemarkan kuah disertakan dengan
syurbah (sup)/ idam (kuah seakan dalca).
3) Nasi Maqlubah
Nasi
Arab Maqlubah agak istimewa kerana mengandungi sayur-sayuran yang digoreng dan
lauk-lauk. Dipanggil Nasi Maqlubah kerana diterbalikkan (upside down). Di
lapisan paling bawah dimasukkan lauk sama ada ayam atau kambing, kemudian
sayuran yang digoreng seperti bunga kobis, karot, kentang dan terung, kemudian
dimasukkan beras. Proses ini dilakukan berselang-seli sehingga ke atas. Apabila
nasi masak, periuk akan diterbalikkkan ke dalam dulang. Nasi ini terkenal di
Jordan dan Syria. Kebiasaannya dihidangkan dengan salatoh timun dan tomato
berbentuk kiub.
4) Nasi Arab Hudhar
Nasi
Arab Hudhar ini terkenal di Lubnan. Jika Nasi Arab Maqlubah menggunakan
sayur-sayur segar, Nasi Hudhar pula mengandungi “Mix-Vege” sayur campur. Nasi
Arab Hudhar dimasak menggunakan air stok ayam atau kambing dengan rempah ratus
istimewa. Kebiasaannya set nasi ini ialah Salatoh Harr dan salatoh barid.
5) Nasi Arab Hadramaut.
Nasi
Arab hadramaut juga hampir menyamai Nasi mandhy tetapi rempa ratus yang
digunakan untuk memasak nasi atau lauk adalah 3 kali lebih banyak. Seakan-akan
Nasi Beryani Malaysia, tetapi dimakan dengan “Idam”.Salatoh atau acarnya
terdiri dari campuran karot, salad, timun dan tomato. Kebiasaannya hidangan
Nasi ini lebih sesuai dimasak lauk kambing.
6) Nasi Arab Syria/ Ruz Ma’a Syairiyah
Ruz
Arab Syria ini dinamakan Ruz Ma’a Syairiyah. Ia agak berlainan dari nasi-nasi
Arab yang lain kerana di dalamnya dimasukkan Syairiyyah (seperti spaghetti)/
bihun yang digoreng terlebih dahulu. Rasanya seperti nasi minyak Malaysia
tetapi lebih sedap sedikit dan agak lemak kerana ada ‘laban atau yoghurt di
dalamnya. Kebiasaannya nasi ini dimakan
dengan Ayam Rebusan yang dimasak dengan campuran yoghurt dan lada hitam dan dibakar
di dalam oven. Selain itu, ia enak dinikmati dengan Syurbah Bil Quaker/ Kuah
Masam Manis Quaker.
7) Nasi Arab Bukhari
Nasi Arab Bukahri dimasak seperti Nasi Tomato di
Malaysia yang ditumis menggunakan tomato puri bersama rempah ratus serta lauk kambing.
Di atas nasi ditaburkan karot yang dihiris memanjang. Nasi Bukhari ini
kebiasaanya di makan dengan salatoh, salatoh harr dan “idam” kuah seakan dalca
tetapi rasanya masam manis berisi sayur seperti bendi, terung, kentang yang
dimasak dengan tomato puri.Ia lebih sesuai berlaukkan kambing.
Ok, sehingga bertemu lagi
dalam sambungan jenis-jenis Nasi Arab yang lain di siri akan datang. Jaga diri,
jaga perintah Allah. Semoga hidupmu diberkati. Bye-bye.
Salam Sayang Daripada Mentor
Nasi Arab,
Chef Ustazah
ISTIMEWANYA NASI ARAB..TANYALAH MENTOR NASI ARAB
Kenapa Nasi Arab digemari? 20 SEBAB
- 1. Rasa NASI ARAB yang sedap2. Aroma NASI ARAB yang wangi.3. Beras NASI ARAB yg istimewa..butir nasinya panjang dan makan NASI ARAB tanpa lauk pun dah best!4. Sebelum masak BERAS direndam lama untuk dapat hasil NASI yang LEMBUT tapi bukan LEMBIK.5. Sungguh sedap menikmati NASI ARAB yang ditumis dengan minyak zaitun dan sedikit minyak sapi.6. Rempah ratus NASI ARAB sungguh istimewa, bila makan terkenang-kenang sampai bila-bila.7. Lebih lazat makan NASI ARAB jika ada lauk kambing atau ayam yang dimasak dengan rempah khas diadun dengan Laban/yoghurt lagi tambah lemak berkrim.8. Tambah umph makan Nasi Arab jika ada “salatoh”/acar yang ditambah laban dan salatoh Harr / sambal biasa atau sambal pedas atau sambal belacan.9. Kalau Nasi Arab ditambah aroma daun ketumbar dan daun pudina lagi syok baunya..10. Nak tambah bawang goreng atau masukkan aroma daun pandan pun lebih BEST!11. Tambah pula jika ada kuah-kuah istimewa seperti syurbah/ sup atau Idam (kuah ala2 dalca).12. Jikalau diasapkan nasi lagi istimewa dengan bau arang dan minak zaitun.13. Kalau pekena NASI ARAB dengan LAUK KAMBING BAKAR/ AYAM BAKAR fuh!! Syok tak terperi.14. Mengadap NASI ARAB yang diisi dalam dulang bersama keluarga atau teman ‘wow’ tak tergambar keseronokan menikmatinya.15. NASI ARAB ni kalu masak dalam tanah pun sedap, masak dalam periuk atas dapur pun sedap, dalam rice cooker pun sedap kalau masak dalam PENGUKUS lagi SEDAP dan tekstur nasi lagi cantik dan PANJANGGG!!16. Kalau nak tambah NASI ARAB dengan lauk-lauk atau kuah-kuah Melayu, India dan Cina pun boleh..Sedap dan sesuai juga.17. Sedap juga NASI ARAB ni kalau di makan ketika panas-panas..segar dan fresh dari dapur.18. Dapat sepinggan NASI ARAB boleh makan 2 orang..banyak nasinya!19. Sesuai dinikmati dengan minuman sejuk atau panas. Sebab tu ada yang hirup SYAI/teh, KOHWAH/ kopi, atau minum koktel, minuman buah-buahan atau minuman bergas..Lagi x sedar makan NASI ARAB dah sampai licin20. Ummp..marvelous..laziz jiddan..sedap..dari hari pertama ku kenali NASI ARAB sehingga KINI ku jatuh CINTA pada rasanya, baunya..semua sekalilah.. kecuali TUKANG MASAK ARAB je x suka..he2ANDA GEMARKANNYA SAYA LAGI GEMARKANNYA!! KERANA ITU SAYA KUASAINYA SEHINGGA MAHIR DAN MENJADI PAKAR.. ANDA BAGAIMANA??NAK JADI SEPERTI SAYA..JOM TEROKAI RAHSIA NASI ARAB BERSAMA SAYA CHEF USTAZAH..DAPATKAN RESEPI HEBAT DAN BONGKAR RAHSIA HIDANGAN ISTIMEWA INI BERSAMA SAYA TELAH DIGELAR PAKAR NASI ARAB. TIDAK MUSTAHIL ANDA JUGA BERHAK MENJADI PAKARNYA..SALAM SAYANG,Chef Ustazah