Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

TAZKIRAH : 25 PESAN LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA

25 pesanan luqmanul hakim
25 Pesanan Luqmanul Hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Isnin, 26 Disember 2011

PROGRAM JUNIOR CHEF

KISAH SEHARI SERONOK DAN GEMBIRA DENGAN JUNIOR CHEF!
Alhamdulillah  Program Junior Chef telah tamat. USTAZAH COOKING CLASSES telah telah berjaya menganjurkan 1 Kelas Masakan yang sangat menarik iaitu Program Junior Chef untuk kanak-kanak sekolah Rendah pada 22 hb Disember 2011 yang lepas. Pelbagai aksi menarik dapat dilihat dalam Program yang dijalankan ini, semuanya mencuit hati.
Dalam Program Junior Chef ini Kanak-kanak diajar menyediakan makanan kegemaran mereka seperti ayam ala KFC. Bermula memperkenalkan bahan 1 persatu (tepung-tepung, sayur-sayur, peralatan dll) dari memotong ayam, membuat tepung untuk ayam, mengupas kentang, memotong bawang, kobis, karot semua terpaksa ditunjukkan 1 persatu. Mereka semua sungguh berminat dan hendak melakukan sendiri setiap step step yang diajar. Ustazah pulak yang takut sebab ada yang terlalu kecil iaitu Harith Damien yang baru berumur 7 tahun, yang sangat rajin dan nak buat semua perkara. Bila ustazah kata, tak payah lah bagi kakak-kakak yang buat, terus merajuk dan tarik muka, merah pulak mata dia. Alahai, terpaksalah bagi juga. Mak terpaksalah Ustazah pegang tangan dia waktu kopek kentang, potong kobis dan karot. Ustazah juga terpaksa angkat dia atas kerusi bila time nak menggoreng dan pegang dia supaya tak jatuh..takut dan bimbang ada juga..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.  Mereka sungguh seronok melihat ayam yang digaul, digoreng dan sangat teruja untuk merasanya. Ustazah juga ajar adik-adik ni buat Mashed Potato, maka kentang diberi 2 biji seorang untuk lecek-lecek, lagilah mereka suka. Lepas tu ajar buat sos Mashed Potato. Ajar lagi nak buat Coleslaw. Ha..ha.. Wek..wek bila time rasa.. kenapa ni masin sangat?. Rupanya bila time suruh masukkan garam, 1 sudu sorang garam dimasukkan dlm bekas tu..hasilnya Coleslaw Junior Chef masin terlajak..Ini lah proses belajar, ada yang betul ada yang silap.. Semua pakat gelak ramai. Sesi yang ditunggu..apalagi makanlah JUNIOR CHEF ni dengan berselera sekali, maklumlah dan penat masak kata mereka.
          Modul kedua JUNIOR CHEF tidak kurang hebatnya, Ustazah menunjukkan cara-cara menyediakan dan menghias Banana Split. Wah..kemain lagi seronoknya mereka diberikan pertandingan menghias Banana Split yang paling cantik secara berkumpulan. Semua tunjuk bakat yang terpendam..Riuh rendah mereka menghias aiskrim supaya cantik dipandang dan bagi mereka makan dengan kepuasan tak terhingga. Seterusnya, belajar menyediakan makanan berasaskan roti yang digemari kanak seperti, Roti Omelete, Roti Sosej da Sardin Bread Crumb. Suka kemain lagi bila diberi peluang menggelek roti, mencelup telur dan bread crumb, dan menggoreng. Sudah masak, makan lagi!. Acara diteruskan lagi dengan Ustazah mengajar kanak-kanak Junior Chef membuat aiskrim Oreo. Kanak-kanakkan suka makan aiskrim. Riang terpancar diwajah kanak-kanak Junior Chef ni.  Last sekali, Ustazah ajar mereka menyediakan Ice Blended Coklat. Suka hati mereka bila diberi peluang menyembur Whipped Cream pada Ice Blended masing-masing. Oh..Sedapnya! Ah..Leganya..Wow! Bestnya. Itulah yang terpancul dibibir kanak-kanak Junior Chef ini.
Akhir sekali, Ustazah menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta JUNIOR CHEF yang berupa barang-barang peralatan masak, ada yang sudip, kuali, senduk, pemarut buah dan lain-lain. Seterusnya sesi ditutup dengan acara penyampaian Sijil. Semoga semua peserta kecil ini dapat menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat.

Sebenarnya ibubapa perlu memberi peluang kepada anak-anak menunjukkan bakat masing-masing untuk memasak. Anak-anak sangat gembira jika  diberi peluang yang sama untuk membantu seperti memotong, menghias, mengambil peralatan dan lain-lain lagi termasuklah memasak. Kreativiti mereka akan terserlah jika mereka diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dengan member tugasan yang simple dan menyeronokkan.
Tugas di dapur bukanlah milik mutlak wanita, bukanlah juga tugas professional milik mutlak kaum lelaki tetapi memasak adalah salah aktiviti, hobi, pekerjaaan untuk semua. Oleh itu latihlah anak-anak anda tidak kira perempuan atau lelaki untuk memasak atau sekurang-kurangnya membantu anda di dapur. Biasakan mereka di dapur supaya tidak kekok bila berada di mana-mana sahaja. Mereka akan menjadi orang serba boleh, ringan tulang dan ceria apabila dapat membuat kerja rumah.

Sekian sahaja untuk kali ini. Untuk menyertai kelas Masakan Ustazah Cooking Classes dengan pelbagai modul lagi boleh hubungi no 012-9404066/0129404077.

Salam Ceria,
Chef Ustazah

Khamis, 1 Disember 2011

RESEPI NASI BUKHARA


NASI BUKHARA KAMBING
Kambing direbus
1KG BERAS (3 pot susu), 30 gram/ 1 sdb Rempah Masala, 500 ml air stok,500 ml air biasa, 40 gram minyak sapi

Bahan A
Air  stok kambing, tomato cincang/ potong dadu, daun pandan, daun bay, daun pudina, garam, gulabatu 2 ketul (untuk berkilat) .Masukkan semua bahan dalam periuk bersama air stok dan masak sehingga mendidih.

Bahan B
Tumis rempah 4 sekawan di dalam minyak sapi yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan halia yang dipotong spt batang mancis, bawang putih mayang, masukkan sedikit air stok, dan rempahmasala .  Bila mendidih tambahkan gula.
 Masukkan Bahan B dalam Bahan A (di dalam periuk) . Bila mendidih masukkan beras. Masak nasi separuh masak. dan pindahkan ke rice cooker.

Bila nasi masak, masukkan daging kambing, badam / kismis dan gaul. Tabur bwang goreng/ daun ketumbar/ daun pudina
 SEKARANG BOLEH LE MAKAN NASI BUKHARI KAMBING..
SALAM SAYANG,
CHEF USTAZAH

PROGRAM CUTI SEKOLAH KELAS MASAK ASAS UNTUK ANAK-ANAK  (JUNIOR CHEF)
Assalamualaikum, w.b.t dan Salam Ceria untuk semua,
PROGRAM CUTI SEKOLAH KELAS MASAK ASAS UNTUK ANAK-ANAK  (JUNIOR CHEF) TAHUN 2011.
·        Anda pasti gembira melihat anak anda dapat berdikari menyediakan sarapan pagi/ minum petang sendiri.
·        Anda pasti gembira melihat anak anda boleh menggoreng nasi dan mee. membuat sandwich atau menyediakan ayam goreng lazat kegemarannya sendiri.
·        Anda akan tersenyum puas melihat anakanda boleh menyediakan sup ayam dan ayam masak kicap kesukaannya dan banyak lagi..
·        Anda pasti mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Memberikan pengisian cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda. Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak & remaja yang lebih hebat! Berikan mereka kemahiran yang bermanfaat!
·        Belajar memasak berdikari adalah cara kanak-kanak membentuk daya inisiatif atau motivasi yang sihat dan memperkembangkan kemahiran berfikir
PATUTKAH ANAK-ANAK BELAJAR MEMASAK? Kenapa anak-anak perlu tahu memasak?Jawapannya sudah tentu YA. PROGRAM CUTI SEKOLAH KELAS MASAK ASAS UNTUK ANAK-ANAK  (JUNIOR CHEF)akan membantu :

1.      Melatih anak-anak berdikari tidak terlalu bergantung kepada ibubapa atau pembantu rumah.  Kalau mak tidak ada ada yang tak makan, sanggup berlapar kerana malas hendak ke dapur atau tidak tahu apa yang hendak disediakan.
2.      Penyelesaian masalah kepada ibu-ibu yang sibuk tidak sempat untuk memasak / balik lewat/ ada urusan dan sebagainya.
3.      Meringan beban ibubapa dengan makan di rumah. Jimatkan kos berbanding makan di luar
4.      Mengelakkan anak-anak makan junk food atau memesan makanan segera untuk makan bila ketiadaan ibubapa.

SIAPA YANG SESUAI SERTAI PROGRAM CUTI SEKOLAH KELAS MASAK ASAS UNTUK ANAK-ANAK  (JUNIOR CHEF):
  • Anak anda langsung tidak tahu masak/  Atau langsung tidak minat masak? Atau “terlampau pemalas”.  Apa kata kita jadikan dia seorang anak yang boleh berdikari, rajin membantu di dapur. Boleh memasak sekali-sekala bila perlu dan boleh menguruskan kehidupan bila tinggal berjauhan.
SELEPAS MENGIKUTI PROGRAM CUTI SEKOLAH KELAS MASAK ASAS UNTUK ANAK-ANAK  (JUNIOR CHEF) di harapkan :
  •  Anak anda tidak kekok lagi di dapur. Seronok dan gembira untuk menolong anda
  •  Juga boleh memasak sendiri makanan kegemarannya.
·         Meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak.  Melatih kanak-kanak menjadi kreatif dsbg

JADUAL KELAS MASAK JUNIOR CHEF
HARI PERTAMA
BIL
MODUL 1 (MAKANAN ASAS)
9.30-1.30    22 NOV 2011 (KHAMIS)
MODUL 2 (MAKANAN KEGEMARAN)
2.00-5.00 ptg  22 NOV 2011 (KHAMIS)
1
Ayam Goreng
SET AYAM ALA KFC
Menyediakan Tepung Salut
2
Ayam Goreng Masak Kicap
Ayam Goreng Ala KFC
3
Masak Nasi
Coleslaw
4
Sayur Goreng Campur
Membuat Nugget
5
Tomyam Campur
Air Oren
6
Sweet Sour Udang

7
Daging Masak Merah

8
Air Bandung





HARGA : RM 10O
HARGA : RM100

HARI KEDUA
BIL
MODUL 3 (MAKANAN CERIA)
10.00-1.00  26 NOV 2011 (ISNIN)
MODUL 4 (MAKANAN PANAS)
2.30-5.30 ptg 26 NOV 2011 (ISNIN)
1
Sandwich Omelete
Nasi goreng Kampung
2
Roti Sardin Goreng Salut Bread Crumb
Nasi Goreng Cina
3
Roti Sosej Salut Bread Crumb
Mee Sup
4
Sup Ayam
Mee Goreng
5
Membuat Aiskrim Oreo
Kueytiau Goreng
6
Membuat Ice Blended
Cendawan Goreng Rangup
7
Banana Split : Menghias Aiskrim
Air Koktel Special

HARGA RM 100
HARGA RM 100
HARGA MODUL
1.      1 Modul : RM 100   2 Modul : RM 200
2.      Jika mengambil lebih dari 2 modul potongan RM50 bagi setiap modul
3.      Jika adik beradik mendaftar bersama potongan RM50 juga akan diberikan.
HADIAH MENARIK MENANTI JUNIOR CHEF. SEPASANG BAJU T-SHIRT JUNIOR CHEF DAN APRON.
PENYERTAAN ADALAH TERHAD KERANA PESERTA YG MENDAFTAR SUDAH RAMAI . SEPARUH TEMPAT TELAH DIPENUHI.   DAFTAR SEKARANG UNTUK PROGRAM CUTI SEKOLAH KELAS MASAK ASAS UNTUK ANAK-ANAK  (JUNIOR CHEF)

USTAZAH COOKING CLASSES
012-9404077/012-9404066 (CIK NINI)